CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330|Reply: 0

Main Macam Mana Tu Dik, Sampai Tangan Tertusuk Besi Pagar?

[Copy link]
Post time 25-10-2022 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang menahan kesakitan selepas tangan kirinya tertusuk besi pagar diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah di Pokok Sena semalam.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.46 petang.




Tangan kiri kanak-kanak lelaki yang tertusuk besi pagar di Pokok Sena. FOTO ihsan JBPM





Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Sam Khan a/l Prak Prom Keu tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian.


"Setibanya di lokasi didapati, kanak-kanak lelaki terbabit sedang menahan sakit akibat tangan kirinya tertusuk besi pagar berkenaan.


"Anggota kita bertindak memotong besi terbabit dengan menggunakan mesin milik orang awam dan menyerahkan mangsa kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi semalam.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.051207 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list