View: 1596|Reply: 16
|
[Politik]
PRU15: 'Ayahanda' Rani Kulup umum tanding Parlimen Port Dickson
[Copy link]
|
|
PRU15: 'Ayahanda' Rani Kulup umum tanding Parlimen Port Dickson
Abdul Rani Kulup Abdullah mengumumkan bakal bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson pada PRU15. - NSTP/MOHD KHIDIR ZAKARIA
PORT DICKSON: Pesara tentera dan aktivis masyarakat, Abdul Rani Kulup Abdullah yang popular dengan panggilan 'Ayahanda', mengumumkan bakal bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Abdul Rani, 67, mewakili parti Barisan Penyatuan Nasional (BPN), dijangka berdepan saingan sengit daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun daripada Pakatan Harapan (PH), serta pelakon dan pengarah, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri yang akan dicalonkan Gerakan Tanah Air (GTA), setakat ini.
Beliau membuat keputusan untuk menyertai politik selepas lebih 20 tahun berjuang membawa suara rakyat melalui platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk selaku Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).
Selama ini, katanya, beliau ikhlas memperjuangkan nasib masyarakat tanpa mengambil kira kaum mahupun agama, malah pernah sanggup turun padang mengadakan perjumpaan dengan orang ramai di bawah pokok untuk tujuan itu.
Abdul Rani berkata, tujuannya melangkah ke dunia politik bukan untuk bersaing dengan sesiapa atau mana-mana parti politik, sebaliknya hanya mahu berbakti kepada masyarakat.
"Saya adalah bekas tentera yang pencen sejak 1995 selepas berkhidmat selama 22 tahun dalam pasukan itu. Saya percaya, saya boleh membantu bukan saja warga tentera tetapi juga orang awam.
"Selama ini, saya banyak bergerak mewakili NGO berjumpa wakil rakyat untuk membantu orang ramai. Kini, sampailah masanya untuk saya berkhidmat sebagai wakil rakyat pula (jika menang pada PRU15)," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Abdul Rani menjelaskan, hasrat beliau untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) sudahpun timbul sejak PRU14 lagi, justeru amat berharap pengundi di Port Dickson akan memberinya peluang untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan Parlimen itu.
"Saya akan berkampung di Port Dickson sebaik saja penamaan calon yang dijadualkan berlangsung pada 5 November depan, hingga hari pengundian nanti.
"Kalau boleh, pengundi berilah peluang untuk saya berkhidmat kerana saya pasti banyak perkara yang saya boleh membantu masyarakat melalui sidang Parlimen," katanya.
Abdul Rani turut kongsikan pandangannya mengenai kawasan Parlimen yang bakal menyaksikan cubaan pertama beliau menyertai persaingan politik pada pilihan raya.
"Port Dickson adalah Bandar Tentera Darat, dan saya mahu Kampung Tentera Darat wujud di sini kerana di sini lahirnya pahlawan negara. Saya percaya rata-rata warga tentera akan menganggap Port Dickson sebagai 'kampung' mereka.
"Kalau ikutkan hati, saya mahu bertanding di semua kerusi Parlimen, namun saya perlu bermula di sini," katanya.
Ditanya mengenai peluangnya meraih kemenangan berikutan Parlimen Port Dickson dianggap 'kerusi panas' pula, Abdul Rani menegaskan, beliau tidak peduli siapa pesaing yang akan dihadapinya nanti.
"Saya tidak peduli siapa calon lawan saya atau daripada parti politik mana. Yang pasti, saya mahu menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat.
"Saya berpengalaman berkhidmat selama 22 tahun dalam pasukan tentera dengan pangkat terakhir ialah Rejimen Sarjan Mejar (RSM), dan pasti dapat membantu dalam usaha untuk mentadbir sebaik mungkin," katanya.
Media sebelum ini melaporkan BPN merupakan parti politik baharu ditubuhkan oleh sekumpulan ahli perniagaan dan akan bertanding di 160 kerusi Parlimen pada PRU15.
Presidennya, Datuk Ibrahim Yahaya, dipetik berkata kebanyakannya adalah kerusi Parlimen di Semenanjung, manakala baki lagi di Sabah dan Sarawak.
Pada Oktober 2018, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson dengan majoriti sebanyak 23,560 undi.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... rlimen-port-dickson
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Raja Bomoh calon la diri.. Diva Aa, Rani, CT Kassim… meriah noks |
|
|
|
|
|
|
|
Tadi aku tempek ni kat topik Nazri. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tengok kostum tu dah boleh menang... |
|
|
|
|
|
|
|
Parti ni under bn ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong lah pikir dua tiga kali..duit yg dok ada better simpan la |
|
|
|
|
|
|
|
Bapakkk segala report polis !!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa musti Kulup? |
|
|
|
|
|
|
|
Anwar tu xtau la dia buat apa dkt pd. ni dtg plak org tua ni. Adoi la. Org2 pd dh menyampah |
|
|
|
|
|
|
|
Highflyer19 replied at 26-10-2022 11:57 PM
Tengok kostum tu dah boleh menang...
Bernas sekali analisa anda.
Saya setuju
|
|
|
|
|
|
|
| |
|