CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 0

Ibu Dan Anak Merempat Gara-Gara Tunggakan Hutang Cukai Bekas Suami

[Copy link]
Post time 25-10-2022 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Wanita dan anak lelakinya hilang tempat tinggal selepas rumah mereka dilelong gara-gara tunggakan hutang cukai oleh bekas suami.


Victoria Jenkins menetap di Marbella, Sepanyol selama 22 tahun dan merupakan tempat kelahiran anak lelakinya, Sam yang kini berusia 13 tahun.




SWNS




Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan Mijas di Costa del Sol tiba-tiba memberinya notis pengusiran pada November 2020, selepas hartanya bernilai £280,000 (RM1.5 juta) dijual secara senyap dengan harga lelongan £24,400 (RM130,737).


Jenkins dan bekas suami membeli flat di Riviera del Sol dengan harga £235,500 (RM1.26 juta) dan tiada gadai janji atau hutang lain terhadap harta itu.


Dia diberitahu bahawa harta tersebut telah dijual atas cukai tanah yang belum dibayar oleh bekas suami, Lee Cohen, yang memilikinya secara rasmi.


Selepas membayar hutang, pegawai menyimpan baki wang, mendakwa ia digunakan untuk membayar yuran guaman.


Sejak pengusirannya pada Oktober lalu, Jenkins hidup merempat dan kini menumpang di rumah rakannya.


Dia mendapati rumahnya telah dijual pada 2015 selepas surat mengenai hutang itu dihantar ke alamat yang salah.


Jenkins kini mencabar kesahihan penjualan itu tetapi mungkin mengambil masa bertahun-tahun sebelum kesnya dibicarakan oleh tribunal di Mahkamah Agung di Madrid.


"Saya berasa tidak berdaya, dibuli, tidak dapat melindungi anak saya, cemas dan takut. Saya tidak pernah berasa begitu diganggu dan tidak berdaya.


"Saya tidak faham mengapa hak undang-undang anak saya diabaikan," kata Jenkins.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.047884 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list