View: 1260|Reply: 20
|
Jangan Bereksperimentasi Dengan Undi, Perjudi Masa Depan Negara - Tok Mat
[Copy link]
|
|
Jentera BN diingatkan supaya menemui seramai mungkin pengundi dan menyampaikan mesej kepada rakyat mengenai rekod prestasi BN.
Timbalan Pengerusi BN,Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jentera parti juga perlu mengingatkan pengundi supaya tidak bereksperimentasi dengan undi dan memperjudikan masa depan negara seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Temuilah seramai mungkin pengundi di tempat kita. Temuilah mereka dan terangkan kepada mereka (supaya) bagi kami (BN) mandat, bagilah parti yang telah mempunyai rekod prestasi yang baik.
FB Tok Mat
Rekod prestasi yang telah terbukti dapat menguruskan negara. Cukup-cukuplah membuat eksperimen kerana eksperimen itu membuatkan kita (rakyat) hidup sengsara pada hari ini," katanya ketika berucap melancarkan jentera BN Johor di Stadium Tertutup Educity di sini, malam Rabu.
Mohamad Hasan turut mengingatkan supaya jentera parti dapat diurus dengan baik bagi menangkis segala dakwaan parti lawan.
"(Parti lawan) lagi nak jual temberang di sana sini, (kononnya) dialah yang paling baik menguruskan negara. Untuk BN, tidak perlulah kita bercakap buruk tentang orang, rakyat boleh menilai. Yang penting, kita balik ke kawasan masing-masing selepas ini, urusan jentera perlu (diurus) dengan baik,” katanya.
Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya BN, turut mengulangi sasaran yang ditetapkan kepada BN Johor untuk memenangi sekurang-kurangnya 20 daripada 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada PRU15 ini.
Turut hadir Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Sumber: Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
kire dia sound zahid ke ni?
zahid tgh eksperimen letak calon2 kroni dia
perlis dh terang2 abis punoh umno, tmpt lain menanti di eksperimen.. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan la
dia cakap jgn dok nak gatai bagi bang non jadi PM, kita tak tahu lagi dia boleh melingkop atau menjahanam
|
|
|
|
|
|
|
|
bangnon dah pernah jadi mcm2 menteri. TPM pun pernah.
|
|
|
|
|
|
|
|
"kita try dulu PH jadi kerajaan 5 tahun.. lepas 5 tahun kalau tak bagus, kita tukar lagi"
"kita bagi je atok jadi PM.. lepas 2 tahun pass kat anwar"
-famous last words
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingergrumpy at 3-11-2022 06:16 PM
Ko nak bagi prestasi rekod ko 60 tahun in comparison dgn saper? Ph 22bulan....abahcow(gabungan).14 bulan dan mael lambong(gabungan) 2 tahun...
Memang wajar kena carut keww apanya?
why dont you compare your achievement dgn jiran sebelah kita spura...what do they have in leadership that we are very much lacking?
Ini ko nak jawab macam.mana tok mat oiiii?
|
|
|
|
|
|
|
|
Suka ailah tok mat. Undi ai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pak mat x nak ckp experiment jibun yg pelingkop negara jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
rekod prestasi yang hebat tu pun banyak bergantung pada sapa leader nya.
jadi nya, kalo bereksperimentasi dengan memilih zahid jadi PM, tetap ada risiko |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 3-11-2022 03:16 PM
kire dia sound zahid ke ni?
zahid tgh eksperimen letak calon2 kroni dia
Bukan tengah sound, tengah jilat. |
|
|
|
|
|
|
|
Nokiaman replied at 4-11-2022 12:34 AM
Ummah non Mosleem.. Sentap vavi setiap hari.. Otak lagi bijak dari Spesis nie...
Ko dlm kategori mana nok?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dengan bereksperimen laa
1. UMNO tumbang
2. Najib & Rosmah masuk penjara
Ok laaa tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
arasham replied at 3-11-2022 06:27 PM
Suka ailah tok mat. Undi ai..
Ko jgn jadi peanuts forget their shells arseham....anak anak ko jadi org sekarang... doktor, loyer buruk, bio chemist ,dentist, chartered accountant semua atas platform serta system yg disediakheun selama 60 tahun ini oleh humngok BEEND hokay....
So jgn nak eksen jackson...
Boleh posting aku ini @rashimon dan @kimarkruk?
Wakahkahkwhkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Habes? Ko nak muke kerepot macam ko je ke yang ade kuase?? |
|
|
|
|
|
|
|
Hang pun berpeloh juboq tak mau lwn DAP. Cakap byk… pi la masuk Seremban. Sembang apaaa… |
|
|
|
|
|
|
|
dia xnk bereksperimen duk seremban ke |
|
|
|
|
|
|
|
jgn eksperimen undi.. bahaya
malaysia jd tapak eksperimen vaksin xpe |
|
|
|
|
|
|
|
dengar tok mat ckp boleh, percaya jgn |
|
|
|
|
|
|
| |
|