CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1893|Reply: 30

[Tempatan] Syed Saddiq tiba di mahkamah dengar keputusan 4 pertuduhan. #3, #5, #7 & #9, Mahkamah arah Syed Saddiq bela diri kes pecah amanah RM1.2 juta. #12, Kronologi kes

[Copy link]
Post time 28-10-2022 09:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 28-10-2022 03:25 AM

[VIDEO] Syed Saddiq tiba di mahkamah dengar keputusan 4 pertuduhan

https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... tusan-4-pertuduhan/

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
28 Oktober 2022, 9:40 am




Syed Saddiq ketika tiba di Mahkmah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Penyandang Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.

Syed Saddiq, 29, tiba kira-kira pukul 9.15 pagi. Turut hadir ibu dan bapa Syed Saddiq iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff.

Hari ini Mahkamah Tinggi akan menentukan sama ada Syed Saddiq dibebas atau diperintah membela diri atas empat pertuduhan iaitu subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Keputusan itu akan diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid, selepas mahkamah sebelum ini telah selesai mendengar hujahan lisan daripada pendakwaan dan pembelaan sebelum ini.

Sekiranya pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie, bermakna Syed Saddiq akan menjalani proses bela diri manakala jika sebaliknya, Syed Saddiq akan dilepas dan dibebaskan.

Sepanjang prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd ‘Afif Ali, manakala peguam, Gobind Singh Deo dan Haijan Omar mewakili Syed Saddiq.

Pada 27 September lalu, pendakwaan menutup kes perbicaraan selepas 30 saksi pendakwaan selesai memberi keterangan.

Dalam perbicaraan yang bermula pada 21 Jun lalu, antara saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan adalah ibu bapa Syed Saddiq iaitu Shariffah Mahani dan Syed Abdul Rahman selaku saksi kedua dan ketiga pendakwaan.

Selain itu turut menjadi saksi pendakwaan ialah bekas Penolong Bendahari ARMADA BERSATU, Rafiq Hakim Razali.

Pendakwaan juga menawarkan 13 saksi kepada pembelaan termasuk dua pegawai forensik SPRM, Moses anak Lawrence dan Wan Zulkifli Wan Jusoh serta rakan Syed Saddiq; Mohamed Amshar Aziz, Nurali Nadzwan dan Muhammad Suhaimi Yahya.

Mengikut pertuduhan Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.

Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2022 10:01 AM | Show all posts
fuhhh berblazer blazer
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 10:37 AM | Show all posts

BERITA
Mahkamah arah Syed Saddiq bela diri kes pecah amanah RM1.2 juta
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan:  Oct 28, 2022 10:10 AM

Dikemaskini: 10:10 AM
Bekas ketua pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diarah membela diri berhubung empat pertuduhan berkaitan RM1.12 juta dana parti itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ahli Parlimen Muar itu dalam empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Hari ini ditetapkan untuk keputusan pada akhir kes pendakwaan
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 10:50 AM | Show all posts
sambung lagi jadi kluster mahkamah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2022 10:52 AM | Show all posts
Edited by EJALTI at 28-10-2022 02:53 AM

Mahkamah arah Syed Saddiq bela diri kes pecah amanah RM1.2 juta

https://www.malaysiakini.com/news/641397

Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan:  Oct 28, 2022 10:10 AM⋅
Dikemaskini: 10:47 AM



Bekas ketua pemuda Bersatu (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diarah membela diri berhubung empat pertuduhan berkaitan RM1.12 juta dana parti itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ahli Parlimen Muar itu dalam empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Hari ini ditetapkan untuk keputusan pada akhir kes pendakwaan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
So bila bersih nak demo depan sogo...rasanya tak kot sbb geng sendiri...lps guan eng budak ni pulak...so PH taklah sebersih mana spt yg digembar-gemburkan sblm ini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-10-2022 10:59 AM | Show all posts
Edited by EJALTI at 28-10-2022 03:01 AM

Pecah amanah RM1j: Syed Saddiq diarah bela diri

https://www.bharian.com.my/berit ... iq-diarah-bela-diri

Oleh Faris Fuad - Oktober 28, 2022 @ 10:10am
[email protected]


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, membela diri atas empat pertuduhan, termasuk pecah amanah dana berjumlah RM1 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang juga bekas Ketua Angkatan BERSATU Anak Muda (ARMADA) BERSATU itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd 'Afif Ali, manakala peguam, Gobind Singh Deo dan Haijan Omar, mewakili Syed Saddiq.

