View: 440|Reply: 1
|
Gol Maradona paling memalukan
[Copy link]
|
|
Legenda Argentina, Diego Maradona menjaringkan gol menggunakan tangannya ketika aksi suku akhir Piala Dunia 1986 menentang England di Mexico. - Foto AGENSI
LONDON: Gol "Tangan tuhan" jaringan Diego Maradona ketika menentang England diundi sebagai keputusan pengadil paling teruk dalam sejarah Piala Dunia.
Legenda Argentina itu menolak masuk bola menggunakan tangannya untuk gol pertama mereka pada suku akhir Piala Dunia 1986 di Mexico.
Namun kesalahan itu gagal dikesan pengadil dari Tunisia, Ali Nasser.
Ia berada di ranking teratas senarai kesilapan temasya itu pada 37 peratus.
England turut terbabit dalam kesilapan memalukan di tangga kedua.
33 peratus mengundi jaringan Frank Lampard yang tidak dikira ketika menentang Jerman ketika Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan sebagai kesilapan memalukan.
Di tangga ketiga, 28 peratus mengundi jaringan Perancis hasil umpanan Thierry Henry menggunakan tangannya ketika playoff menentang Ireland.
Gol berkenaan menafikan peluang Ireland mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2010.
Undian membabitkan 2,000 peminat bola sepak itu dijalankan untuk Samsung United Kingdom.
Pakar-pakar menyenaraikan kesalahan-kesalahan yang berlaku sepanjang Piala Dunia.
https://www.bharian.com.my/sukan ... na-paling-memalukan |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu takde VAR |
|
|
|
|
|
|
| |
|