CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5978|Reply: 89

Wanita Di Perlis Tak Sedar Hamil, Haid Datang Setiap Bulan Siap Makan Pil Perancang! Tahu-Tahu Je Beranak Atas Sofa

[Copy link]
Post time 25-10-2022 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Pelik tapi benar.


Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang wanita berkongsi kisah bayi 'ajaib' selepas dia selamat melahirkan anak tanpa disedari berada dalam kandungannya sejak sembilan bulan lalu.


Walaupun kedengaran agak mustahil, namun itulah yang berlaku terhadap wanita dikenali sebagai Eyka Ikaa di Facebook kerana kitaran haidnya berlaku seperti biasa dan normal.


Lebih pelik apabila dalam tempoh sembilan bulan ini juga dia mengambil pil perancang.




Foto: FB




"Haid datang setiap bulan. Setiap hujung bulan haid akan datang seperti biasa. Anggaran lima ke enam hari. Pil perancang makan setiap bulan dan tak pernah skip.


"Bersalin pada 19 Oktober 2022 hari rabu pada pukul 8.45 pagi.


"Telah disambut oleh suami. Bersaksikan anak sulung yang berusia setahun dua bulan," katanya yang dipercayai menetap di Perlis.


Sementara itu pada hantaran sama, Eyka turut menceritakan tentang pengalaman luar biasa itu sehingga dia melahirkan anak kedua berkenaan.


Cerita Eyka, malam sebelum melahirkan anak dia mula terasa sakit perut seolah-olah sembelit dan mahu membuang air besar.


Setelah keadaan sakit dihadapi menjadi semakin parah, Eyka kemudiannya mengajak si suami untuk bergegas ke hospital bagi mendapatkan rawatan lebih lanjut.


Bagaimanapun, belum sempat ke hospital, dia melahirkan bayi perempuan di kediamannya sendiri yang disambut oleh suami.


"Sebelum saya bersalin, malam tersebut dalam pukul 1 pagi rasa seperti perut masuk angin dan muntah beberapa kali. Keesokan harinya rasa tidak selesa di perut, makin terasa macam sembelit ingin membuang air besar.


"Saya masuk ke dalam bilik air beberapa kali tapi rasa tidak selesa di perut makin menjadi-jadi. Saya membuat keputusan untuk ajak suami ke hospital tetapi oleh kerana sudah tidak tahan. Saya melahirkan bayi perempuan di atas sofa dengan disambut oleh suami.


"Saya meminta suami saya untuk menghubungi pihak ambulans. Sebelum pihak ambulans tiba ke kediaman kami. Suami telah mengikat tali pusat menggunakan tali kasut," katanya lagi.


Akui Eyka dan pasangannya, mereka masih terkejut dan gementar apabila menimang cahaya mata tanpa sebarang persiapan.


Malah ujarnya yang merupakan seorang peniaga jamu, tiada sebarang pergerakan dirasakan dalam perut sepanjang tempoh hamil.


"Sepanjang sembilan bulan, saya tidak menyedari kehadiran janin di dalam rahim saya. Kerana tidak merasa sebarang pergerakan dan perut tidak membuncit begitu besar seperti pengalaman mengandung dan melahirkan anak pertama.


"Berbeza dengan pengalaman saya melahirkan anak pertama dahulu. Perut besar, hidung kembang dan semuanya kembang," ujarnya lagi.


Tambah Eyka, walaupun tidak membuat sebarang rawatan mahupun pemeriksaan di hospital seperti ibu berbadan dua, dia bersyukur bahawa bayinya berada dalam keadaan sihat dan sempurna.


"Syukur bayi saya sihat dan sempurna walaupun tidak pernah menerima sebarang rawatan.


"Sepanjang kehamilan juga saya tidak membuka buku rekod kesihatan ibu di klinik kesihatan dan sudah pasti tiada sebarang rekod kesihatan ibu dan anak di klinik kesihatan.


"Syukur Allah melindungi dan menjaga anak dalam kandungan sehingga lahir ke dunia," jelasnya lagi. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Untungla beranak tanpa sebarang kos dah tu tetiba je dan senang pulak
Hat sulong mcm kecik lg so bertuah la ye dapat sepasang terus la kan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul tak pecaya, takkan mengandung sampai tak tahu sampai hr bersalin, pelikkk

Samada ada niat lain apa pura2 tak tau atau terlalu jahil, mengandung bkn sama tiap2 kali, experience yg beza2, bkn semestinya ada mcm2 jugak, ada org biasa ja, sihat elok. Yg ngidam tu sebenarnya mengada2. Hari2 biasa pun ada masa jrg2 teringin nk mkn itu ini.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 11:50 AM | Show all posts
Kak-Rohana replied at 25-10-2022 11:44 AM
Nonsense sgt kesah nye dekkkk.. takkan air ketuban ko tak pecah? Takkan ko tak rasa contraption 4-5  ...

