CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 538|Reply: 1

Skim Piramid Terbongkar, 9 Kereta Mewah Disita

[Copy link]
Post time 25-10-2022 07:51 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah syarikat dikesan menjalankan dan mempromosikan aktiviti skim piramid menerusi aplikasi dalam talian serta penjualan pakej tertentu sejak beberapa tahun lalu.


Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar dalam satu operasi bersepadu di pusat perdagangan di Jelutong, Pulau Pinang pada 19 Oktober lalu.




Antara kenderaan mewah yang disita dalam operasi bersepadu terhadap syarikat menjalankan skim piramid di pusat perdagangan di Jelutong, Pulau Pinang pada 19 Oktober lalu. FOTO ihsan KPDNHEP





Operasi itu membabitkan Pasukan Tindakan Khas, Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Cyber Security Malaysia (CSM).


Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam berkata, pasukan serbuan turut menyerbu empat premis kediaman yang didiami suspek di sekitar Pulau Pinang dan Kedah.


Katanya, operasi bersepadu itu dijalankan hasil daripada maklumat aduan awam dan risikan dilakukan pelbagai agensi penguatkuasaan.


"Seramai tujuh individu terdiri daripada empat lelaki tempatan, dua wanita tempatan dan seorang lelaki warga Taiwan ditahan dalam operasi itu.


"Hasil pemeriksaan, kami menyita pelbagai dokumen, komputer riba dan telefon bimbit yang berkaitan bagi membantu siasatan.


"Selain itu, sembilan kenderaan mewah iaitu model BMW, Toyota, Maserati, Porsche dan Mercedes Benz serta pelbagai beg tangan mewah milik suspek turut disita," katanya.


Azman berkata, sebanyak 38 akaun di tujuh bank dibekukan serta wang tunai disita dengan nilai keseluruhan berjumlah RM967,720.


"Siasatan awal dilakukan mendapati, syarikat itu disyaki menjalankan dan mempromosikan aktiviti skim piramid kepada orang awam menerusi aplikasi dalam talian dan penjualan pakej tertentu sejak beberapa tahun lalu.


"Syarikat itu juga disyaki turut aktif melakukan aktiviti itu di beberapa negeri termasuk Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Sarawak.


"Selain itu, syarikat ini juga dikesan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan lain," katanya.


Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut subsyeksen 4 (1) Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid (AJLSAP 1993) serta Seksyen 27B akta sama.


"Kes itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.


"Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan skim-skim seperti ini bagi mengelakkan kerugian," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2022 09:14 AM | Show all posts
Skim DEET yg tersontot itukah.
Adan uke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.064070 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list