Berjuta-juta ketam merah memulakan penghijrahan tahunan di Pulau Christmas, Australia baru-baru ini.
Lebih 65 juta ekor ketam itu meredah laluan sepanjang 20 kilometer (km) dari hutan ke lautan untuk membiak.
Foto: Island Girl Discovery
Populasi haiwan itu telah berkembang dengan ketara sejak akhir-akhir ini.
Lautan merah kelihatan di Pulau Krismas yang indah ketika berpuluh juta ketam merah bergerak dari hutan hujan ke pantai untuk membiak.
Pergerakan beramai-ramai ketam itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di pulau itu.
Foto: Island Girl Discovery
Pada kebiasaannya, banyak kenderaan dialihkan apabila haiwan itu berkerumun di jalan raya.
Sesetengah penduduk tempatan akan menggunakan kayu pencakar untuk menyapu ketam tersebut dari jalan raya.
Foto: Island Girl Discovery
Pengurus spesies asli Pulau Christmas, Derek Ball berkata, terdapat berjuta-juta jumlah ketam yang bergerak.
Menurutnya, ia hanya melibatkan tempoh beberapa hari tetapi pergerakan tersebut melibatkan bilangan yang besar.
Sumber: Sinar Harian
|