CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 923|Reply: 14

Pegawai Imigresen Subahat, Bawa Warga Asing Beramai-Ramai Masuk Malaysia Konon Macam Pelancong

[Copy link]
Post time 3-11-2022 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Komplot jahat membawa masuk beramai-ramai warga negara asing yang menyamar sebagai pelancong melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia 2).


Malah lebih mengejutkan apabila sindiket 'agensi pelancongan' itu turut menyediakan kemudahan tempat tinggal, program lawatan ke lokasi menarik dan sejumlah wang bagi menunjukkan seolah-seolah warga asing dibawa masuk itu adalah pelancong sebenar.


Itu antara taktik licik dilakukan membabitkan seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan enam lelaki warga India sejak beberapa bulan lalu.




Foto: JIM




Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kegiatan itu bagaimanapun terbongkar hasil operasi sepasukan pegawai Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama pegawai JIM Lapangan Terbang Klia 2, kelmarin.


Menurutnya, pegawai JIM yang ditahan berusia 31 tahun manakala warga India itu pula berumur antara 20 hingga 42 tahun.


Katanya,mereka cuba memasuki negara ini untuk bekerja tanpa pas kerja sah serta mengelakkan bayaran levi.


"Modus operandi sindiket ini adalah menawarkan e-visa palsu kepada warga asing terbabit untuk memasuki Malaysia sebagai pelancong," katanya semalam.


Khairul Dzaimee berkata, sindiket akan menyediakan kemudahan tempat tinggal, program lawatan dan sejumlah wang bagi menunjukkan seolah-seolah mereka adalah pelancong sebenar.


Menurutnya, pegawai Imigresen yang bersubahat pula akan memberikan cop ke atas pasport tanpa merekodkan perjalanan warga asing itu ke dalam sistem JIM.


Katanya, berdasarkan maklumat risikan, sindiket itu dipercayai mengenakan bayaran antara RM5,000 hingga RM6,000 kepada setiap 'pelawat'.


"Sindiket itu disyaki menjalankan operasi sejak pembukaan sempadan negara pada 1 April lalu," katanya.


Menurutnya, semua warga asing yang ditahan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966 kerana cuba memasuki Malaysia secara tidak sah.


Katanya, pegawai Imigresen terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007, selepas perintah reman diperolehi.


"JIM akan terus meningkatkan usaha risikan bagi membenteras aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak walaupun ia membabitkan pegawai imigresen," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2022 02:47 PM | Show all posts
ini la pegar ni

antara punca berlambak2 pati kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 02:53 PM | Show all posts
Tabiat rasuah ni dari bawah sampai ke atas. Duk salahkan menteri dan ahli politik rasuah,tapi yang peringkat bawah pun sama aje.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda2 dah wat onar

Menurutnya, pegawai JIM yang ditahan berusia 31 tahun manakala warga India itu pula berumur antara 20 hingga 42 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu sesuatu pekerjaan kena dapat dgn hasil titik peluh kalau tak mcm ni la jadi ye
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
harap bukan yang 6 ni je la yang kena tangkap....
macam mana pulak yang beribu lagi tu ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2022 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebetulan kena tangkap masa ada operasi, hari hari lain tu terlepas masuk beribu ribu mcm tu je....Tak siapa sedar pun
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 05:52 PM | Show all posts
Heran.. kenapa tak masuk je as tourist guna tourist visa? Bukannya tak boleh dapat tourist visa tu.. unless imigresen malaysia strict mcm aussie & us masa chech visa application.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2022 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis². Jenis nak juga makan Haram. Tak boleh ke hidup ukur Baju di badan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 06:37 PM | Show all posts
these people are rotten from top to bottom..

blk rmh bg anak bini mkn sumber haram.. apo nak jd tah
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mandul dan kote ditumbuhi kulat
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 08:18 PM | Show all posts
Dah berpuluh tahun dah ada mcm ni.. berapa ramai la yg masuk tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan benda baru
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 08:39 PM | Show all posts
Edited by brego at 3-11-2022 08:43 PM

penjawat awam, menteri dan ahli politaik yang jadi pengkhianat negara ni,
elok la di rejam dengan batu sampai mati.
buat di khalayak ramai, kalau dapat live masuk tv lagi baik.

dan harta benda dia dan keluarga nya di sita jadi milik negara.

semua berebut nak jadi penjawat awam, menteri dan ahli politaik,
untuk melahap rasuah dan salah guna kuasa.
jadi elok la bagi hukuman berat sebagai satu peringatan dan ancaman.

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 10:11 AM | Show all posts
yg pgawai pon cam celako
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.053667 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list