CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 832|Reply: 4

'Kenapalah Kau Telan Batu, Milo?'

[Copy link]
Post time 3-11-2022 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah keluarga dikejutkan dengan bil berjumlah 7,000 Euro (RM32,000) selepas anjing peliharaan mereka melalui pembedahan kritikal.


Daily Star melaporkan, pembedahan di klinik veterinar itu dilakukan untuk menyelamatkan nyawa anjing tersebut yang tertelan batu.




WalesOnline




Segalanya bermula apabila anjing berbaka Weimaraner yang diberikan nama Milo itu muntah darah.


Pemilik Milo yang kerisauan segera membawa Milo ke hospital di mana veterinar mengesyaki dia telah memakan benda yang tidak sepatutnya.


Anjing berumur empat tahun yang sememangnya lincah itu telah mengunyah stokin dan ketika melalui imbasan, seketul batu dikesan pada bahagian usus bawah.


Pemilik Milo, Owner Shannon berkata, haiwan peliharaannya perlu menjalani pembedahan sebanyak dua kali dan mereka sedia maklum tentang jumlah kos yang diperlukan.




WalesOnline




"Mereka memberikan saya pilihan sama ada membawa Milo pulang dengan ubat tahan sakit atau biarkan dia di klinik di bawah pemerhatian.


"Sudah tentu kami pilih untuk tinggalkan Milo kerana kami nak tahu apa yang terjadi dengan Milo.


"Malam itu kami menerima panggilan telefon mengatakan dia memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan batu yang ditelan," katanya.


Shannon berkata Milo sedang berada dalam keadaan baik tetapi enggan berehat kerana sentiasa mahu bermain.




Sumber: mStar










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2022 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
alahai apa yg kau buat tu milo
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2022 12:59 AM | Show all posts
alaa siannya milo. get well soon milo
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2022 12:59 AM | Show all posts
alaa siannya. get well soon milo. dont be naughty
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2022 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak kalau minum milo pun sama berak keluar batu dekkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.047445 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list