CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1682|Reply: 16

Shila Amzah Yakin Masih Mampu Tawan China Dengan Keunikan Cara Nyanyian

[Copy link]
Post time 2-11-2022 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Shila Amzah, 32, bakal kembali merancakkan karier seninya di China pada tahun depan dan dalam perancangan menghasilkan lagu untuk pasaran di sana.


Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah juga berkata pandemik Covid-19 adalah penyebab dirinya kurang aktif dan bukannya kerana namanya semakin suram di sana.




IG Shila




"Saya tak pernah tinggalkan karier seni di China. Kita semua tahu kekangan pandemik sebelum ini memberi kesan besar dan sekarang saya yakin sudah ada solusi terbaik untuk kembali ke sana.


"Insya Allah tahun depan saya akan kembali rancakkan karier di sana. Tapi saya enggan tergesa-gesa kerana banyak aspek perlu dititikberatkan jika mahu lakukan 'comeback' yang terbaik.


"ada bulan Februari nanti, mereka pun akan menyambut Tahun Baharu Cina dan ia bukan masa terbaik untuk saya. Tapi baguslah saya masih ada masa yang sangat cukup untuk lakukan persiapan sebelum kembali takluk pasaran sana," katanya.


Penyanyi Patah Seribu itu juga masih yakin dirinya mendapat tempat di China meskipun beberapa tahun tidak bertapak di sana.




IG Shila




"Melihat penampilan saya saja pun, saya ada kelebihan kerana nampak berbeza. Begitu juga cara nyanyian saya cukup tersendiri dan itu menguatkan lagi tarikan untuk saya dikenali di sana," katanya.


Shila ditemui pada majlis pengumuman kerjasama strategik Media Prima Berhad (MPB) dan rangkaian stesen TV terbesar China, Hunan Broadcasting System (HBS), semalam.


Penyanyi itu membuat penampilan sempena program membabitkannya iaitu Shila Amzah Masterclass Musim 2 yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi dan ditayangkan di 8TV.




Sumber: Harian Metro










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2022 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Apo yg unik bona tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 03:29 PM | Show all posts
bagus la camtu... cerita pasal kerjaya... tak payah cite pasal nak kawin laaa.. pasal jantan la...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Shilot kan sole breadwinner in da haus.
Kena bekerja keras.
Adalah satu kerugian sheols slow down utk kawen dgn biawak kokdiang lidah londonz. Hahahaha.

Sepatutnya sheols teruskan mendunia di china mainland. Ada shueben, takde shueben belakang cerita.

Janji masyuk.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf gemok bole ke masok kt sne
Sedangkn artis mereka yg da kurus pn kemain nk diet lg
Apepn good luck
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 04:52 PM | Show all posts
C'mon Xila! Teruskan usaha yach. Klu berusaha pasti ada hasilnya. Trust the process. China ada berbilionzzz umat. Tackle a fraction pon dah ok. Haters tu biasalah, lumrah. Klu xsuka, senyum masa terima komen juri pon jadi isu. Suka tengok bila retis ada cita2 cmni. Bukan jaguh kampung je yg ada bakat, tapi mcm xberusaha sgt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2022 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sempat kuruskan badan dik.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 05:03 PM | Show all posts
dari dulu mendunia kat cina kenapa mcm masih kekurangan je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2022 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mendonia kat china.. Balik2x nape x dpt lg award dato... Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 05:45 PM | Show all posts
i suka tgk ms dia kt china dlu.. bsemangat dia eksesais krskan badan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 05:47 PM | Show all posts
dah elok2 mendunia sampai ke China..balik malaysia ko bleh gi join The Masked Singer lak
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 05:54 PM | Show all posts
tak dinafikan suara shila ni 1 in a million.
susah nk tiru tone n style suara sheols. amsyar lee pondan tu pun xpenah try..

tapi itulah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Go shila walaupon iol bukan peminat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nyanyi rock best.

Ikut suka la kalau talent ada, pandai mekap, pakai baju cantik, rajin pamerkan diri dekat strangers, memang boleh kekal relevant dikalangan orang suka hiburan

Tapi satu hari dia pun boekh fikirlah adakah itu yang terbaik untuk dia? Dia ni macam smart. Tak macam penyanyi bernombor. Tak semua kelebihan tu untuk tontonan ramai. Kena kuat nak lawan godaan dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka Shila yg dulu yg begitu mendunia masa di China, punyalah aku berangan dulu takde ke org Melayu nk mendunia kt sinun tup2 Shila x terjangkau dek akal aku..so gud luck dek. skrg kurangkan merempan nnt org menyampah aku pun menyampah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 03:35 PM | Show all posts
Cr competition lain plk kt china tuk naik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2022 03:49 PM | Show all posts
yg dia melingkup dan balik msia tu kenapa ye? masa dia kat china tu macam dia di kemuncak. lps kawin kan dia migrate tinggal dgn laki dia landen sana?

kesian demi laki sanggup lpskan impian sendiri. hujung2 kena tinggal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.063215 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list