CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1198|Reply: 7

Koma Dibelasah Suami- Anak 11 Bulan Merangkak Cari Jahidah Dalam Bilik Undang Sebak Ramai

[Copy link]
Post time 31-10-2022 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Gelagat Ehsan Nufail berusia 11 bulan merangkak ke arah ibunya, Jahidah Nordin yang terbaring di atas katil selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga koma meruntun hati pengguna media sosial.


Video berdurasi 50 saat yang memaparkan bayi berkenaan merangkak ke bilik ibunya dikongsikan adik Jahidah, Fauziah di Facebook miliknya hari ini. Video tersebut sebelum itu dimuat naik di akaun TikTok wanita tersebut.










“Sebak tengok Nufail mengengsot masuk bilik ibu dia hari ini. Dah tahu ibu duduk bilik mana,” kongsinya.


Orang ramai melahirkan rasa sebak melihat Eshan Nufail dan mendoakan agar bayi ajaib tersebut yang membesar dalam perut Jahidah ketika dia terbaring sedang koma sentiasa sihat dan boleh menjaga ibunya apabila besar nanti.


“Semoga Nufail membesar dengan sihat walafiat. Nanti boleh tolong jaga ibu ya,” komen Chee Chee di akaun Facebook @Fauziah Nordin.


“Anak yang hebat untuk kedua ibu yang hebat. Semoga Nufail membesar dengan sihat, berjaya dunia akhirat. Semoga Kak Jahidah diberi keajaiban untuk sembuh,” tulis Siti Norsatirah.





Sebelum ini, Kosmo! melaporkan dalam kejadian pada 4 Mei 2021, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.


Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.


Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki, Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021. -CARI


Sumber: Kosmo





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2022 03:13 PM | Show all posts
kesian, esok da besar masih lg xdpt berbual sama bundanya,
kalau 1 hari ni ibunya sedar koma tengok2 ada lelaki dewasa tak dikenali sedang pakaikan baju,mesti terkejut,
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 03:20 PM | Show all posts
kesiannyaaa.. lg kesian dgn mak nya yg keadaan mcm tu. terseksa tgk
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 03:31 PM | Show all posts
living proof


Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama nya dia dalam vegetative state.. family kena redha kot utk remove life support machine tu..  brain dead kan? Ada harapan ke sembuh?

Atau kalo sheols meninggal,  adakah ex laki dia bakalan dpt pencen? Bukan ke pembunuh dilucutkan hak dari dpt pencen dan pusaka ke.. and sheols ada anak lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 04:14 PM | Show all posts
Ni nak tanya.. mana laki lahabau dia tu?
Dah masuk penjara ke atau lepas bebas tak dpt dikesan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2022 11:19 AM | Show all posts
keajaiban jela kalau jahidah ni sembuh. cam xda harapan
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 05:16 PM | Show all posts
kpd wanita2 dan andartu2 kesayangan, sila tapis habis-habisan lelaki yg ingin anda jadikan teman hidup...cilaka lelaki yg menyebabkan isterinya jadi begini...you have no right to do this
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.046554 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list