CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2296|Reply: 18

Aliff Syukri Risau Isteri Alami Uri Di Bawah Ketika Hamil, Kena Sentiasa Baring

[Copy link]
Post time 27-10-2022 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Seri Aliff Syukri sebelum ini pernah berkongsi detik cemas apabila isterinya, Datin Seri Shahida yang sedang hamil menjerit kesakitan akibat pendarahan.


Terkini, Aliff Syukri menerusi hantaran di Instagram meluahkan rasa bimbang dengan keadaan isterinya yang masih belum sihat dan mengalami keadaan placenta previa atau masalah kedudukan uri di bawah ketika hamil.


Foto: IG




“Jujurnya saya tidak ada pengalaman placenta/rahim ke bawah untuk anak-anak saya sebelum ni. Pendarahan dah berkali-kali berlaku dan doktor nasihat jangan berjalan langsung,” Kongsi Aliff.


Tambahnya lagi, usahawan sensasi ini juga memohon bantuan daripada peminat untuk berkongsi pengalaman dan tip yang harus dilakukan bagi memastikan isteri dan bayi berada dalam keadaan selamat.




  



“Siapa ada pengalaman macam ni..Dan apa patut saya buat untuk baby dan wife @shahidadherbs saya selamat??" tulis Aliff.


Di ruangan komen, rata-rata peminat turut berkongsi beberapa tips dan pengalaman yang pernah mengalami situasi yang sama seperti Datin Shahida.




  



“Harus benar-benar bedrest Datuk. Hanya berbaring saja. Semakin besar kandungan akan semakin besar tekanannya. Jadi harus berbaring saja. Kerana saya pengalaman peribadi.”


“Kena baring kat katil je. Jangan jalan langsung.”


“Ini kes placenta previa. Kena baring je kalau kena type yang serius.”


  



  



Sama-sama kita doakan agar Datin Shahida serta bayi dalam kandungannya berada dalam keadaan selamat. -CARI


Sumber: Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2022 05:14 PM | Show all posts
tanya lah mak kau yang terpaling ratu segala alam dedaun akar kayu hutan belukar semua tu.... mak tengah sibuk tayang body ke tuwww...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 05:27 PM | Show all posts
apa lah pulak placenta praevia kena baring je. ajaran sesat tu. sila merujuk kepada pakar obstetrician. tak perlu share masalah kat socmed.
all the best for the wife & semoga semua nya selamat hendaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 07:25 PM | Show all posts
betul la kene baring je. jgn buat kerja2 berat melainkan solat, ke tandas tu lain cerita. aku dulu sama kes almost 2 bulan dok sepital tau, rehat je la aku kat wad keje makan tido
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 08:05 PM | Show all posts
iols pernah kena Plasenta Previa type 4, stage yg paling critical.. memang fikir hidup dan mati aje sebab doctor sendiri cakap 50-50 antara hidup mati masa nak melahirkan anak
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 08:07 PM | Show all posts
Memang kena baring, duduk dekat saja kalo kena PP ni.. mcm iols type 4, nak ke mana2 kena pakai wheelchair.. Biasanya hospital gomen akan tahan patient yg ada PP type 2 sampai 4 ni duduk kat hospital sampai baby keluar.. sebab risiko sangat tinggi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2022 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sunshinelady replied at 27-10-2022 05:27 PM
apa lah pulak placenta praevia kena baring je. ajaran sesat tu. sila merujuk kepada pakar obstetrici ...

Betullah tu. Mmg kena baring jer. Kak ipar iols kena PP stage 4. Gerak sikit bleeding. Mmg bed ridden jer. Solat pun atas katil. Nasib lah masuk hospital private. Kalau hosp gomen keras kejung duduk atas katil berbulan2. Masa iols warded sbb pre eclampsia pun jumpa ramai member ward PP. Kamilah penghuni plg lama kat ward antenatal. Sbb kena warded sementara nk tggu bersalin.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpelah kan boleh buat anak lain. Dua yg dulu kan di'buang' je bila dah xguna. Apadehal kan? Beranak ucop ganti yg lelaki. Beranak yg pompan entah apa nama ganti si mina. Kalo binik yg mati ko pindah ke lah ke osi kahwin ngan bang jad. Boleh gitu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2022 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
sunshinelady replied at 27-10-2022 05:27 PM
apa lah pulak placenta praevia kena baring je. ajaran sesat tu. sila merujuk kepada pakar obstetrici ...

Apa pulak xbetul. Mmg kne baring je klau lasak boleh tumpah darah
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
sunshinelady replied at 27-10-2022 05:27 PM
apa lah pulak placenta praevia kena baring je. ajaran sesat tu. sila merujuk kepada pakar obstetrici ...

Pernah kena PP ke? PP ada 4 types ye.. kalau type 4 ni, yg plg kritikal.. mmg kena bed rest..

Ni bukan syok sendiri ye..

#aku yg PP type 4, kena 2 bulan warded ????

