|
Penerbit dan Pengarah, Datuk Ayu Puteh terpanggil untuk mengulas isu mengenai rupa paras yang menjadi elemen penting untuk menjadi seorang pelakon. Terdahulu kenyataan Datuk A.Aida telah mencetuskan perdebatan di kalangan penggiat seni.
Difahamkan, A. Aida meletakkan rupa paras seseorang pelakon sebagai ‘resipi’ utama kejayaan sesebuah karya.
Datuk Ayu Puteh atau lebih mesra dipanggi Ayu agak bersetuju dengan A.Aida, namun dia berpendapat pelakon yang yang mempunyai rupa paras cantik sebenarnya tidak menjamin kejayaan bagi sesebuah drama atau filem.
Foto: IG
“Saya agak setuju juga dengan pendapat Datuk A. Aida, tapi yang tiada rupa pun sebenarnya banyak membantu menghidupkan drama dan filem kita. Tak semestinya hero atau heroin tu harus cantik dan kacak. Ada sahaja yang tak berapa cantik atau kacak jadi idola penonton, dan lakonannya lain macam."
Pemilik syarikat produksi Pencil Pictures itu menambah, ada di kalangan pelakon yang memiliki kelebihan seperti dianugerahkan rupa paras yang cantik atau kacak tapi malas mencari ilmu.
“Bagi saya, kita akan lebih susah nak lupa kepada mereka yang berbakat besar dalam lakonan dan penjiwaan mereka yang sangat mendalam. Dari muka kacak atau cantik tapi macam berlakon macam kayu dan perasan bagus.
Lagi teruk lagi, ada di antara mereka yang malas pula cari ilmu. Tapi tak semua yang begitu, ramai juga yang dikurniakan rupa paras yang menarik dan pada masa yang sama bagus berlakon. Contohnya seperti, Amyra Rosli, Nad zainal, Ummi Nazeera dan Syafik Kylie, Hisham Hamid dan lain-lain yang sewaktu dengannya,” katanya kepada MURAI.
Ayu berkata, dia selalu mengingatkan anak perempuan Wanna Ali iaitu merupakan seorang pelakon untuk terus belajar untuk berjaya dalam dunia lakonan.
“Anak saya berlakon pun saya boleh marah-marah dia bila saya tak ‘rasa’ lakonan dia. Mana ada bagi peluang. Dan saya selalu suruh terus cari ilmu. Dah nama nya kau cari makan sebagai artis! Jangan malas, “- katanya lagi. -CARI
Sumber: Murai.my
|
|