View: 937|Reply: 10
|
Tak Puas Hati Pembahagian Harta, 3 Remaja Perempuan Bakar Rumah Dengan Niat Bunuh Ibu
[Copy link]
|
|
Tiga beradik berniat membunuh ibu kandung mereka dengan membakar rumah yang diduduki di daerah Yen My, wilayah Hung Yen, Vietnam.
Difahamkan, kejadian berpunca akibat konflik apabila tiga remaja perempuan berkenaan difahamkan tidak menerima pembahagian harta masing-masing daripada ibunya.
Vietnam Postsen
Susulan itu, kira-kira pukul 9.30 pagi pemimpin penduduk dan polis Trung Hoa menerima laporan kebakaran yang berlaku di kawasan tersebut.
Laporan polis mengesahkan tiga remaja itu menyimbah satu tin petrol ke lantai rumah menyebabkan berlakunya kebakaran dan kecederaan.
Perbuatan mereka membawa padah apabila kesemua mereka termasuk mangsa melecur terbakar.
Dua daripada mereka mengalami luka lecur yang teruk dan dirawat di hospital manakala seorang lagi diberi rawatan awal kerana hanya mengalami cedera ringan.
Sementara itu, ibu mereka juga dirawat di hospitan akibat melecur selain baju dan rambutnya terbakar.
Vietnam Postsen melaporkan, ketika kejadian mangsa tinggal dengan anak lelakinya yang duduk di bahagian atas rumah berkenaan menyebabkan dia terselamat dari kejadian itu.
Menurut peguam Dinh Thi Nguyen, tragedi itu merupakan satu kes kebakaran yang serius kerana melanggar undang-undang.
Sekiranya situasi itu menyebabkan kematian ataupun pembunuhan, polis boleh mendakwa ia di bawah peruntukan Perkara 123 Kanun Keseksaan 2015 untuk menjalankan siasatan.
Nguyen berkata, untuk menentukan sama ada perbuatan itu boleh membawa kematian ataupun tidak, ia bergantung kepada ciri-ciri lokasi kejadian, orang yang hadir, jumlah petrol dicurahkan serta faktor mekanikal dan teknikal yang lain.
Lowyat.net
“Jika perebutan tanah merupakan punca utama, ia adalah satu perbuatan yang sangat kejam dan terkutuk.
“Apa pun puncanya, perlakuan ini tidak boleh diterima,” katanya.
Pihak polis dilaporkan akan memeriksa kawasan kejadian untuk mengenal pasti jenis jenayah yang berlaku sebelum menjalankan hukuman mengikut undang-undang.
Sumber: Majoriti
|
|
|
|
|
|
|
|
Dahlah harta xdpt.....siap pakej melecur dpt!! Adik-beradik bongok!! Tak boleh blah tgk dia siram petrol sambil dia tergelincir LOLL |
|
|
|
|
|
|
|
bodohnya bakar diri sendiri ke hapa |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ibu itu tidak pernah berkahwin dan melahirkan 3 anak tersebut, maka kejadian tersebut tidak akan berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
puashati tengok empat-empat terbakar
mak tak adil, tak kasi bahagian anak anak.. anak anak zalim nak bunuh mak
hip hip hurray!! |
|
|
|
|
|
|
|
Mak lebihkan anak lelaki kot |
|
|
|
|
|
|
|
tengok ler anak perempuan dia, sampai sanggup nak bunuh ibu. mak dia lebih kenal perangai anak2, tu dia tak wasiatkan harta tu
entah2, kalau dia wasiatkan harta pun, diorang tetap bergaduh, tak puas hati sebab nak lebih. nak kaut sampai licin
|
|
|
|
|
|
|
|
cikatilia replied at 3-11-2022 05:00 PM
bodohnya bakar diri sendiri ke hapa
Kannn tak clean betul buat kerja. Confirm bimbo |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam mstar cakap semua dah kawin. Remaja apanya?
Tapi puas hati aku nampak dorang pun terbakar sekali! |
|
|
|
|
|
|
|
Semua terselamat? Hbis kaki sape dlm selimut bergulung tu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|