CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1506|Reply: 12

Pasangan Warga Emas Terpaksa Tinggalkan 'Taman Karavan' Lepas 2 Dekad Duduk Secara Haram

[Copy link]
Post time 1-11-2022 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Pasangan suami isteri warga emas terpaksa meninggalkan 'taman karavan' yang didiami selama dua dekad selepas berada di situ secara haram.


Doug Davis, 73, dan pasangannya, Pam Donovan, 77, tinggal di taman karavan Welsh di Barry selama 21 tahun, membayar cukai majlis perbandaran ke atas karavan standard.




Foto: John Myers/WalesOnline




Tetapi, berikutan penularan Covid-19 mendorong kerajaan Wales meminta penduduk taman karavan pulang ke rumah mereka sebelum menyedari ada yang tinggal di taman itu selama beberapa dekad, lapor Wales Online.


Bekas pemilik taman Phil Edwards mendakwa orang ramai tinggal di tapak itu selama 10 bulan dalam tempoh setahun dalam karavan yang dibenarkan hanya untuk kediaman sekunder.


Malah, ada yang menjual rumah mereka untuk tinggal di taman itu yang kini dimiliki oleh Vale Holiday Parks dan ia yang menyalahi undang-undang United Kingdom sekiranya orang ramai tidak mempunyai kediaman tetap yang disenaraikan di tempat lain.


Pam dan Doug adalah sebahagian daripada kumpulan komuniti yang tinggal di taman itu dan pada Jun lalu terpaksa melakukan penyelesaian mahkamah dengan bekas pemilik taman Edwards, menelan belanja beribu-ribu pound.


Doug percaya pihak berkuasa sepatutnya sudah mengetahui karavan itu adalah kediaman tetap mereka kerana di situlah cukai majlis mereka didaftarkan.




Foto: John Myers/WalesOnline




Lelaki berusia 73 tahun itu berkata, "Kami mempunyai surat daripada pegawai kesihatan alam sekitar pada Julai yang menyatakan ia hanya mendapat perhatian majlis semasa wabak.


"Saya tidak dapat memikirkan bagaimana ia hanya akan berlaku pada ketika itu."


Mengenang masanya di taman karavan, Pam mengingati 'saat indah' mereka, dengan pasangan itu kini menyewa flat bersama.


"Ia adalah satu kejutan. Kami tidak percaya. Semua orang tahu kami tinggal di sana dan tiada apa yang dikatakan selama dua dekad."


Doug meneruskan, "Setiap tahun saya pergi ke pejabat, membayar wang sewa untuk setiap tahun," katanya.


Pasangan itu menambah, mereka tidak mengesyaki sebarang salah laku kerana pihak berkuasa menerima pembayaran cukai mereka.






Sumber: Harian Metro








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2022 06:43 PM | Show all posts
Pernah menginap kat caravan park sekali tengok neighbour sebelah siap ada tanam bunga

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 1-11-2022 10:43 AM
Pernah menginap kat caravan park sekali tengok neighbour sebelah siap ada tanam bunga

Caravan ni kalau berak mcm mana ya?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 09:42 PM | Show all posts
gigahertz replied at 1-11-2022 09:13 PM
Caravan ni kalau berak mcm mana ya?

They have a sitting toilet.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 1-11-2022 09:13 PM
Caravan ni kalau berak mcm mana ya?

dia pakai chemical toilet sis… nnt najis2 tu convert jadi bau oren (depends on chemical yg u beli bau apa) … ada indicator kalau dah penuh kena buang manually (don’t worry bau oren yach) i ada motorhome recond jepun. tapi i pun jarang guna toilet dlm tu sbb tiap kali berhenti makan/solat, guna toilet kat restoran tu je hehee. kat caravan park sini ada sediakan toilet jugak… tapi malaysia punya caravan park tak macam kat obesi canggih … cikai2 je toilet dia tapi boleh larr… bersih jugak la .. berbayar. kann…
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 11:43 AM | Show all posts
gigahertz replied at 1-11-2022 09:13 PM
Caravan ni kalau berak mcm mana ya?

