CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1004|Reply: 9

Belasah Guru Wanita Sampai Mati Sebab Dapat Markah Rendah, 2 Remaja Dipenjara Seumur Hidup

[Copy link]
Post time 4-11-2022 06:40 AM | Show all posts |Read mode
Dua pelajar sekolah tinggi di negeri Iowa berdepan hukuman penjara seumur hidup kerana didakwa membunuh seorang guru mata pelajaran bahasa Sepanyol selepas membelasah mangsa menggunakan kayu besbol akibat tidak berpuas hati menerima markah rendah, lapor akhbar Metro UK kelmarin.


Willard Miller dan Jeremy Goodale, kedua-dua mereka berusia 16 tahun, didakwa membunuh Nohema Graber dengan membelasahnya sehingga mati dan menyembunyikan mayat mangsa di sebuah kawasan padang di luar bandar Fairfield, awal November tahun lalu.




Jeremy Goodale dan Willard Miller serta Nohema (tengah)
Foto: The Independent




Berdasarkan siasatan, polis mendapati mangsa bertemu dengan Miller di Sekolah Tinggi Fairfield pada petang 2 November 2021 bagi berbincang mengenai markah rendah subjek bahasa Sepanyol yang diperoleh suspek.


“Markah rendah itu dipercayai menjadi motif kepada pembunuhan mangsa yang dikaitkan secara langsung dengan suspek,” kata pendakwa raya.


Mangsa selepas itu dilaporkan memandu ke sebuah taman berdekatan untuk bersiar-siar selepas waktu bekerja. Beberapa saksi mendakwa mereka ada melihat van milik mangsa meninggalkan taman tersebut, namun ia dinaiki oleh dua remaja yang berada di tempat duduk pemandu dan penumpang.


Beberapa saksi lain turut mengesahkan kedua-dua suspek menghubungi mereka dan meminta untuk dijemput di sebuah bahagian terpencil di luar bandar tersebut. Van milik mangsa turut ditemui terbiar di hujung jalan yang sama.


Ketika disoal polis, Miller mengaku bahawa dia berasa kecewa dengan cara mangsa mengajar subjek tersebut. Dia turut mengaku berada di lokasi kejadian ketika mangsa dibunuh, namun tidak terlibat dalam pembunuhan itu.




Jeremy Goodale dan Willard Miller




Dia mendakwa Graber diculik sekumpulan remaja bertopeng yang turut memaksanya memindahkan mayat mangsa serta membuang kenderaan milik wanita berkenaan.


Bagaimanapun, selepas memeriksa telefon bimbit suspek, polis mendapati dia berkomunikasi dengan seorang individu lain menggunakan aplikasi SnapChat dengan berkata, ingin membunuh mangsa sebelum menahan suspek kedua, Goodale.


Kedua-dua remaja tersebut akan dibicarakan sebagai orang dewasa di Iowa di mana mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah




Sumber: Kosmo










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2022 10:26 AM | Show all posts
Kenapala smp bunuh.. tak pasal2 dah kena penjara.. bgtaula parent ke apa bawk bincang jumpa cikgu cara baik ke.. x fhamla pemikiran diorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 01:14 PM | Show all posts
Elokla masuk dlm drpd jadi serial killer psychopath
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 02:08 PM | Show all posts
dlu paling2 gangster pon letak hacks kat cermin kete cekgu...
but tahap belasah smpai mati ni memang psychopath.. lack of empathy.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 03:01 PM | Show all posts
selamat la mereput dalam penjara
dah diri sendiri bodoh x boleh diajar, nak salahkan cikgu lak
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tk belajar ttg akhirat..tu jadi cmni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2022 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu....dah klu bdk tu x perform..guana nak bg mkh tinggi...bbnu mmg mcm ni..sendiri x nak belajar...dpt mkh sikit meroyan....padahal usaha tu hampir tiada...ku debuk juga bdk2 mcm ni...ni kdg2 salah mak bapak haprak yg manjakan sgt anak...last2 x jd org
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 03:39 PM | Show all posts
tak berapa herlok pun dedua... sooo selamat meringkuk di dalam penjara agittewwww... hujung2 jadi jeffrey dahmer tu lagi susah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2022 03:44 PM | Show all posts
trash.. elok lah mereput
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 04:26 PM | Show all posts
agaknya kat rumah mak bapak ckp anaknya sungguh bagus sbb tu xleh terima kenyataan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.052332 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list