View: 7166|Reply: 70
|
Nana Mahazan Terkejut Anak 12 Tahun Mula Berhijab, Terus Belikan 14 Helai Tudung
[Copy link]
|
|
Nana Mahazan terkejut apabila puteri sulungnya, Althea Raqeem Brian yang berusia 12 tahun mahu memakai tudung.
Nana berkata, ketika anaknya menyatakan keinginan itu dia tidak mengambil serius, namun tidak menyangka Althea kini sudah mengenakan tudung hampir empat bulan.
Foto: IG
"Dia membuat keputusan itu tanpa sebarang paksaan. Pada awalnya dia bertanya kepada saya adakah setiap wanita perlu memakai tudung selepas datang haid.
"Saya pun menjawab pertanyaannya itu dan memberitahu pemakaian tudung ini adalah wajib bagi wanita untuk menutup aurat. Tapi saya maklumkan padanya yang saya pun mula pakai tudung sejak tahun lalu.
"Ketika saya belum bertudung, dia tidak pernah bertanya mengenai perkara ini. Tapi mungkin selepas melihat saya sudah mula bertudung dan rakan-rakan sekolahnya pun sama membuatkan banyak persoalan bermain dalam fikirannya.
"Alhamdulillah ketika saya menghantar anak-anak ke rumah keluarga kerana saya dan suami pergi bercuti pada Jun lalu, mak saya hantar gambar Athea bertudung dan keesokan harinya ketika mereka pergi mandi sungai pun dia masih nak pakai tudung. Jadi bermula dari situlah dia berhijab sehingga sekarang," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Nana, sebagai ibu dia berasa gembira dan teruja dengan perubahan yang dilakukan puteri tercintanya dan berharap anaknya kekal istiqamah.
"Mestilah saya seronok apabila anak nak buat perkara baik. Bayangkan saya beli 14 helai tudung apabila dapat tahu dia nak bertudung.
"Malah saya juga sanggup keluarkan tudung Sisterhood edisi khas sempena nama anak saya kerana dia minat warna-warna yang lebih selamat untuk kegunaan harianya.
"Apapun keputusannya saya nak dia tahu yang saya sentiasa menyokong dan sanggup buat apa saja. Saya juga bersyukur apabila menerima mesej positif daripada peminat mengenai perubahan anak saya ini,"katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
I like this lady. Cara dia bwk diri n jaga fmly dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah dik…moga istiqomah…insyaallah |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik betul nana sekarang ni. Style pun tak kepam walaupun bertudung. Pakai longgar pun tetap nampak wangi. |
|
|
|
|
|
|
|
Lawa nya Nana sejak bertudung
Serius nampak simple tapi elegant
Dia ada gaya tersendiri
Dress shirt tu lawa beli kat manaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
So far so good....nak tengok sampai page berapa baru sebutan lembaga akan terpacul....
Wakahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
semoga kita semua sentiasa diberi hidayah
bagus nana |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah yang orang kata proses. Dulu nana ni seksi nak mati siap pakai baju nampak pusat, skrg elok je bertudung baju longgar2. Budak2 remaja macam leona ke masya masyitah ke mia sara nanti entah2 akan jadi mcm ni jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Naik seri sangat nana bertudung anak² pun comel |
|
|
|
|
|
|
|
Nana oiii terlalu awal ko nak bragging anak ko bertudung, patutnya tak perlu buat statement apa2. Kut nanti dia rasa nak bukak pulak, umur dia pun masih 12 tahun mungkin nanti dia berubah fikiran, yg ko dah jaja satu msia. Ntah apa2 huh |
|
|
|
|
|
|
|
Suka tengok progress dia..love everything about her. Makin lama makin cantik. Dulu kena hentam sebab vocab tak banyak tapi ada hati nak jadi dj & pengacara. Banyak improvement dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Nana dulu dok sama kondo dengan macik kat Danau Murni
Kondo tu kocik ya amat tapi kondo baru lah
Dia bawa Jazz kaler pink
Nana ni friendly
Tapi bila dia masih sembang kari macam ni
Malehhhh macik |
|
|
|
|
|
|
|
Eh dah besar budak ni dah Form 1. Good for you anak. |
|
|
|
|
|
|
|
tggi anak dia ke nana ni kecik je orgnya?
org kurus pakai baju longgar camni nmpk sesuai tudung pun blh la pakai x labuh mana sbb tetek x brp nak nmpk cover dgn baju dah. mcm dahlia tu pun sama. nana sgt cantik skrg, style pun sesuai je.
yg anaknya tu maybe terpengaruh kwn2 kat sek jugak. bdk2 zaman skrg even sek rendah (thp 2 la) pun pakai tdg cantik2 berbelit2 on point blake. tp kdg2 mai remaja (sek men) terpengaruh anasir lain kalut nak cabut tdg plak |
|
|
|
|
|
|
|
Anak dia sweet, muka bapak sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak dinafikan mmg nana semakin nmpk helok bertudung.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|