View: 4601|Reply: 30
|
Beza Waktu 7 Jam, Penerbangan 17 Jam- Michael Hansen Jaga Dua Anak, Kerja Di Sweeden, Susah Nak Jumpa Sharifah Sakinah
[Copy link]
|
|
"Apa yang akan berlaku pada masa mendatang, saya masih tidak tahu tetapi semoga ianya memberi kebaikan untuk kita semua, Insya-Allah," kata suami kepada pelakon Sharifah Sakinah iaitu Michael Hansen mengenai keputusan berpisah yang dibuat secara profesional dan harmoni oleh kedua-dua belah pihak.
Michael ketika dihubungi Harian Metro berkata, memandangkan kedua-duanya mempunyai komitmen dan tanggungjawab yang berat di negara masing-masing, mereka akhirnya mencapai kata sepakat untuk menoktahkan hubungan yang dibina.
Foto: IG
"Sakinah mempunyai Anais (anak hasil perkahwinan pertama) dan kerjaya yang hebat di Malaysia, manakala saya memiliki dua cahaya mata dan perlu bekerja di Sweden. Jadi, agak sukar untuk kami berdua bergerak ke mana-mana.
"Keputusan untuk menamatkan perkahwinan ini dibuat secara bersama selepas melalui hasil perbincangan dan dipersetujui oleh kami berdua. Kami percaya ini adalah tindakan yang terbaik ketika ini supaya kami boleh fokus dengan perkara yang penting iaitu anak-anak serta keluarga masing-masing. Apapun, kami masih kekal sebagai kawan baik dan semuanya baik-baik saja.
"Sakinah adalah wanita yang berbakat, lucu, berkarisma dan berhati mulia. Saya tidak mengharapkan apa-apa selain mendoakan kebahagiaan dan yang terbaik untuk dirinya,"katanya.
Menurut Michael, dia mengaku terdapat sedikit 'drama' yang berlaku ketika mereka memilih untuk berpisah secara baik.
"Saya boleh sahkan mengenai apa yang Sakinah kongsikan iaitu kami mengambil keputusan untuk bercerai. Bagaimanapun terdapat sedikit drama mengenai keputusan yang dibuat.
"Hubungan jarak jauh adalah sukar dan menuntut usaha yang lebih keras. Walaupun anda berada di negara yang sama tetapi berbeza bandar, ia masih sukar. Jadi bayangkan perbezaan waktu kami iaitu enam hingga tujuh jam dan masa perjalanan 17 jam untuk kami bertemu, maka ia sangat sukar.
"Tidak kira berapa banyak anda mencuba dan berusaha keras, kadang-kadang ia sudah tidak boleh diselamatkan,"katanya.
Terdahulu, Sakinah mengesahkan bakal bercerai dengan Michael selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Februari lalu, Sakinah membuat kejutan apabila mengumumkan sah bergelar suami isteri selepas setahun menjalinkan hubungan dengan Michael.
Sakinah bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh dan butiran pernikahan.
Sebelum ini, Sakinah yang juga adik kepada pelakon dan pengacara, Sharifah Haslinda serta Sharifah Shahirah itu pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015, namun berpisah pada Mei 2020.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Anais Adha, 5. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa kinah tak ikut je laki dok sana?kat malaysia ni pun bukan dia ada fungsi lagi2 untuk industri hiburan.
|
|
|
|
|
|
|
|
3 tahun ekk..
kawin dgn kinah kena konbert muslim..
dah kawin cerai pulok... |
|
|
|
|
|
|
|
Kinah ada kerjaya hebat? |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum kahwin tak bincang ka benda ni?
hmm sakinah ada kerjaya hebat kat malaysia? selama ni dia pemes sbb kerjaya dia ka? |
|
|
|
|
|
|
|
nak coverina sgt lettew..kerjaya hebat...kami bahagia jek dia duk oberseee |
|
|
|
|
|
|
|
masa nk kawin tu x fikir pula hal2 17jam, ank ko ank aku bagai..
masa tu seronok psl punyai minat yg sama.. tu jer keserasian nya..
tp tu la.. dh xde jodoh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ptutnye bnda ni fkir dlu sbelum ko kwen.. Ni idak.. Nak ditusuk dlu bru fkir.. Pjj ni bkn sume org leh tahan. Org dok beza negeri dlm mlysia pn rmai je brcerai berai sbb pjj. Pnat, curang, mcm2 la hal nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum kahwin tak bincang ke negara mana nak menetap?siapa ikut siapa?siapa yg kena korbanlkan kerjaya.bukan kah laki beliau dulu expatriate di malaysia? |
|
|
|
|
|
|
|
Ramilah begum ok jer idop kat ostrolia.. Sblm ni pun bukan ko dok mesia pun kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
baju rizman ruzaini tu sape pakai dulu, kinah ke tok pinaz...
ewww la baju recycle
|
|
|
|
|
|
|
|
Padahal nya isu ni expected lah kot sbb bukannya anak masing2 baru wujud. |
|
|
|
|
|
|
|
sempat ada baka dari husband tak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Sakinah tingtong.. nt blk m'sia nk berlakon balik ker tu |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm....dah puas bersedapan..
Dah tak rasa syok lg dah
Putus jek lah
Cari batang & cik nek lain pulak
Multi tasting gitchewww |
|
|
|
|
|
|
|
Ala xda pic spek hitam kt tgga makamah lg...mcm kawin sivil je kt sweeden.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan org selalu ckp yg haram tu best, dah jadi laki bini baru ada akal.
Angguk kan ajelah statement diaorg ni..bukannya b4 ni tak tahu yg ex ada anak kat Sweden, time zone semua. Membongak sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Aikk tiber lak laki dia nak kena hadap anak 2 org kt sweden? Dulu bkn kencang duk keje kt kl ni ke, anak2 ex binik yg jaga?? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni mesti jenis senang suka kat org, senang menyampah kat org.. Anyway, dia ni gila exercise. Tapi perutnya ttp nmpk tak cantik wlupon badannya kurus.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|