Kereta milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat dibaling batu bata oleh seorang penunggang motosikal di Kampung Datuk Lee Kim Siat, di sini pada Rabu.
Wei Kiat menerusi satu kemaskini di Facebook memaklumkan kejadian tersebut berlaku semasa beliau membuat lawatan ke program Jualan Ehsan Selangor di lokasi tersebut.
Wei Kiat menunjukkan laporan yang dibuat di Balai Polis Rawang, di sini pada Rabu.
Beliau mendakwa perbuatan tersebut mempunyai unsur politik dengan motif untuk mengganggunya menjalankan tugas sebagai ADUN kawasan berkenaan.
Perkara seperti perbuatan gangsterisme atau vandalisme sepatutnya sudah tidak diamalkan di Malaysia.
Kerosakan pada kereta Wei Kiat akibat dibaling batu bata oleh penunggang motosikal.
"Saya tidak akan biarkan perkara ini berlalu begitu sahaja dan akan membuat laporan polis hari ini agar siasatan segera dapat dijalankan.
"Kita bawa budaya politik nilai dan bukannya budaya vandalisme," katanya pada Rabu.
Sumber: Sinar Harian |