CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 587|Reply: 7

Lelaki Taiwan Sukarela Sertai Pasukan Pertahanan Ukraine Maut Tempur Dengan Rusia

[Copy link]
Post time 7-11-2022 03:50 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki Taiwan yang sukarela menyertai pasukan pertahanan Ukraine maut dalam pertempuran dengan tentera Rusia.


Kementerian LuarTaiwan berkata, komander pertahanan Ukraine mengesahkan kematian Tseng Sheng-kuang, 25.


Central News Agency (CNA) berkata, lelaki itu dipercayai cedera ketika bertempur di Luhansk dan meninggal dunia kerana kehilangan banyak darah.




Tseng Sheng-kuang- Foto: Taipei Times/FB




"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga beliau yang berani mempertaruhkan nyawa di Ukraine," kata kementerian itu.


Kementerian berkata, ia akan membantu keluarga Tseng untuk persiapan ke Ukraine bagi pengecaman mayat.


CNA melaporkan, Tseng adalah askar veteran dari suku Amis.


Isterinya memaklumkan bahawa Tseng pergi ke Ukraine pada Jun lalu dan kali terakhir mereka berhubung adalah pada 23 Oktober lalu di mana Tseng memaklumkan akan menyertai misi selama lima hari.


Wanita berkenaan menerima mesej yang dihantar dari telefon bimbit Tseng oleh seorang rakan sepasukan memaklumkan Tseng cedera dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.




Sumber: Harian Metro








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2022 03:56 PM | Show all posts
berita sukar difahami... apa motif?  apa yang ada ditaiwan sehingg lelaki ini tinggalkan kehidupan normal dan pergi berperang
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 03:58 PM | Show all posts
rakyat kita ada je berjuang kat oversea tu..nak mati shahid katanya
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 03:59 PM | Show all posts
bukan mati mempertahankan negera sendiri.. macam sesia aje
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan2 kena bunuh dengan tentera ukraine sendiri. Bukan boleh percaya sangat ukraine ni, entah apa yg dah si mendiang nampak kat sana, so kena tembak mati.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 04:59 PM | Show all posts
ini kes mercenary la ni...bayaran mahal kot sbb tu masuk konflix negara orang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2022 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by CariMalay at 7-11-2022 05:09 PM

Muka dan badan yang nampak ganas dan gagah takkan mampu selamatkan kau dari peluru, semua tu dah cukup untuk buktikan yang hakikatnya kau tetap manusia lemah, so takde guna acah gangster paling hebat dan sombong.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.044107 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list