CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3629|Reply: 57

Yana Kata Najib Razak Rindu Buat Kerja-Kerja Kebajikan, Risau Macam Mana Rakyat Hadap Kegawatan Ekonomi

[Copy link]
Post time 25-10-2022 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan perasaan rindu untuk membuat kerja-kerja kebajikan rakyat.


Perkara itu disampaikan kepada anaknya, Nooryana Najwa ketika melawat Najib di Penjara Kajang.


Nooryana Najwa dalam satu hantaran di Instagramnya berkata, Najib juga bimbang dengan nasib rakyat berikutan negara bakal mengalami kegawatan ekonomi tahun hadapan.




Foto: IG




Najib juga sempat menyampaikan ucapan selamat menyambut perayaan Deepavali kepada rakan-rakan kaum India yang menyambutnya.


“Hari ini genap dua bulan sejak daddy berada di Penjara Kajang. Saya tahu ramai yang bertanya tentang keadaan Bossku (Najib) kami.


“Saya telah melawat DSN semalam dan beliau amanahkan saya untuk menyampaikan mesej mesej kepada semua, selamat menyambut perayaan Deepavali kepada rakan-rakan kaum India. Perubahan cuaca yang kerap, mohon rakan-rakan sekalian menjaga kesihatan,” katanya.


  



Menurut Nooryana Najwa, bapanya sudah membiasakan diri dengan rutin di penjara dan mendapatkan ketenteraman rohaniah melalui mengkaji, beribadah, membaca dan melihat gambar cucu.




  



“Saya bertanyakan daddy, apakah yang paling kurang selesa buat sekarang? Daddy menjawab, bukan fizikal, malah mental.


“Beliau rindu membuat kerja-kerja kebajikan rakyat, adakah kita semua ok dalam kehidupan harian? Kita bakal mengalami kegawatan ekonomi tahun depan, adakah rakyat telah bersedia?,” katanya.










Selain itu Nooryana Najwa turut memaklumkan Najib juga bimbang sama ada Barisan Nasional sudah bersedia untuk Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan diadakan bulan hadapan.


“Wajah daddy, Alhamdulillah, sentiasa tenang. Semangat masih kuat.


“Semoga Kebenaran dan keadilan akan memihak kepada mereka yang difitnah. Jaga diri baik-baik,” katanya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 11:46 AM | Show all posts
lebih baik bapa yana menjalankan hukuman di dlm penjara daripada berada di luar
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak lagi risau ko jarah duit rakyat .. tak bayor cukai pulak dek! Duduk la senyap2 khatam Quran kt Kajang tu lagi dpt syafaat dek
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 11:58 AM | Show all posts
ke risau nak pikiq, takde peluang nak mencekik duit rakyat??
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:00 PM | Show all posts
Dh dok dlm penjara baru nk risau..masa sakan sakau duit x risau pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:01 PM | Show all posts
bingit la si yana ni
sama aje mcm nurul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2022 12:02 PM | Show all posts
kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah berdekah kah kah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni paham ke tak amende dia sendiri cakap ni?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 12:05 PM | Show all posts
DSN Bossku memang baik dgn rakyat banyak membantu rakyat....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko sambung la kerja bantuan2 kpd rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
bantu/bagi sikit tp tarah banyakk
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:22 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 25-10-2022 12:39 PM

sejak nak dekat PRU ni ada ke umno bckp pasal masalah rakyat??..psl nak turunkan harga barang ke,psl ringgit jatuh ke.Ade??

yg umno hari2 dok ratib..umno rindu najib,najib rindu nak minum stabak la,najib rindu nak kluar jalan2 la..

hari2 dok ratip rindu najib dah mcm janda baru mati laki.

apo Najib kesayangan korang kaki sakau yg dah kena sumbat jel tu lagi penting drpd rakyat ke???


Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 01:25 PM | Show all posts
ekceli in a way pok jib ni mcm elok byk dari mael lembab n jahid gangster bang non
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 01:26 PM | Show all posts
tahi (dilemparrrrrrrrrr)
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe la..rentan.lah apa apa pung
Nyampah zahid hamidi skang ni...iols harap sgt dia tak naik...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Yenna, hang ada duit tak? Sila copy paste MO dewasayu. Dekat2 pilihanraya time musim tengkujuh ni ramai org yg bole hang bantu. Masalahnya hang kedekut & malas. Setakat melalak kat socmed baik jadi macik bawang. Bangkit la. Tun M umo dekat 100 pon lagi rajin & otak geliga dari hang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 01:47 PM | Show all posts
yanadey
diam jela
hari2 ade je benda nak salak
sakit la
ubat la
sunyi la
pru la
skang nk sembang kebajikan plak
puihhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 02:06 PM | Show all posts
Edited by Nurdianah at 25-10-2022 02:14 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 02:17 PM | Show all posts

ingatkan BN bukan kaki kencing
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 02:24 PM | Show all posts
nak buat kerja kebajikan tak perlu sebagai anak PM. anytime boleh buat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.061730 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list