View: 1650|Reply: 15
|
Pukul 3 Pagi Kemaluan Isteri Berdarah, Suami Sengaja Pakai Cincin Anu Ketika Seks
[Copy link]
|
|
Sering tewas awal di ranjang menyebabkan kaum lelaki mencari alternatif sampingan termasuklah penggunaan alat permainan seks seperti cincin penis atau zakar.
Meskipun banyak laporan menyatakan penggunaan alatan tersebut mengundang kemudaratan, namun masih ramai yang mengabaikannya demi mendapatkan kepuasan.
Ini kerana, tujuan utamanya adalah untuk membantu lelaki mengekalkan eraksi agar lebih kuat dan lama.
Secara teorinya, cincin penis itu akan menekan lantas menyekat salur arteri pada zakar agar darah terkumpul bagi tujuan ereksi yang lebih baik.
 Gambar Hiasan
Tapi awas ya! Berdasarkan rekod Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), terdapat banyak kes berkaitan seperti cincin yang digunakan tersekat pada kemaluan dan memerlukan bantuan mereka untuk memotongnya.
Pun begitu, baru-baru ini seorang pakar ginekologi, Dr Muhammad Izzat mendedahkan bahawa alat permainan seks tersebut turut memudaratkan para isteri.
Menerusi perkongsian di Twitter, beliau memaklumkan terdapat kes mengejutkan yang perlu diberi rawatan segera melibatkan pasangan suami isteri berusia 20-an.
"Baru nak luruskan pinggang pada pukul 3 pagi dengan baring atas katil pesakit kerana caesarean non stop, tiba-tiba dapat panggilan daripada Jabatan Kecemasan yang menyatakan terdapat pesakit dengan pendarahan pervaginal (faraj).
Pesakit terpaksa dimasukkan ke dewan bedah bagi memudahkan pemeriksaan dan rawatan lanjut
Pesakit terpaksa dimasukkan ke dewan bedah bagi memudahkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
"Katanya, darah tidak berhenti-henti keluar tapi ujian kehamilan negatif dan pesakit baru habis haid.
"Rekod kesihatan juga normal serta tidak pernah ada masalah dengan haid. Pihak kecemasan juga menyatakan yang darah mengalir tak henti-henti dan ia adalah fresh bleeding," ujarnya.
Menurut Dr Izzat, dia kemudiannya bertanyakan tentang situasi sebelum pendarahan berlaku ketika bertemu dengan pesakit yang dikenali sebagai Mariam.
Difahamkan, pesakitnya ada menjalinkan hubungan intim bersama suami sebelum tidur.
"Dia cakap ada 'bersama' dengan suami tetapi sebelum ini okay cuma kali ini sakit sangat.
"Selepas bersama tu, darah banyak keluar sehingga kain batik penuh darah dan mempunyai darah beku," katanya yang kemudian cuba memasukkan alat speculum untuk membuat pemeriksaan.
Sejurus memasukkan alatan tersebut, darah semakin membuak keluar sehingga tidak kelihatan 'punca' pendarahan.
Mariam kemudiannya dimasukkan ke dewan bedah supaya pemeriksaan dan rawatan dapat dilakukan dengan lancar selepas dibius.
"Selepas pemeriksaan, rupanya terdapat koyakan pada bahagian belakang pangkal rahim (serviks). Jadi, luka tersebut dijahit," jelasnya yang turut pelik dengan kejadian tersebut.
Disebabkan ingin mengetahui punca berlakunya koyakan berkenaan, beliau mendapatkan kepastian daripada suami Mariam.
Menurut individu tersebut dia menggunakan cincin penis kerana dikatakan dapat bertahan lama.
Malah, alatan seks berkenaan baru pertama kali dicuba namun telah mengakibatkan isterinya mengalami pendarahan tidak henti. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
eiii gile laki mcm ni... slalu kes cincin tu sangkut kt anu dia ni bini plak merana. |
|
|
|
|
|
|
|
Ngilu pulak rasanya babee lah jantan yg hanya pikir kesedapan punai dlm hidup |
|
|
|
|
|
|
|
gila. ngilu aku membayangkan |
|
|
|
|
|
|
|
knp la lelaki ni tiada konfiden dgn kote sendiri...
wanita2 harus menolak laki2 yg tidak yakin dgn zakar sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
seramnyaaa..mesti isteri tu ingat tumpah darah ke apa..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Lahhhhh ingatkan kat negara asal susur galur bakal PM Britain atau negara kaki claim, rupanya di Tanah Malaya... ishk ishk |
|
|
|
|
|
|
|
Baru 20 tahun bro long way to go |
|
|
|
|
|
|
|
mgkin dia punye xabis mengembang kot..plk tu 2min jer
|
|
|
|
|
|
|
|
suami juga ada sindrom bodoh... mmg bodoh punya keje |
|
|
|
|
|
|
|
camne ghupernya cincin anu tu |
|
|
|
|
|
|
|
lenkali deknonsuruh laki ko yg premature ejaculation tu pakai kondom prolong cap durex yaach |
|
|
|
|
|
|
|
dia pakai cincin ni kat kepala takuk ka?
apa ka bodoh nya lahai jantan ni pun. Google la cara pakai yang betul, kalau tak faham tanya pada yang tau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak tahan lama, lelaki tu kena la kuat stamina, pi la buat senaman, jogging, gi gym ka, baru la power |
|
|
|
|
|
|
|
adui sakitnya aku bygkan pap vinik dia berdarah |
|
|
|
|
|
|
| |
|