View: 922|Reply: 5
|
Lelaki Menderita Sakit Misteri Sejak Masuk Semak Cari Cacing-Badan Dan Muka Melepuh Berkudis, Dua Jam Je Tidur Malam
[Copy link]
|
|
Machang: Seorang pemuda menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu yang menyebabkan kulit badan termasuk mukanya melepuh sebelum bahagian terbabit menjadi kudis apabila kering.
Menurut Tuan Mohamad Hanif Tuan Yazid, 20, ia bukan saja gatal dan pedih malah menyakitkan.
Katanya, ia menyebabkan dia gelisah, malah hanya mampu tidur dua jam pada waktu malam.
 Foto: Harian Metro
" ada awalnya, bintik-bintik merah hanya naik di belakang badan dan tidak lama kemudian ia menyerang muka dan seluruh anggota badan.
"Bagaimanapun, ia lebih menyakitkan apabila luka kulit melepuh mengeluarkan air bisa. Ia juga menyebabkan kulit menjadi gatal, malah luka selepas digaru sehingga mengeluarkan darah sebelum bertukar menjadi kudis apabila kering," katanya di Kampung Pangkal Changgong di sini, hari ini.
Mengimbau kejadian, anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, dia masuk bersendirian ke kawasan semak di Kampung Belukar bagi mencari cacing untuk dijadikan umpan memancing udang, Ogos lalu.
" ada hari sama, saya dan tiga rakan keluar memancing di Sungai Belat, Kuantan dan kami memperoleh banyak udang bersaiz besar sebelum pulang ke rumah.
" ada sebelah petang, saya memasak udang berkenaan bersama mi segera dan tidak lama selepas itu, bahagian belakang badan dipenuhi ruam dan gatal-gatal dan pada masa sama, tangan jadi kebas," katanya.
Ibunya, Yusniza Mohd Zaidi, 41, membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan namun doktor memaklumkan ia disebabkan alahan sebelum diberikan ubat tahan sakit.
"Seminggu kemudian, seluruh anggota badan termasuk muka dipenuhi ruam merah dan gatal-gatal selain kudis. Doktor bagaimanapun tidak dapat mengesahkan penyakit dihidapi.
"Sejak itu, saya mendapatkan pelbagai rawatan termasuk bertemu lebih 10 pengamal perubatan Islam di sekitar Kuantan dan Kelantan namun masih belum sembuh," katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Tuan Mohamad Hanif Tuan Yazid di talian 018-9149267.
Sementara itu, Yusniza berkata, dia sudah menghabiskan ribuan ringgit bagi merawat penyakit terbabit.
"Saya tidak lagi mampu menampung kos perubatan untuk merawat anak kerana setiap kali berjumpa pengamal perubatan, saya perlu keluarkan belanja antara RM100 hingga RM200," katanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di kilang kosmetik di Kuantan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ermm kesiannya.. Dah buat semua test ke? Mana tau kena bakteria ke apa ke |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu ada kejadian macam ni. Cari apa ntah dekat semak, tak lamaepas tu terus ada penyakit kulit. Sampaikan naik dekat kepala budak tu. Terpaksa dia garu dengan cara ketuk kepala dia. Kalau garu guna jari, kulit tu akan berdarah. Tak lama lepas keluar berita budak tu, terus meninggal. Semoga adik Tuan Mohamad Hanif dipermudahkan dan diberi kesembuhan seperti sedia kala. Setiap penyakit ada penawarnya. Kalau orang kata sebab terlanggar tempat jin, ingat, jin tak boleh bagi sebarang kemudaratan. Kalau terlanggar pun what to do, dah la kita tak nampak jin2 ni semua. Berdoalah kerana tak ada siapa mampu lawan qudrat Tuhan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya adek ni.
Semuga dipermudahkan urusan kesihatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 25-10-2022 07:20 PM
Dulu ada kejadian macam ni. Cari apa ntah dekat semak, tak lamaepas tu terus ada penyakit kulit. Sam ...
Suka baca komen Kurex.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|