CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1903|Reply: 35

[Politik] Subsidi terbesar dalam sejarah negara RM77.7 bilion – PM

  [Copy link]
Post time 29-10-2022 04:22 PM | Show all posts |Read mode


Ismail Sabri (tengah) bersama penerima sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia pada program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di Kuantan hari ini.


Subsidi terbesar dalam sejarah negara RM77.7 bilion – PM

KUANTAN – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada beban kos sara hidup rakyat yang berhadapan pelbagai cabaran pada masa ini.

Beliau berkata, bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, kerajaan telah menyalurkan subsidi sebanyak RM77.7 bilion iaitu yang terbesar dalam sejarah negara.

“Daripada jumlah itu, subsidi untuk petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) sebanyak RM41.7 bilion; subsidi minyak masak paket satu kilogram dan minyak botol sebanyak RM3 bilion dan subsidi bil elektrik sebanyak RM5.8 bilion.

“Selain itu bantuan-bantuan lain seperti tunai, pendidikan, pengangkutan dan pertanian sebanyak RM25.7 bilion dan kepenggunaan lain-lain sebanyak RM1.5 bilion,”katanya ketika berucap pada program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Pada majlis itu Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia kepada 15 keluarga yang kehilangan ahli keluarga akibat pandemik Covid-19.

Menurut Ismail Sabri, usaha membantu rakyat dilakukan berterusan apabila kerajaan membentangkan Bajet 2023 bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Bersama yang merupakan bajet terbesar dalam sejarah Malaysia dengan peruntukan RM372.3 bilion.

Katanya, dalam mencapai aspirasi itu sebanyak RM1 bilion diperuntukkan bagi menyahut Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM).

Tambahnya pelbagai inisiatif turut diberikan kepada semua peringkat daripada bayi, murid, pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, belia, wanita dan ketua isi rumah bagi meringankan beban mereka.

“Bajet ini bukan sekadar manifesto kerana mempunyai kewangan mencukupi untuk melaksanakannya, yang mencakupi keperluan semua lapisan masyarakat bagi memastikan tiada Keluarga Malaysia yang tercicir, sama ada di ceruk desa atau di bandar, B40, M40, pelajar, OKU, wanita, usahawan dan sebagainya, semua mendapat manfaat.

‘Insya Allah, segala inisiatif tersebut dapat dilaksanakan sekiranya kerajaan yang saya terajui, diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) supaya bajet ini dapat dibentangkan sekali lagi di
Dewan Rakyat, dibahaskan dan diluluskan,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... a-rm77-7-bilion-pm/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2022 08:15 PM | Show all posts
Edited by Nurdianah at 30-10-2022 06:41 PM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tk sesiapa explain, kan bajet 2023 kataya batal. So nti lpas plihan raya kena buat bajet baru dan kena diluluskan dlu ke? So take time la
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 09:02 PM | Show all posts
Amboii pak mail janji bulan bintanggg janji memang pilihanraya khenn tp bagi aku ini bukan sesuatu yg sihattt sampaiii bila nak sogokkk rakyatt dgn duitt? Kenapa tak manage negara dgn lebih baik, tak distribute kekayqan negara secara lebih adil pada semua lapisan masyarakat tanpa jurang yg besar, gaji yg lebih besar n sesuai, perkhidmatan yg lebih baik dlm pelbagai sektor awam n perkhidmatan, invest dlm bidang pendidikan supaya budak2 n rakyat msia ada access pd pendidikan terbaik, d list go onnnn
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu korang private sektor tak payah la undi BN ni. Last2 acik gomen gak yg tukor CRV baru dek. Korang yg kerja private tunggulah bonus kompani ciput itew atau jual produk timbang kilo tampung expenses dek. Itew lah realitinye Msia ni.. tak payah nak undi berdasarkan bangsa dek. Selagi ko tak jd org politik ko takkan kayo lah dek. Sbb tu ramai yg tak reti2 berundor dek sbb politik kt Mesia ni lubok buat duit express dek.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 09:12 PM | Show all posts
Aku agak org2 tua ni semua mcm takde idea bernasss, kepala otak dorg mcm terbatas pd subsidi jahhh, bukan semua benda blh diselesaikan dgn subsidi pak mailll oiiii, dorg tak nampak apa sebenarnya memajukan sebuah negara, kita yg bukan menteri or perdana menteri ni blh senaraikqn itu ini n d list goes onnn dorg pulak terhad dgn subsidi jahh utk selesaikan masalah n sebagaii gula2 konon dorg punya kjaan paling bagusss phuiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2022 09:12 PM | Show all posts
Aku agak org2 tua ni semua mcm takde idea bernasss, kepala otak dorg mcm terbatas pd subsidi jahhh, bukan semua benda blh diselesaikan dgn subsidi pak mailll oiiii, dorg tak nampak apa sebenarnya memajukan sebuah negara, kita yg bukan menteri or perdana menteri ni blh senaraikqn itu ini n d list goes onnn dorg pulak terhad dgn subsidi jahh utk selesaikan masalah n sebagaii gula2 konon dorg punya kjaan paling bagusss phuiiii
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 09:20 PM | Show all posts
Nampak tak pak mail punya kepala otak yg terhaddd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2022 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Rohana replied at 29-10-2022 09:09 PM
Kalu korang private sektor tak payah la undi BN ni. Last2 acik gomen gak yg tukor CRV baru dek. Kora ...