Pada 27 September lalu, pendakwaan menutup kes berkenaan selepas 30 saksi selesai memberi keterangan dalam perbicaraan bermula 21 Jun lalu.

Saksi terbabit termasuk ibu dan bapa Syed Saddiq, iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz serta Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff dan bekas Penolong Bendahari ARMADA BERSATU, Rafiq Hakim Razali.

Turut memberi keterangan, tiga pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Syahmeizy Sulong, Nurul Hidayah Kamarudin dan Asbi Munip.

Pendakwaan juga menawarkan 13 saksi kepada pembelaan, termasuk dua pegawai forensik SPRM, Moses anak Lawrence dan Wan Zulkifli Wan Jusoh serta rakan Syed Saddiq, iaitu Mohamed Amshar Aziz, Nurali Nadzwan dan Muhammad Suhaimi Yahya.

Syed Saddiq, 29, berdepan empat tuduhan, iaitu didakwa bersubahat dengan Rafiq yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta dan melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.


Syed Saddiq tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Penyandang kerusi Parlimen Muar itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2, di sini, pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri, iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang terbabit.

Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya, di sini, antara 8 hingga 21 April 2018.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang, masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya, hasil aktiviti haram.

Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru, pada 16 dan 19 Jun 2018.


Syed Saddiq tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 11:01 AM | Show all posts
sebab SS lain ugamonyo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2022 11:07 AM | Show all posts
Mahkamah : Syed Saddiq diperintah bela diri 4 pertuduhan

https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... -diri-4-pertuduhan/

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
28 Oktober 2022, 10:19 am


Syed Saddiq ketika tiba di Mahkmah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Penyandang Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diperintah untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas empat pertuduhan subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan perkara itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu di akhir kes pendakwaan.

Syed Saddiq, 29, kemudiannya diberi tiga pilihan iaitu pertama berdiam diri dengan tidak menjawab pertuduhan atau kedua memberikan kenyataan tidak bersumpah tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan.

Pilihan ketiga pula, memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

Tertuduh kemudian memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Sepanjang prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd ‘Afif Ali, manakala peguam, Gobind Singh Deo dan Haijan Omar mewakili Syed Saddiq.

Pada 27 September lalu, pendakwaan menutup kes perbicaraan selepas 30 saksi pendakwaan selesai memberi keterangan.

Dalam perbicaraan yang bermula pada 21 Jun lalu, antara saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan adalah ibu bapa Syed Saddiq iaitu Shariffah Mahani dan Syed Abdul Rahman selaku saksi kedua dan ketiga pendakwaan.

Selain itu turut menjadi saksi pendakwaan ialah bekas Penolong Bendahari ARMADA BERSATU, Rafiq Hakim Razali.

Pendakwaan juga menawarkan 13 saksi kepada pembelaan termasuk dua pegawai forensik SPRM, Moses anak Lawrence dan Wan Zulkifli Wan Jusoh serta rakan Syed Saddiq; Mohamed Amshar Aziz, Nurali Nadzwan dan Muhammad Suhaimi Yahya.

Mengikut pertuduhan Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.

Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
muda lg dah tak amanah.
jgn la berpolitik kalo nk penuhkan tembolok sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 11:18 AM | Show all posts
Highflyer19 replied at 28-10-2022 10:54 AM
So bila bersih nak demo depan sogo...rasanya tak kot sbb geng sendiri...lps guan eng budak ni pulak. ...

bolehlah suruh guan eng dan budak ini letak jawatan dlm parti....jgn dicalonkan bertanding dlm PRU sehingga kesnya selesai...
baru selari dengan prinsip dan apa yg diperkatakan ,yg dipejuangkan oleh PH menentang gejala rasuah, pecah amanah, salahgunakuasa.
jangan pandai sebut aje.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2022 11:22 AM | Show all posts
Edited by EJALTI at 28-10-2022 03:24 AM

Kronologi kes Syed Saddiq

https://www.utusan.com.my/nasion ... gi-kes-syed-saddiq/

Oleh NORLIZAH ABAS
28 Oktober 2022, 10:35 am


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

BERIKUT adalah kronologi kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman:

22 Julai 2021
Syed Saddiq didakwa atas dua pertuduhan iaitu bersubahat untuk melakukan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

5 Ogos 2021
Syed Saddiq didakwa lagi atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan hakim membenarkan kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama.