Kalau caravan park dia siap ada bangunan asing untuk mandi, berak etc.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2022 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 1-11-2022 01:50 PM
dia pakai chemical toilet sis… nnt najis2 tu convert jadi bau oren (depends on chemical yg u beli ...

Soalan penting.
Boleh cibuk pakai air tak?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 2-11-2022 06:44 PM
Soalan penting.
Boleh cibuk pakai air tak?

boleh. ada bidet & pump. tapi jimat2 je guna air sbb nnt penuh plak grey watertank. volume bidet flow mmg halus je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2022 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Apo nak pening cari la park lain pulak
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2022 07:50 PM | Show all posts
aku saja nak tengok gambar park caravan ni







tak bosan ker duduk lama-lama kat caravan park ni?


Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 01:26 AM | Show all posts
kepompong replied at 1-11-2022 08:50 AM
dia pakai chemical toilet sis… nnt najis2 tu convert jadi bau oren (depends on chemical yg u beli ...

Kalau kat park so toiket ada sambungan cam kat rumah direct pergi tangki kumbahan najis..

Macam kat rumah aje tiada beza..

Base ilmu duduk kat caravan park setiap tahun setiap summer.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 01:27 AM | Show all posts
ninja9 replied at 2-11-2022 06:50 AM
aku saja nak tengok gambar park caravan ni

Tak samalah, ini mostly camping ni so bukan jenis menginap sepanjang tahun....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 3-11-2022 01:26 AM
Kalau kat park so toiket ada sambungan cam kat rumah direct pergi tangki kumbahan najis..

Macam  ...

malaysia belum ada teknologi macam tu.. rv park sini masih lagi nak pi toilet kena keluar dari cabin hehee… & yes macam ada 1 porumer ckp  tu mmg ada building lain utk pantry/toilet etc… . tapi malaysia all year summer… nak kena keluar pukul brp pun bukan isu .. i ada follow ig rv owners seluruh dunia, saja la nak tengok life dorang …. kalau yg betul2 hardcore autosleeper kat us/australia mmg duduk kat caravan park mewah yg long term… lengkap semua sports facility termasuk swimmingpool tapi kos rental berganda mahal drp rent a house. (itu tak termasuk harga rv tu sendiri) yg bestnya kalau nak road trip dgn rumah2 sekali kita angkut Kalau tengok harga rental aje mmg itu diluar kemampuan i lah sbnrnya pun. kalau pun currency tu in rm sekalipun (i mean if rv park macam ni ada kat malaysia dgn figure begitu)


i pun ter-inspired beli la tanah 7k sq ft alang2 rumours kata pertembungan 2 taufan kat thailand menyebabkan bencana alam sini  , ada suggestion pindah tempat tinggi sikit sebelum banjir … takkan nak menumpang rumah orang pulak (macam tak logik cadangan tu sbnrnya) (tapi i beli jugak) berangan lah nak buat rv park sendiri (actually utk parking sbb skrg parking kat rumah rasa bulky). nak letak swimming pool & buat very small building utk toilet & storage etc . tapi sibuk anak2 nak exam tuition bagai. & tkde pun amaran banjir sini (kononnya taufan tu downgrade jadi ribut aje ) mmg tak siap2 & budget pun belum mencukupi mahal betul harga construction skrg naik mendadak lepas pkp

time2 camni tiba2 rasa supposed i limit anak cuma 1 atau 2 aje walopon i sbnrnya sayang semua anak2 i tapi kalau kita nak buat sesuatu yg kita passion sgt mmg kena kurangkan komitmen seminimum mungkin. Ye la kalau i dah siapkan my own personal rv park(ing) takkan nak duduk dlm rv tu sereramai anak 5 org & skrg pun sesama dorang ada siblings rivalry
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.099103 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list