So ko nak bagi undi pada parti yg langsung takleh pakai mcm PH hanya kerana ko xmampu pakai crv?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 09:24 PM | Show all posts
77 billionnn kellass dengarrrr kjaan nak tahur kat rakyattt lepass menang pilihanraya mcm biasa indah khabarr dari rupa phuiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 29-10-2022 09:02 PM
Amboii pak mail janji bulan bintanggg janji memang pilihanraya khenn tp bagi aku ini bukan sesuatu y ...

Betulll, ni nak hulur dedak sbg gula2 pd sebilangan kecil rakyat, yg lain2 nganga tak dpt apa2. Sepatutnya tingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan, kemudahan pelajaran, kemudahan infrastuktur dan pengangkutan ke seluruh negara, bkn tumpu kat kl. Rakyat semua berhak dpt rasa.

Cth yg paling geram highway utara selatan tu dah hampir 40th, apa yg dibuat utk upgrade, 3 lorong tu sekerat pendek ja. Dah lah tu satu2 hubung utara ke tgh dan tgh ke selatan, memanjang jem. WCE tu entah bila nk siap. Bila waktu puncak, kerja suruh org pilih waktu tgh mlm lah waktu pagi buta lah. Punya lah koman solution, short term bolehlah, in the long run? Nk bagi rakyat stress gila habis semua org???

Tapi tol tak pernas culas kutip, cukai kutip dan sedut drp rakyat. Lepas tu songlap. Muka tak malu dan samseng punya kerajaan penyakau. Tu pun ada lagi yg gila bayang dok bela kempen suruh undi. Buta mata hati.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
abangbikerz replied at 29-10-2022 09:23 PM
So ko nak bagi undi pada parti yg langsung takleh pakai mcm PH hanya kerana ko xmampu pakai crv?

Bagi bukti PH tak boleh pakai. Engko pandai sgt lah sampai PH 22 bln pun tak leh pakai??? Ameno 60 th engko ok pulak? Suka? Yg songlap billion tu engkau redha?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
abangbikerz replied at 29-10-2022 09:23 PM
So ko nak bagi undi pada parti yg langsung takleh pakai mcm PH hanya kerana ko xmampu pakai crv?

Aku undi calon bukan parti. Undi demi parti pun kalu tak mampo nak jaga kawasan tak guna dek. Kalau semak dgn skandal rasuah bagai sesama agama/bangsa pun bersubahat baik ko gi kedarah bak ku teh je dek apa beza dek
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Rdizz replied at 29-10-2022 01:27 PM
Betulll, ni nak hulur dedak sbg gula2 pd sebilangan kecil rakyat, yg lain2 nganga tak dpt apa2. Se ...

Agreee. Dorg ingatt semua org bodoh blh terpegun bila dijanjikan dgn wang ringgittt billion2. Dorg takde idea, ketandusan idea utk mentadbir dan memajukan sebuah negara, semua main solusi jangka pendek tabur duitt jahh sbb yg itu jahh nampak yg palinggg blingg blinggg buat rakyat seronok solusi semua setakattt asal boleh supaya dorg ada cukup masa utk main game politaik dorg.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 09:48 PM | Show all posts
Umno mcm dah lapok dan tak makpu lagi utk tadbir dan terus memajukan sebuah negara. Dorg mcm dah tak blh pergi lagi, dah takde idea terbatass sekadar subsidi jahh, kepala otak masing2 dah berkaratttt uolss. Kita perlukan sebuah kerajaan yg lebih progressiff utk mentadbir negara kita
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 10:05 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 29-10-2022 10:19 PM

Lepas kalah pru14 ,BN dah tak berani usik sabsidi..syukur ph menang pru lepas..sampai skrg kjaan masih guna formula sabsidi rafizi.. kalo tak minyak ron95 skrg rm4 seliter





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2022 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu. Bajet banyak untuk rakyat didokumentasikan dan ditable dalam bajet bukan takat manifesto, bukan setakat ceramah air lior.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 10:53 PM | Show all posts
Bangang punya KERAjaan kaa Mail Sabri... patot dah kena mula plan hapuskan subsidi .. subsidi bersasar sahaja... ni ikot pala otak ahlul2 politaik bulan bintang kununnn "pakar formula" yang nak populist.. lama2 rosak sistem kewangan negara..,

Subsidi nak banyak, tax nak rendah.. then p bandingkan dgn negara2 maju.. prrffghhh jer laa minda subsidi + bengap layan "pakar formula" ... kalo hebat sangat, dah berlambak negara2 luaq yg tengah hadapi high inflation, mai kutip kaa offer kaa apa kaa.. ni jagoh kampung kaki gebang..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 11:41 PM | Show all posts
silencekiller replied at 29-10-2022 02:53 PM
Bangang punya KERAjaan kaa Mail Sabri... patot dah kena mula plan hapuskan subsidi .. subsidi bersas ...

Pak mail guna formula utk popularrr, subsidi tinggi tax rendah utk menang pilihanraya bagus punya org tua ni hancurkan negara demi nak menang, memancarrr mancarrr kebodohan pak mael lambongg.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Rdizz replied at 29-10-2022 09:30 PM
Bagi bukti PH tak boleh pakai. Engko pandai sgt lah sampai PH 22 bln pun tak leh pakai??? Ameno 60 ...

banyak la buktinya. penat la nak tulis. Tapi satu je nak bagi ko senang faham. PH mampu tahan 22 bulan je sebab turmoil dalaman depa sendiri. PH sendiri pon xmampu nak tadbir dan uruskan hal dalaman dia sendiri dgn baik sampai hanya mampu tahan 22 bulan je. Klu diri sendiri tak terurus. Sah2 la negara lagi takleh urus.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.123622 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list