View: 2015|Reply: 22
|
Tiada Televisyen Di Rumah, Mari Kenali Isteri PM UK
[Copy link]
|
|
Akshata Murty turut menjadi tumpuan selepas suaminya, Rishi Sunak dilantik sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK).
Wanita itu merupakan anak kepada bilionair India, Narayana Murthy yang turut dikenali sebagai Bill Gates of India.
BBC melaporkan, seorang pewaris harta bernilai berbilion-bilion, Akshata, 42, terpalit kontroversi apabila diketahui awal tahun ini bahawa dia memegang status non-domiciled atau non-dom.
CNN
Ini bermakna beliau tidak perlu membayar apa-apa cukai ke atas pendapatannya dari luar UK.
Wanita itu kemudiannya bersetuju untuk membayar cukai kepada kerajaan UK ke atas pendapatannya di seluruh dunia.
Walaupun berasal dari keluarga kaya, Akshata dibesarkan dalam persekitaran yang lebih sederhana.
Ketika berusia beberapa bulan, Akshata dihantar untuk tinggal bersama datuk dan nenek sebelah bapanya.
Ketika itu, ibunya, Sudha Murty dan bapanya memajukan kerjaya mereka di Mumbai.
Setahun kemudian, Narayana mengasaskan Infosys, sebuah syarikat perkhidmatan teknologi maklumat (IT) yang kemudian menjadikannya salah seorang individu terkaya di India.
Latar belakang ibu bapa yang berpendidikan tinggi menyebabkan Akshata juga fokus kepada pendidikan.
Akshata berkata, tiada televisyen di rumah mereka dan masa diluangkan untuk "perkara seperti belajar, membaca, perbincangan dan bertemu rakan".
Wanita itu melanjutkan pelajaran ekonomi dan Bahasa Perancis di institusi swasta yang liberal, Kolej Claremont McKenna di California, Amerika Syarikat.
Akshata kemudian memperoleh diploma di kolej fesyen dan bekerja di Deloitte dan Unilever, sebelum melanjutkan pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Stanford, California, Amerika Syarikat.
FB Rishi/Greek Reporter
Di universiti itu, beliau bertemu dengan Sunak. Pasangan itu berkahwin pada 2009 dan mempunyai dua anak perempuan.
Wanita itu memulakan kerjayanya dalam bidang kewangan di California sebelum memulakan label fesyennya sendiri, Akshata Designs.
Label itu melancarkan koleksi pertamanya pada 2011.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
takde tv? tp still ada hp yang boleh access pelbagai maklumat, agitewww
btw, ada pros n cons... iol pun tak nak kecam lebih..sebab rumah iol ada tv, tapi jarang mau tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
Menipu je xda tv, tv ada tapi jrg tgk sebab busy kan.. skrg pun ramai je dah xlayan tv |
|
|
|
|
|
|
|
10 keling cakap 11 saya buang parit |
|
|
|
|
|
|
|
Dapat diploma di kolej fesyen dan kerja di deloitte? |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya tak ada tv tu masa zaman dia membesar dulu, supaya tak lari fokus |
|
|
|
|
|
|
|
Macamana rupa busana akshata designs?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau baca this article in the English version lagi make sense. Di rumah parents dia masa growing up yg tak ada tv, bukan sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
messymimi replied at 26-10-2022 04:25 PM
Macam island shop.
|
|
|
|
|
|
|
|
shi_jewel replied at 26-10-2022 02:27 PM
takde tv? tp still ada hp yang boleh access pelbagai maklumat, agitewww
btw, ada pros n cons... iol ...
jaman dia kecik la, bukan jaman sekarang. ujung2 anak jd fashion designer yg gagal jah |
|
|
|
|
|
|
|
So acane sunak selepas masuk opis?
Ada rasa nak lari? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tumpanglalu74 at 27-10-2022 04:20 AM
Aku syak dia ni main toyboy.. Maklumlah anak orka. Tu yang si Sunak terhegeh2 masok politik tu.. Takot bini. |
|
|
|
|
|
|
|
tak de tv masa zaman dia kecik2 ..bukan skrg .. |
|
|
|
|
|
|
| |
|