Kannn...senang bebenor mengandung gitu klu betul. Semua x rasa
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Nonsense sgt kesah nye ni dekkkk.. takkan air ketuban ko tak pecah? Takkan ko tak rasa contraption 4-5 minit sekali…tengok baby ko pun tau mesti time keluor 3 kilo ke atas...Ko ingat senang ke ek janin nak keluor kalu pintu rahim ko tak terbukak at least 5inchi in diameter? Syok sendiri punya sembang ni dek!
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 11:57 AM | Show all posts
Mak iolls yg dah tua pon siap cakap, membohong lah kalau tak tahu peknen..hahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2022 12:01 PM | Show all posts
cerita mastika ni...

iol kompius plak, dia memang datang bulan sampai bulan terakhir nak beranak eh?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:01 PM | Show all posts
cerita mastika ni...

iol kompius plak, dia memang datang bulan sampai bulan terakhir nak beranak eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Gemok sgt ke tak perasan perut kembung
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada je yang datang tiap2 bulan period masa pregnant
Sebab iols ada dengar doc kat kk cite masa appt anak ketiga dolu...ibu tu mmg period tuap2 bulan to dia tau la dia pregnant..haha...


Laki dia tak perasan ke
Even pompuan tu tak rasa pung kan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Rdizz replied at 25-10-2022 11:49 AM
Betul tak pecaya, takkan mengandung sampai tak tahu sampai hr bersalin, pelikkk

Samada ada niat lai ...

biasanya yg tak sedar pregnant ni sejenis tak cakna dengan kesihatan dan perubahan badan sendiri.

Lelagi yg haid tak teratur, sedangkan masa embrio nak melekat kat rahim pun akan ada kuar darah gak.Dia mcm haid yg tak lawas kuar brown spotting.
Sbb iols penah alami,igtkan period gak.
Perempuan kalau dh kawen dan masih tidur sama ngn suami kena sentiasa alert dgn sebarang perubahan badan.
Ada orang badan naik sekilo pun dia tak heran nk plak kalau badan jenis berisi pastu tak penah amik tau pun berapa ukuran badan.
Pastu hat jenis suka suka pakai  baju yg besor2 lagi la tak perasan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:21 PM | Show all posts
sembang je ni..takkan ko tak rasa apa2...zaman content ni semua org gila nak viral jee...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:22 PM | Show all posts
Tiada yg mustahil di dunia ini.  pelik bin ajaib.. tapi nasib baik alhamdulilah semuanyer selamat..cuma jgn lah hanya sekadar content sebab ujung2 artikel  kata dia jual peniaga jamu.. hahaha... Tak delah kan curious jugalah kan sebab tkde air tetuban pecah ke.. tanda kuar nk beranak mcm darah ke.. sbb dia ckp just muntah & sakit perut je. senang betul berank ye. kiki
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:24 PM | Show all posts
Kak-Rohana replied at 25-10-2022 03:50 AM
Nonsense sgt kesah nye ni dekkkk.. takkan air ketuban ko tak pecah? Takkan ko tak rasa contraption 4 ...

tulah kan..pelik takan tkde tanda gesaan nk beranak kan.. cth kuar darah skit ke kan.. ini ujung2 dh berank ehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Manjahati replied at 25-10-2022 11:50 AM
Kannn...senang bebenor mengandung gitu klu betul. Semua x rasa

Kesah dr penjual jamu dek…what do u expect.. beranak pun mcm berak…motiffft? Org x belajor tinggi je percaya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk tau cerita dr sedara mara dia pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
ctkusiam replied at 25-10-2022 12:24 PM
tulah kan..pelik takan tkde tanda gesaan nk beranak kan.. cth kuar darah skit ke kan.. ini ujung2  ...

Sbb tu akak cakap karot. Sedangkan perot angin pun tak selesa inikan ada baby 9 bulan pulok tu dek
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:31 PM | Show all posts
Malah ujarnya yang merupakan seorang peniaga jamu, tiada sebarang pergerakan dirasakan dalam perut sepanjang tempoh hamil.


Lepas ni ramai la nak beli jamu. Nak merasa beranak tanpa sedar. Mustika sungguh cite dia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:33 PM | Show all posts
ada akak kt opis aku dulu lebih kurang macam ni.
dah 6 bulan peknen pun masih haid.
tau bila tetiba pitam kat opis, bawak g klinik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Rohana replied at 25-10-2022 12:29 PM
Sbb tu akak cakap karot. Sedangkan perot angin pun tak selesa inikan ada baby 9 bulan pulok tu dek ...

Ha'a kannn.. nk sembang putar pun bagi logik sikit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.060368 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list