Singapura: Pencipta kandungan, Nas Daily, mendedahkan dia memasuki Malaysia selepas membeli pasport sebuah negara di kepulauan Caribbean pada harga AS$150,000 (kira-kira RM710,000).
Nas Daily, atau nama sebenarnya, Nuseir Yassin memuat naik video mengenai perjalanan ke Malaysia, di Facebook dan YouTube, baru-baru ini.
"Saya membeli warganegara (Saint Kitts and Nevis ) untuk menunjukkan negara ini (Malaysia)," katanya.
Menerusi video berdurasi empat minit itu, Nuseir menunjukkan pasport Saint Kitts and Nevis, miliknya.
Dia juga menceritakan detik cemas ketika masuk dan meninggalkan Malaysia.
Nuseir sebelum ini menyatakan dia tidak boleh memasuki Malaysia walaupun berada di Singapura, kerana dia adalah pemegang pasport Israel.
Pencipta kandungan itu, yang mengendalikan syarikatnya di Singapura menunjukkan beberapa kawasan di Malaysia, dengan sebahagian besar video dirakam di Melaka.
Nas Daily, Foto: IG
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, Nas Daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin mempunyai dua kerakyatan dan memiliki dua pasport dari dua negara berkenaan.
"Dia (Nas Daily) seorang warganegara Israel, apa yang ingin saya jelaskan di sini adalah beliau masuk ke Malaysia dengan menggunakan pasport negara lain, bukan pasport dari Israel.
"Beliau menggunakan pasport Saint Kitts and Nevis iaitu sebuah negara dalam komuniti Carribean," katanya selepas Majlis Pelancaran Program Penempatan, Pekerjaan dan Pendapatan (3P) di Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin, Nilai di sini, baru-baru ini. -CARI
Post time 25-10-2022 04:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Zazama replied at 25-10-2022 04:32 PM
Kenapa ye dia 'up' kan kejayaannya dapat masuk Malaysia di medsoc? Ada udang di sebalik meeee..
Memang kerja dia buat content kan. But his kind of promoting Malaysia on this video. Informing other that are banned to of how to by pass the banned. But the cost is 150k usd.
Post time 25-10-2022 06:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tripleid replied at 25-10-2022 05:48 PM
Ye ke..x tau la pulak..tapi video2 byk jgk psl negara uae ,dok puji2 gomen islam uae pandai tadbir ...
Dah bukan Islam. Beliau ialah Palestinian Jew. Mestilah puji UAE sebab UAE dah menjalinkan hubungan diplomatik dgn Israel. Dgn Malaysia ni suatu cabaran katanya... Gituuu
Halahhh org Malaysia nak masuk Israel pun takyah nak cari passport negara lain.. cop cop je lah under table.
Post time 25-10-2022 06:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by tripleid at 25-10-2022 06:28 PM
JunkMail replied at 25-10-2022 06:00 PM
Dah bukan Islam. Beliau ialah Palestinian Jew. Mestilah puji UAE sebab UAE dah menjalinkan hubunga ...
Kalau tgk video2 seminit dia tu semua cite yg baik2 je psl negara yg dia lawat tu..mostly inspiring story about that country..x taulah pulak video dia kat msia ni psl apa..apa yg inspiring sgt psl msia nih??
Org melayu aman2 jah bleh msuk israel siap bleh wat lawatan smbil belajar kat sana.x pelik punn..