View: 1555|Reply: 11
|
Video Tular: Myvi Teruk 'Dihenyak' Sampai Terbalik Di Taman Kota Masai, Apa Kes?
[Copy link]
|
|
Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dengan insiden menterbalikkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dilaporkan berlaku di Taman Kota Masai, Pasir Gudang di sini malam semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kesemua suspek ditahan dalam beberapa operasi yang dijalankan di Jalan Bunga Raya, Masai dan Jalan Tembikai, Taman Kota Masai bermula pukul 10.45 pagi, hari ini.
Menurut beliau, mereka yang ditahan berusia antara 17 hingga 24 tahun.
Ada yang mendakwa ia berpunca apabila pemandu kereta tersebut merempuh seorang penghantar makanan yang telah melanggar lampu isyarat.
“Polis maklum sebuah video tular berdurasi 38 saat yang menunjukkan berlakunya kekecohan di sebuah stesen minyak di Taman Kota Masai berpunca daripada kemalangan antara sebuah kereta dan seorang penghantar makanan.
“Dalam kejadian berkenaan, pemandu kereta dan penunggang motosikal masing-masing berusia 21 tahun mengalami kecederaan, namun berada dalam keadaan stabil.
“Buat waktu ini, polis masih menyiasat apakah punca orang ramai bertindak merusuh dan menterbalikkan kereta yang dipandu mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Mohd. Sohaimi, ketiga-tiga suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Buat waktu ini, polis masih menjalankan operasi untuk menahan beberapa lagi suspek yang terlibat dengan kejadian rusuhan berkenaan.-CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
haah ek.. kenape sampai tonggeng terbalik kan myvi tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dah rider tu yg langgar lampu merah nape plk myvi diterbalikan? |
|
|
|
|
|
|
|
Konfius jap,yg langgar lampu traffik rider apa salah myvi sampai kna diterbalikkan? |
|
|
|
|
|
|
|
Myvi tetap salah sbb langgar rider. Tahu tak rider tu cari duit lebih nk makan family. Kalau dia masuk spital sape nk bg mkn family dia?  |
|
|
|
|
|
|
|
Rider sgt banyak langgar traffic lights and menyebabkan kemalangan.
Then semua kumpul2 kt tempat accident.
Yg tolong, bgs, alhamdulillah.
Yang x syok nye yang lain dok maki driver x tgk rider la, bawak laju la.
Eh, deme lampu hijau kot |
|
|
|
|
|
|
|
Mmm kawsan sesak jalan sempit padat kenderaan , mmg berisiko eksiden
Smpai mengganas cmni menakutkan lah
Kawasan ramai penjahat smpaikan umah mewah gated guarded berlapis2 pakgad pun kena rompak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by _blackbird at 5-11-2022 06:29 AM
moral of the story dari kejadian ni, perempuan2 kat luar sana kalau desperate sgt nak berlaki please avoid 2 benda ni.
1) food panda rider
2) jantan pasir gudang.
tgk la betapa primitive, savages & barbaric nya perangai jantan pasir gudang baik tua muda & kanak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Baru je jadi tadi, tp grabfood la. Lampu isyarat da hijau, baru gerak sikit, dia meluncur je langgar traffic light dr arah kanan. Terpaksa brek emergency. Nasib budak2 ni duduk dlm car seat. Klu x da tercampak da diorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Gangster habis ek. Risau betul. Orang lain salah, orang lain yang kena |
|
|
|
|
|
|
|
Salah foodpandan rider tu. Pandan la muka dia kena langgar sapa suruh nak langgar lampu merah?
Amoi myvi tu masih ada masa nak lepas trafik light sebab dia kelip2 hijau tak masuk kuning lagi.
Ada orang dah share rakaman dashcam kereta myvi tu.
Bodoh punya ketuanan mat kilau semua terciduk la lepas ni kena kutip satu2 dgn polis.
Negara kita ada undang2. Siasat betul2 dulu sapa yang salah. Kan dah mendapat?
Mat rempit memang otak KOSONG.  |
|
|
|
|
|
|
|
Riders B40 adalah sebodoh bodoh & sebangsat bangsat manusia atas muka bumi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|