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
I dulu pp tapi type 1, masih boleh active. 7 months baru naik atas alhamdulillah. Type 4 ni very fragile, ada yang naik kereta terhentak sikit je pun boleh bleed, tgk pengalaman my friend. better bed rest, dengar cakap doctor
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 08:13 AM | Show all posts
farhani87 replied at 27-10-2022 08:58 PM
Betullah tu. Mmg kena baring jer. Kak ipar iols kena PP stage 4. Gerak sikit bleeding. Mmg bed rid ...

you pre eclamsia anak ok ka camna?? jiran i 5 bln anak meninggal dlm perut pasal pre eclamsia lps tuh doktor tak bg dia ngandung dah pasai akan berulang bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 08:29 AM | Show all posts
PP ni if type 4 memang bed rest je la. hujung hujung pregnancy ada yang siap berkampung kat hospital terus 2-3 bulan. Depending on keadaan masing masing & ikut nasihat doctor.

1st pregnancy, I PP type 3. Itu pun doctor nasihat kan amik cuti awal hujung pregnancy. No kerja berat since detected masa awal pregnancy. Ingatkan akan bergerak la uri tu. Nope. dia stay je kat situ sampai ke sudah.

2nd pregnancy, PP type 2. Doctor tanya if nak cuba normal delivery. Nope..no way

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tau ade PP galak berjalan jugak walopon guna wheelchair, still terhentak2 bila langgar batu2 n pasir kecik halus tu... Lepas tu dok berjoget2 tiktok  pulak datin hajah ni. Tak reti dok diam laki bini .. camane la x bleeding balik... Duit tak boleh beli kesihatan n nyawa... Dokla ontok2 dlm bilik ala yestana tu, ..apa susah, makan minum kompom la bibik2 sedia berkhidmat...anak2 pun driver ada
anta gi skolah, bibik2 pun ada melayan . Bukan macam marhaen yg kena PP ni, tiap masa risau pikir hal rumah n anak2 ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 09:15 AM | Show all posts
Edited by sunshinelady at 28-10-2022 09:21 AM
liMobA|y replied at 28-10-2022 07:43 AM
Pernah kena PP ke? PP ada 4 types ye.. kalau type 4 ni, yg plg kritikal.. mmg kena bed rest..

Ni  ...

yes, i am a doctor & i have the experience including kena tahan banyak kali at hospital, & emergency C-section, anak permature kena tahan at hospital for a few weeks. not syok sendiri.
and no need lah nak kutuk or perli ke apa, k.

here is some info for everyone, sorry i kasi in English sebab i belajar & kerja overseas.

placenta praevia: placental implantation kat near or over internal os of the cervix. so pas tu digroupkan ke placenta praevia minor or major. mums yg ada placenta praevia mostly akan kena elective C-section.

general information of management:
no evidence warded & bed rest 24-7. can rest at home. depending on the position of the placenta & if ada vasa praevia or placental accreta. your obstetrician will advice banyak mana nak kena baring macam kayu 24-7 atau early delivery ataun rehat with minimal activities.
you can still makan kat meja makan, duduk tengok tv on the sofa, boleh ke bathroom untuk mandi/ other businesses.
the idea of resting is so that patient is more aware of symptoms.

low lying placenta is not placenta praevia sebab it may correct itself as the pregnancy advances. tapi still ada risk akan develop to placenta praevia.

risk factors of placenta praevia, antaranya ialah:
- previous placenta praevia.
- previous C-section.
- multiparity (byk kali dah mengandung & bersalin).
- increased maternal age (>35 y.o.).
- multiple gestation (kandungan kembar).
- smoking.
- assisted pregnancy.
- prior termination of pregnancy (e.g. miscarriage, etc).

complications, especially in 3rd trimester, antaranya ialah:
- antepartum haemorrhage.
- placenta accreta.
- placental abruption.

so ikut how severe, how high risks, what the pathology is: advice will be tailored to the individuals.

so untuk si alip ni, and his wife, they better not hebah-hebahkan how severe their condition is. diorang patut consult their specialist & follow the appropriate advice. good to siarkan some of it kat social media supaya people are aware, especially pasangan kepada isteri yg mengandung tu.


sekian, terima kasih.

edit: saya tak boleh nak komen doctors kat malaysia macam mana diorang punye practice. setiap doctor ada diorang punye advice/ practice based on general guidelines, patient's conditions, experience & local policies.
if your specialist suruh masuk ward selama 2,3 bulan baring atas katil tak gerak2 , then itu adalah nasihat your doctor yg dah tailored to your clinical needs pada masa tu.
Yang saya share kat atas tu ialah general info yg available kat buku medicine, yg semua clinical doctors ikut & tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 10:58 AM | Show all posts
ateee baring jela ko kan dah kaya jgn la pikir sgt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2022 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 28-10-2022 08:13 AM
you pre eclamsia anak ok ka camna?? jiran i 5 bln anak meninggal dlm perut pasal pre eclamsia lps  ...

Anak iols premmie. Lahir 32 minggu. Iols duduk ward sebulan lebih. Total sebelum dan selepas mengandung. Alhamdulillah anak 2nd x kena. Anak 3rd odw. Doakan iols x kena PE lagi this time. Now dah 28 weeks.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 06:19 PM | Show all posts
farhani87 replied at 28-10-2022 01:51 PM
Anak iols premmie. Lahir 32 minggu. Iols duduk ward sebulan lebih. Total sebelum dan selepas menga ...

alhamdulillah sis semoga dibawah lindungan Allah selalu
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Proof that yg selama ni dia amik anak2 angkat tu hnya utk content n minta puji dari netizen.
padahal bini boleh aje beranak pinak mcm tikus.
Naseb la dak Amena tu dia dah pulngkan, kalau tak makin tersisih la budak tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.565032 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list