CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 0

[Selangor] Jururawat maut ke hospital

[Copy link]
Post time 5-11-2022 12:27 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat jururawat yang maut dalam kemalangan di Kilometer 47 Jalan Klang-Teluk Intan, berdekatan persimpangan Pekan Lama Kuala Selangor, Selangor, semalam.



KUALA SELANGOR: Perjalanan seorang jururawat ke tempat kerjanya iaitu di sebuah hospital swasta  berakhir tragedi apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 47 Jalan Klang-Teluk Intan berdekatan persimpangan Pekan Lama Kuala Selangor, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi itu berlaku ketika wanita berusia 25 tahun
menuju ke hospital yang terletak di sekitar Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, ketika kejadian mangsa memandu Perodua Myvi bersendirian dari rumahnya di Sabak Bernam.

“Setibanya di lokasi, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah lori.

“Perlanggaran itu mengakibatkan mangsa parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pengarah Bomba  Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan sembilan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati wanita itu tersepit di bahagian pemandu kereta tersebut.

“Mangsa kemudian dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. –UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... t-maut-ke-hospital/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.056079 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list