CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1261|Reply: 10

[Politik] PRU-15: Anwar Ibrahim hanyalah 'orang biasa' - Ahmad Faizal Azumu

[Copy link]
Post time 2-11-2022 10:22 AM | Show all posts |Read mode
PRU-15: Anwar Ibrahim hanyalah 'orang biasa' - Ahmad Faizal

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -biasa-ahmad-faizal

Ahmad Suhael Adnan
[email protected]


AHMAD Faizal Azumu. FOTO Mohd Fadli Hamzah.

Kuala Lumpur: Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menepis persepsi menggambarkan lawannya di Parlimen Tambun dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai 'orang kuat'.

Ahmad Faizal yang bakal mempertahankan kerusi Tambun yang dimenanginya atas tiket Pakatan Harapan (PH) dalam PRU-14, yakin mampu memberi saingan sengit terhadap Anwar kerana yakin Presiden PKR itu hanyalah 'orang biasa'.

"Pada anda mungkin dia (Anwar) orang kuat, tapi pada saya dia orang biasa," katanya ringkas ketika ditanya peluangnya untuk menang bertemu Anwar yang disifatkan sebagai 'orang kuat PH'.

Pada 20 Oktober lalu, Anwar yang juga Pengerusi PH, mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun dalam PRU-15, sekali gus akan bertembung dengan Ahmad Faizal yang menyandang kerusi itu ketika ini.

Pada PRU-14, Ahmad Faizal yang bertanding atas tiket PH menggunakan logo PKR, menang dalam pertembungan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN) dan Pas, selepas menerima 38,661 undi, dengan majoriti 5,320 undi.

Sementara itu, mengulas papan iklan tertera gambar Ahmad Faizal dengan tulisan 'Never Lost in Tambun' (Tidak Pernah Kalah di Tambun), bekas Menteri Besar Perak itu menjelaskan papan iklan berkenaan dipasang di Tambun oleh rakannya.

Papan iklan itu dipasang pada jejambat Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Jalan Tambun, sekali gus menghangatkan suasana kempen bagi kerusi Parlimen Tambun, khususnya menjelang hari penamaan calon Sabtu ini.

"Saya nak ucap terima kasih kepada mereka yang tolong menaikkan papan iklan itu. Ini (dilakukan) oleh rakan-rakan yang pandai juga bergurau.

"Saya yakin maksud di situ ialah saya tidak sesat di Tambun kerana saya dibesarkan di sana. Mungkin orang lain datang, hati-hati kerana ada banyak jalan kampung yang banyak belok, jadi mungkin boleh sesat.

"Tapi kalau sesat cari saya," katanya yang yakin sudah menjalankan khidmat sebaik mungkin sepanjang lima tahun bergelar Ahli Parlimen Tambun.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2022 04:31 PM | Show all posts
ada harapan peja menang ni
setiap semburan air liur ..buka thread
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 04:37 PM | Show all posts
Peja akan timbunkan anwar di Tambun.. Tapi tiba2 Peja lost in Tambun
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 04:50 PM | Show all posts
It's not going to be a straightforward win for Anwar..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 05:43 PM | Show all posts
Faizal azumu pula bacul bengap suka hulur leher kat komando israel
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 06:38 PM | Show all posts
menyirapnya tgok gambar yg TT tepek tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2022 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap dua2 kalah hahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha...kenapa muka yg ditepek tu lawak pulak tengok...dah mcm versi zuraidah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dan kalah kpd org biasa amat luar biasa!

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2022 11:58 PM | Show all posts
peja kalah sebab dia katak
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Lost Peja in Tambun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.044588 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list