CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8195|Reply: 134

Lelaki Berhabis RM700 Sebulan Hanya Untuk Beli Kopi Hari-Hari, Ramai Risau Takut Mati Pucuk

[Copy link]
Post time 4-11-2022 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Seorang jejaka yang ketagih kopi sanggup membelanjakan lebih RM700 sebulan untuk minuman tersebut!


"First time track monthly coffees spending (Pertama kali membuat rekod perbelanjaan kopi bulanan). Tak berani nak total up," demikian kapsyen yang ditulis dalam satu ciapan di Twitter.


Dalam perkongsian tersebut, pemuda bernama @BaqirNajh turut membuat senarai harga kopi yang dibelinya setiap hari, sepanjang bulan Oktober di beberapa kafe termasuk francais kedai kopi terkenal.


Gambar Hiasan






Mengejutkan, jumlah yang dibelanjakan untuk membeli kopi berjumlah RM706 itu menyamai ansuran bulanan sebuah kereta!


Menerusi rekod perbelanjaan itu juga, ada beberapa hari di mana pemuda tersebut membeli kopi sebanyak tiga kali atau tiga cawan dalam sehari.


Perkongsian tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen, dengan segelintir daripadanya yang juga dalam kategori pencinta kopi, mengakui berkongsi 'masalah' ketagihan yang sama.


Ada juga yang berpendapat jumlah sedemikian tidak berbaloi untuk dihabiskan demi kopi semata-mata kerana boleh digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah.







"Lepas la nak bayar Myvi.


"Aku pula spending untuk barang dapur dan makan setiap bulan pun takut nak total up," komen netizen.


Namun ada juga netizen yang mencadangkan agar pemuda tersebut membeli mesin kopi untuk diletakkan di rumah kerana ia ternyata lebih menjimatkan.


"Average sehari RM22.80. Wow banyak tu sedara!


"Beli manual press machine seperti french press. Hanya sekitar RM200.


"Beli sebiji mesin kopi boleh save banyak in the long run. Buat drip kopi untuk ice latte lagi sedap kot dari beli luar," demikina antara cadangan netizen.


Namun tidak kurang juga ada yang khuatir tabiat pengambilan kopi berlebihan akan menjadi penyumbang kepada masalah kesihatan.


"Bukan nak jadi party pooper (perosak suasana), tetapi kawan-kawan, tolong kawal pengambilan kafein dan gula anda.


"Tak takut ke kalau minum kopi banyak-banyak boleh mati pucuk?


"Memang hari-hari minum coffee ke? Ya Allah tidur macam mana? Terganggu tak?" demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2022 11:00 AM | Show all posts
mmg kalau dia jenis berduit takde la apa. Yang katanya income tak banyak, underpaid. tapi selalu je tengok dok order kopi setaqbaq zus coffee bean mcm kan takde masalah
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 11:08 AM | Show all posts
Ya Allah, kalau dah macam tu suka coffee, kau beli lah coffee machine.  Dah murah dah sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 11:10 AM | Show all posts
Entahlah, aku bukan peminat kopi kut jadi kopi stabak tu daku rasa biasa-biasa saja.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ni betul2 hantu kopi ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 11:13 AM | Show all posts
buat sendiri la kopi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2022 11:22 AM | Show all posts
dia ni keja peon kot
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 11:22 AM | Show all posts
lantak la dia mati pucuk ke apa
bkn dia laki kau
hahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2022 11:23 AM | Show all posts
cara baru nak flex berduit ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Acah3 a.k.a flex je ni. Coffee addict / lover x perlu pon kedai kopi franchise ni, sesekali ok la. Lagi baik invest beli coffee machine. Aku pon x faham orang yg berselera amat dengan air kopi aneh2 super manis ni. Aku minum 3 cawan sehari tapi grind sendiri kat rumah la. Bajet sebulan x sampai 100 pon
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 11:39 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Coffee lover xminum campur gula. Biar pior kopi semata..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak memang tak boleh minum kopi Starbucks, setiap kali minum mesti pening kepala
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 11:44 AM | Show all posts
sebenarnye coffee ni baik ke tak kalo konsume mcm brader ni?
sbb ade sorg minah ni iols tgk tetiap hari dia flex dia mengkopi tp anak kecik2 lg menyusu badan
kompius meols kdang2
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap akak nak tanya apa beda ko beli je biji kopi lepas tu rebus sendiri kat rumah pakai periuk masak gulai tu jah, dengan beriya pakai coffee machine tu sister? Adakah ada beza rasa atau beza caffeine produced nya sister-sister sekalian alam?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 12:10 PM | Show all posts
bleh tak nak kata pengambilan kopi berlebihan ni punca anak2 muda skrg over anxiety?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2022 12:11 PM | Show all posts
RM700 just for coffee??? Damn!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 12:16 PM | Show all posts
x berbaloi berabis byk2 utk coffee. byk serbuk kopi y sedap tp kena bancuh sendiri. ala bukan susah sgt. y betul2 gila kopi x beli kopi starbuck hari2. lokal kopi lg kick.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lately ketagih kopi.dah setahun ni aku macam hari2 nak kopi. Arghhhhh mencik. Dulu aku tak.suka sangat. Sebab jadi tak tidur lepastu badan menggeletar kurang zat. Sejak tahun lepas aku jadi suka plak..mujur boleh control lagi tak minum hari2. Kulit memang kusam ehhh. Arghhhhh cmne ni..dia macam rasa sensasi dan segar je lepas minum tauuuu. Baru tau patutlah ramai ketagih.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 12:27 PM | Show all posts
ni mesti keja company2 mnc or glc ker....tu yang tak kisah beli kopi memahal everyday

anyway, meols rasa kalau bujang, beli kopi machine tak berbaloi....biasa orang beli kopi otw to work...jarang sangat yang pagi2 minum kopi lepas tu pegi kerja..for sure lambat

out of topic jap...selalu dapat iklan2 jenis macam..beli this machine/alat/ dah tak perlu dah pegi kedai beli bla bla bla...kalau kau jenis pengguna almost everyday takpe la jugak...ini lepas beli..sebulan sekali pun x guna...baik beli dari kedai jerla...membazir beli mesin tak pakai pun....meols tau..sebab meols pun terpengaruh   .....dah beli mesin...sudahnya..tak sampai 2 kali pakai....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Era baru Indonesia
maklukpenggodaEra baru Indonesia
Views : 28879 Replies : 12
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 87989 Replies : 3393
Isteri pakai susuk di alat kelamin nak halang suami curang
ultra78Isteri pakai susuk di alat kelamin nak h
Views : 37251 Replies : 22
Civil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal  menitahkan agar keadilan diberikan segera kepada seorang pekerja pembinaan yang didakwa diserang kerabat Diraja Pahang
YgBenarCivil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, be
Views : 62950 Replies : 16
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 38888 Replies : 154
Jangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman”...Bunuh kerat lapan, Abah Hayat menyesal, bertaubat
YgBenarJangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman
Views : 7930 Replies : 52
Abah Hayat terlepas tali gantung, kes bunuh kerat lapan 23 tahun lalu
AbahmungAbah Hayat terlepas tali gantung, kes bu
Views : 45485 Replies : 95
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 31501 Replies : 76
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109343 Replies : 6698
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 72719 Replies : 659

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.106203 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list