CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 31516|Reply: 45

DJ Lin kini bersiaran hujung minggu sahaja

[Copy link]
Post time 10-2-2025 08:37 PM | Show all posts |Read mode
SURIA FM membuat rombakan besar dalam menyusun semula program dan barisan penyampai dalam usaha memperkukuhkan kedudukan stesen radio berkenaan pada 2025.

Penyampai radio Morning Morning Suria iaitu Suraya Borhan tidak lagi bersama segmen tersebut tetapi diberi tanggungjawab mengendalikan dua segmen pada Sabtu Ahad iaitu Suria Hujung Minggu (6 hingga 10 pagi) dan Hello Suria (2 petang 7 malam).

Kekosongan ditinggalkan Suraya menerusi Segmen Morning Morning Suria akan digantikan dengan Kai Hassan bergandingan bersama Ajak dan Datuk Fizz Fairuz.



Dalam pada itu, Cik Piah pula kekal mengendalikan segmen Gaya Suria serta Muzik Top Suria dari 10 pagi hingga 3 petang pada setiap Isnin hingga Jumaat.

Manakala segmen Suria Petang yang bersiaran pada pukul 3 petang hingga 7 malam masih mengekalkan gandingan Sharifah Shahirah atau Kak Rara dan Chiwan.

Sementara itu, segmen Suria Cinta kendalian DJ Lin pula hanya akan bersiaran pada setiap hujung minggu berbanding setiap hari Ahad hingga Jumaat sebelum ini.

Ia susulan DJ Lin yang juga Pengurus Besar Suria FM mahu memberi fokus kepada bahagian pengurusan stesen tersebut.



Slot Suria Cinta akan digantikan dengan penyampai radio baharu Nur Imanina Mohd Hisham atau lebih mesra dipanggil Iman dan dijangka bermula pada Mei depan.

Segmen itu akan ke udara bermula 8 malam hingga 12 malam setiap Isnin hingga Jumaat.

Perubahan strategik ini bertujuan memastikan Suria FM terus kekal sebagai pilihan utama pendengar dengan menyajikan kandungan yang segar dan dinamik, sambil mengekalkan daya tarikannya yang tersendiri.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2025 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dato Fizz tu yg patot toksah dikekalkan. Mmg tak sesuai lgsg. Selalu mcm blur tak faham ape yg tgh dibincangkn pastu suka ulang2 ckp. Klu biar ajak dgn suraya handle morning2 suria tu pun dh ok dah. Sekian merempan.haha
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dj dj skrg xde kualiti. Meols Bukan tahap menyampah dgr radio dah. Dah tahap benci meluat bugima lanjoooo. tiberrr meols meluah. Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka dj Lin. Mmg sesuai jadi dj, suara sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 09:13 AM | Show all posts
awenda507 replied at 10-2-2025 10:35 PM
Dato Fizz tu yg patot toksah dikekalkan. Mmg tak sesuai lgsg. Selalu mcm blur tak faham ape yg tgh d ...

macam KJ jadi DJ kan, jadi watak tempelan, tukang nyampuk je
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 09:23 AM | Show all posts
elokla DJ lin takde malam..nk muntah aku dgr cara ckp mcm tu...pagi mmg aku tak dgr radio sbb tak suka org membebel...dgr spotify lagi baik. Tp petang dgr kak rara mmg kelako
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2025 10:10 AM | Show all posts
achik mmg xdgr radio melayu dah, kecuali klasikfm ;)
stesen omputih dgr eg : mixfm, hitx, litefm

bila dh tua2 xnk serabut dr org bebel
kita sendiri pun dh byk masalah
nk tenang2 positiv vibes je
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Relevan lagi ke suria cinta tu?tak boleh ke kalau program tu seminggu sekali je?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2025 10:33 AM | Show all posts
jarang dgr radio da...kalau dgr pon pagi yang Solusi Amin Idris...adalah jugak ilmu baru..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 01:23 PM | Show all posts
skrg masuk kereta je sambung ke itunes...kalau tak, dgr radio live kat tiktok je... bila DJ terlalu ramai, diaorg sembang apa pun tak dgr...tiba2 gelak ramai2 je...

malam2 dgr kool101 FM pun best
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Fizz fairuz tu x perlu ada..suraya tu ok dijadikan hujung minggu je. Bongok
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 01:41 PM | Show all posts
aku dgr morning2 suria sebab nk dgr suraya ketawa je.dia punya ketawa tu aku rasa mcm sungguh2.hahahaha.bodohnye la lin.tu la attraction.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku skang layan podcast aje. Pasang android player.
Sume ade... Audio book pon ade. Lg best dari dgr radio.
Xlame lg, radio pon da x relevan
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kai hassan tu bosan okehh. Chiwan pun bosan. I xleh la dgr depa drg pepetang. Nasib ada kak rara. Udah naik pagi pulak. Asik gelak je. Melluuattt!
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
awenda507 replied at 10-2-2025 10:35 PM
Dato Fizz tu yg patot toksah dikekalkan. Mmg tak sesuai lgsg. Selalu mcm blur tak faham ape yg tgh d ...

Kannn…ajak n suraya patut kekal.. fizz tu cari keja lain jelah gtu
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
800214 replied at 12-2-2025 01:43 PM
Kai hassan tu bosan okehh. Chiwan pun bosan. I xleh la dgr depa drg pepetang. Nasib ada kak rara. Ud ...

Iman tu pun membosankan skala 10..eh camne pompuan tu boleh jd dj
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2025 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
chiwan tu xsesuai jadi dj. aku xsuka dia jd dj dr masa tyzo tu masih ada kt suria..xtaula nape tp vibes dia membosankan. suria pagi ahad je best sebab semua lagu takde dj membebel
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 12-2-2025 09:13 AM
macam KJ jadi DJ kan, jadi watak tempelan, tukang nyampuk je

Dh la cm watak tempelan je, bila tgh sembang dia mcm blur2. Adoilaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 12-2-2025 02:01 PM
Kannn…ajak n suraya patut kekal.. fizz tu cari keja lain jelah gtu

Harap dia fokus berlakon je. Iols bkn haters dia tp rasa mmg tak sesuai lgsg dia jd dj radio. Kontrak sambung lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols dah tak dengar suria dah. Especially masa ada soeb dulu. Meluat.

Baik dengar kool fm. Ada jugak benda bermanfaat topik semasa yg boleh I dengar. Tapi sejak ada paknil ni macam meh sikit. Sorryla i tak minat paknil. Haiza n Muaz je pun ok dah. Nasib baik paknil tu isnin selasa je ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.430324 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list