CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 941|Reply: 4

6 Remaja Di Kelantan Mengaku Salah Rogol Pelajar Tingkatan 2

[Copy link]
Post time 25-10-2022 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Bachok: Enam remaja didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas 15 pertuduhan merogol seorang pelajar tingkatan dua pada kejadian di Tawang di sini, Ogos hingga September lalu.


Kesemua tertuduh yang berusia 15 tahun mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi.


Setiap tertuduh masing-masing didakwa dua hingga tiga pertuduhan.


Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa merogol mangsa yang sama berusia 14 tahun 10 bulan.




Foto: Harian Metro




Kejadian itu dilakukan di sebuah bilik di kedai makan di Jelawat, Bachok antara jam 12.30 tengah malam sehingga jam 2.30 pagi pada pertengahan Ogos sehingga September.


Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat., jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hakimie Ab Hadi dan kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Norizaidah Abdul Salam.


Terdahulu, Mohd Hakimie memohon supaya tiada jaminan ditawarkan manakala Norizaidah pula memohon jaminan ditawarkan memandangkan kesemua tertuduh masih bersekolah dengan sebahagian keluarga pula adalah orang susah.


Mahkamah membenarkan jaminan RM2,000 untuk setiap pertuduhan dan menetapkan 13 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.


Sementara itu, dua lagi tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tiga pertuduhan merogol mangsa pada tarikh dan lokasi yang sama.


Kedua-dua tertuduh berusia 18 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.


Mahkamah kemudiannya membenarkan seorang daripada tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, manakala seorang lagi tidak dibenarkan jamin.


Mahkamah turut menetapkan 23 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 04:39 PM | Show all posts
Bukak muke ngkaw skang! Mak cakap bukak!!!! Grghhhh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap nya sekejap.


Merana nya lama.
Hadap lah dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Huk aloh klate gedebe cawwat kote buah mempele serambi Moscow serambi bermukah gommo klate gommo! malu kokram, hok ni hok tu hok ni hok tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 09:51 AM | Show all posts
kekah ramai2 la ni ya konsepnya. dak pmpuan tu skrg apa jadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.045683 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list