CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2165|Reply: 20

Shahrul Kamal Jaga Hati Isteri- Tak Rela Sentuh Aktres Wanita, Sanggup Tolak Job

[Copy link]
Post time 25-10-2022 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Sedar tanggungjawab seorang suami untuk menjaga hati isteri, penyanyi dan pelakon Sharul Kamal tidak rela menerima tawaran berlakon melibatkan babak romantis dan bersentuhan dengan mana-mana aktres wanita.



Shahrul atau Muhammad Sharul Amin Kamarozaman, 26, berkata, disebabkan itu juga dia lebih selesa memberi fokus kepada bidang muzik dan hanya akan berlakon sekiranya mendapat watak bersesuaian dengan syarat diletakkan.





Foto: IG




"Memang isteri tak pernah letakkan batas tetapi saya kena sedar diri dan tahu tanggungjawab saya sebagai seorang suami.



"Isteri saya pernah beri hint tentang apa yang saya sendiri rasa apabila melihat dirinya bersentuhan dengan lelaki lain... dekat situ saya sudah boleh faham.



“Jika ada tawaran berlakon memerlukan sentuhan, lebih baik saya lepaskan. Saya juga bukanlah asalnya seorang pelakon, jadi biarlah watak tersebut diberikan kepada orang yang lebih layak,” katanya kepada mStar.





  



Sharul mendirikan rumah tangga dengan seorang pegawai perhubungan awam sebuah syarikat rakaman iaitu Raihan Amilin pada 1 Januari lalu.



Sementara itu bercakap tentang kerjaya dalam bidang muzik, Sharul menepis dakwaan dia kurang aktif disebabkan lagunya kurang mendapat sambutan peminat.



Percaya kepada bakat sendiri, Sharul yakin suatu hari nanti namanya akan lebih dikenali menerusi karya-karya berkualiti.









“Ramai yang kata saya hilang dalam industri. Sedangkan saya masih aktif terlibat dalam program hiburan serta menghasilkan lagu-lagu untuk orang lain selain diri sendiri.



“Nak mencapai tahap komersial dan sedap di telinga pendengar bukan mudah. Sebab itu saya masih mencari resepi supaya lagu dihasilkan boleh mendapat sambutan baik.



“Saya hidup selama ini dalam bidang muzik dan saya akan teruskan. Ini adalah bakat yang saya miliki dan satu hari nanti pasti orang akan kenal nama Sharul Kamal,” ujarnya.





  



Pernah melalui pasang surut dalam industri seni tidak membuatkan Sharul berputus asa kerana baginya jalan dipilih ini sudah diatur dengan baik untuk dia terus berjuang.



Meskipun lagunya kurang mendapat sambutan pendengar, Sharul masih bertahan kerana minat mendalam sebagai anak seni.





  



“Saya tidak pernah putus asa sebab minat yang mendalam. Kemudian Allah pertamukan saya dengan isteri yang juga terlibat dalam dunia seni. Jadi jalan itu sudah diatur dengan baik. Percayalah pada rezeki ini.



“Kalau lagu saya tak capai 100,000 view pun saya tidak kisah. Saya akan terus buat lagu baru dan terpulang kepada pendengar untuk menilai,” jelasnya. -CARI



Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
muka dia sebijik macam Jim Carrey
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 11:39 AM | Show all posts
Kalau rupa macam gini pelakon pompuan mahupun mekap artis ponen pun tak hegeh nak rapat ngan kau dik...tambah pulak jenis feeling-feeling masuk industri cover-coverline acah tak nak bersosial bagai...berlakon acah method & deep....hujung-hujung tak laku salahkan pelakon yang ada rupa, pakej & mesra... yihh..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Who?????????
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau cari image consultant dulu...baru datang balik sembang dunia hiburan.

Kalau tak, cari kerja lain..kerja tetap..sebelum timbul cerita isteri bela biawak hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia berlakon cite apa
Igtkan zack x factor si capik tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2022 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Acah acah padahal tak laku
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 12:35 PM | Show all posts
Oh patut dulu jadi hero sekarang jadi watak sampingan je. Alaaaahai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 01:18 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 25-10-2022 11:39 AM
Kalau rupa macam gini pelakon pompuan mahupun mekap artis ponen pun tak hegeh nak rapat ngan kau dik ...

SETUJUUUUU!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 01:27 PM | Show all posts
Sayang lah dia ni...
Dia hensem sbnrnya tapi mcm selekeh, x ada yg groom
Tengok bini pun....hmmm...alahai....wpun PA syarikat rakaman
Suara dia sedap tapi tu lah...tak laku pulak
Pak Arab pun suka suara dia masa viral YT dia azan kat Turki ke mana ntah
Lagu dia yg tajuk "Maaf" tu iols suka
Ala2 Akim pun ada rupa dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 01:33 PM | Show all posts
muka dia mcm ude laki jering
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
lah dah kawen ke budak ni? ok je dia berlakon jadi fuckboy dgn si wafarina 7 hari mencintaimu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet replied at 25-10-2022 01:27 PM
Sayang lah dia ni...
Dia hensem sbnrnya tapi mcm selekeh, x ada yg groom
Tengok bini pun....hmmm...a ...

Iyer..dia smart..tak sesuai berambut panjang..
Berlakon pun x la kayu nau..lontaran suara pun ok..nyanyian pun vokal sedap la didengar...
Yg masa dia dminta Azan tu mmg merdu...
Dia kalau berlakon adik beradik dgn Hafidz Rosli ngam Akim sesuai..sb muka seakan je..
Cuma bintang tu x menyinar..tapi ok la..syarat lakonan x bersentuhan..blh je diperlbagaikan wataknya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
hei..hei..hei..heiii..siapa awk?siapa kamuu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 01:46 PM | Show all posts
Ada rupa, cuma x groom heols ni. Takde team jaga ke? Boleh je market heols ni. Jadi pengacara travel pon best.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 02:12 PM | Show all posts
dia bkn vokalis band kelaut tu ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi, dia berlakon kisah seram hospital ke apa nama yg ada fattah amin kat hospital patah kaki tu, best.. bila jadi hantu memang rasa seriau tengok mimik muka dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 02:31 PM | Show all posts
dia blakon best.. nyanyi pn best.. cuma rezki dia belum begitu dikenali.. aku harap dia tima jer tawaran blakon.. hrp2 dpt tgk muka dia kt drama series kul 7..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Yela pastu bila tak bagi mkn bini dia pulak tinggalkan kau
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 03:35 PM | Show all posts
Sory tak kenai
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.362774 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list