CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 452|Reply: 3

Laki Bini Bunuh, Bakar Pesakit Mental Untuk Tuntut Insurans

[Copy link]
Post time 2-11-2022 01:19 PM | Show all posts |Read mode
Sepasang suami isteri di Riau, Indonesia mencipta 'kemalangan' demi membuat tuntutan insurans.


Hendra, 49, dan isteri, Susiani, 35, bagaimanapun kempunan untuk mendapatkan wang tuntutan itu selepas mereka ditahan polis, baru-baru ini.








Berdasarkan siasatan, Susiani memaklumkan kereta yang dinaiki bersama Hendra terbabit dalam kemalangan, lalu terbakar, pada 27 Oktober lalu.


Wanita itu juga mendakwa suaminya maut dalam kebakaran itu bagi membuat tuntutan insuran.


Namun, siasatan lanjut mendapati mayat individu yang didakwa sebagai Hendra sebenarnya adalah seorang lelaki yang mengalami masalah mental.


Lebih kejam, lelaki terbabit didapati dibunuh sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam kenderaan yang terbakar.


Ketika siasatan dijalankan, polis menemui mayat seorang lelaki di dalam kereta yang sudah hangus.


Wanita itu kemudian mendakwa individu yang ditemui mati di dalam kereta itu adalah suaminya.


Bagaimanapun, wanita itu tidak membenarkan bedah siasat dijalankan ke atas jenazah suaminya.


Curiga dengan keputusan itu menyebabkan polis menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sama ada kereta itu terbakar atau dibakar.


Selepas siasatan dijalankan, polis mengesahkan individu yang ditemukan di dalam kereta berkenaan adalah pesakit mental yang berasal dari Bengkalis, manakala kereta itu sebenarnya dibakar.


Ketika soal siasat dijalankan, Hendra akhirnya mengaku dia membakar kereta berkenaan dan membunuh individu itu bagi membolehkan tuntutan insuran dibuat.


"Suspek terserempak dengan mangsa sebelum memujuknya dengan memberi makanan dan pekerjaan, lalu membunuhnya.


"Suspek kemudian memasukkan mayat lelaki itu di dalam kereta sebelum membakarnya untuk menuntut insuran," katanya.


Kes itu kini dalam siasatan pihak berkuasa.




Sumber: GEMPAK










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2022 01:30 PM | Show all posts
Pantas polis sana buat siasatan cepat kena cekup
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangang…..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila buat keje x clean…ingat senang2 ke insurance nak bayar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.058246 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list