23 Ogos 2021
Syed Saddiq memohon empat pertuduhan yang dihadapinya itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

25 November 2021
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan itu.

19 Januari 2022
Hakim Mohamed Zaini menasihati Syed Saddiq supaya lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung kesnya.

24 Mac 2022
Pendakwaan kemuka dua pertuduhan pindaan berhubung kes pecah amanah dan menyalahgunakan wang milik Armada yang dihadapi Syed Saddiq dan beliau mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan itu.

21 Jun 2022
Ibu bapa Syed Saddiq iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz, 62 serta Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff, 69, memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid.

4 Julai 2022
Azhar mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kes itu.

7 Julai 2022
Pihak pembelaan memohon mencabar kredibiliti saksi pendakwaan ke-13 (SP-13), bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia Rafiq Hakim Razali, berikutan percanggahan dalam pernyataan saksi dan keterangan lisannya di mahkamah.

8 Julai 2022
Syed Saddiq memohon maaf kepada mahkamah kerana berkongsi semula satu hantaran di laman media sosialnya berhubung perbicaraan kesnya itu.

18 Julai 2022
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Syed Saddiq untuk mencabar kredibiliti Rafiq Hakim.

21 Julai 2022
Mahkamah mengingatkan orang awam supaya tidak melampaui batas dalam membuat sebarang kenyataan di media sosial berhubung kes itu.

22 Julai 2022
Syed Saddiq sekali lagi memohon untuk mencabar kredibiliti saksi (Rafiq Hakim) susulan terdapat beberapa percanggahan dalam keterangan yang direkod oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan keterangan lisannya di mahkamah.

25 Julai 2022
Azhar mengarahkan pendakwaan menyerahkan salinan percakapan Rafiq Hakim yang dirakam SPRM kepada mahkamah untuk penelitian.

22 Ogos 2022
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pihak pembelaan bagi mencabar kredibiliti saksi itu.

23 Ogos 2022
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan salinan rakaman percakapan Rafiq Hakim.

27 September 2022
Pihak pendakwaan menutup kes itu selepas memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan.

6 Oktober 2022
Pihak pendakwaan dan pembelaan berhujah berhubung empat pertuduhan yang dihadapi Syed Saddiq.

– UTUSAN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2022 11:58 AM | Show all posts
Edited by EJALTI at 28-10-2022 06:35 AM

Muda2 lagi dah cukup pakej as typical politician: rasuah + kongk*k pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Highflyer19 replied at 28-10-2022 10:54 AM
So bila bersih nak demo depan sogo...rasanya tak kot sbb geng sendiri...lps guan eng budak ni pulak. ...

Fitnah je kot.

Tang orang boleh guling2 tang dia fitnah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah, mahkamah adil kali ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Clear cut sangat kes. Terus masuk ASB nama sendiri tu paling bangang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2022 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
bn dapat rampas balikla  muar tu.moga ahso segambut berkempen dgn lebih gigih lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde beza pon kes dia dgn kes najib...
So patutnya dah tau verdict ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 28-10-2022 11:18 AM
bolehlah suruh guan eng dan budak ini letak jawatan dlm parti....jgn dicalonkan bertanding dlm PRU ...

setuju dgn macai! walaupon tak bersalah tlg la ada malu sikit berhenti dulu bertanding, nama dah bersih boleh la buat comeback pru16
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Highflyer19 replied at 28-10-2022 10:54 AM
So bila bersih nak demo depan sogo...rasanya tak kot sbb geng sendiri...lps guan eng budak ni pulak. ...

Anjing takkan gigit ekor sendiri
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.640202 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list