View: 2964|Reply: 44
|
5 Jam Terkandas Dalam Traffic Jam, Wanita Singapura Nak Masuk Malaysia Jalan Kaki 2KM Cari Tempat Kencing
[Copy link]
|
|
Cuti hujung minggu yang panjang sempena perayaan Deepavali menyebabkan kesesakan trafik di seluruh negara termasuk antara Johor dan Singapura.
Di selatan tanah air, difahamkan kesesakan berlaku di arah Singapura dan Johor menerusi Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).
Tular mengenai seorang wanita berkongsi pengalaman 'terperangkap' dalam kesesakan dekat pusat pemeriksaan di Tuas untuk masuk ke Malaysia.
 5 Jam Terperangkap Dalam Traffic Jam, Wanita Singapura Nak Masuk Malaysia Jalan 2km Cari Tempat Kencing
Dek kerana menunggu terlalu lama, dia berdepan situasi 'kecemasan' iaitu mahu membuang air kecil.
Namun gara-gara keinginannya untuk masuk ke Malaysia, wanita berkenaan sanggup berjalan kaki sejauh dua kilometer (km) untuk kencing.
"Berjalan kaki dari Tuas menghubungkan Malaysia yang sesak kira-kira 2km sebab saya nak buang air kecil," tulisnya menerusi satu video TikTok yang tular.
Menerusi video berdurasi 9 saat itu, menunjukkan dia berjalan di tepi laluan yang menyaksikan kesesakan kenderaan yang begitu panjang.
Dalam keterangan video, dia turut mendakwa terpaksa berjalan jauh untuk membuang air kecil kerana tidak dibenarkan untuk menggunakan kemudahan tandas.
Bagaimanapun, dia tidak menyatakan secara jelas di mana dia berhenti untuk membuang air kecil, termasuk lokasi kemudahan tandas yang dinyatakan.
Dakwanya lagi, terdapat beberapa pengguna jalan raya lain turut mahu membuang air kecil.
"Ada orang yang bertindak agresif pecahkan pintu tandas dan semua orang mula nak buang air kecil. Kami 'terkandas' dalam traffic jammed selama lima jam," katanya lagi.
Perkongsian tersebut yang meraih 106,000 tontonan di TikTok menimbulkan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.
Rata-rata mereka memberikan cadangan yang melucukan untuk menghadapi situasi tersebut.
"Bawalah beg plastik lain kali. Pasang langsir dalam kereta.
"Lain kali letak baldi dalam kereta anda.
"Gunalah kawasan semak. Sila guna lampin dewasa.
"Saya fikir boleh jual beg 'air kencing', pasti boleh buat duit," demikian antara komen netizen.
Dalam pada itu, seorang netizen mempersoalkan mengapa wanita itu masih mahu ke Malaysia meskipun berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang teruk.
Bagaimanapun berdasarkan jawapan balas di ruangan komen, wanita itu menyifatkan ia satu perjalanan yang berbaloi.
"(Yes, worth the jam but a day to remember). Benar, berbaloi (menempuh) traffic jam, tetapi ia adalah hari yang tidak dapat dilupakan," kata wanita itu secara ringkas. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Bikin jamban tengah sempadan x boleh ka, portable jamban |
|
|
|
|
|
|
|
eleh dalam MRT boleh je selamba kencing atas lantai. ni masuk sempadan Malaysia pandai lak cari tandas. |
|
|
|
|
|
|
|
Diorg masuk malaysia mcm binatang masing2zz |
|
|
|
|
|
|
|
Ya tuhan...rosak buah pinggang ko.kak,tahan kencing...kalau aku..kencing dlm plastik bag .. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon byk kali kena tahan kencing 4-5jam sebab woodland jammed nak mati dari sg ke jb. ahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Korang semua ni kenapa ye bebal sangat nak jalan-jalan makan angin masa public holiday macam ni? Kan dah tahu jalan akan sesak jem namati, masa ni lah masa aman untuk rilek-rilek dekat rumah. Nak jalan-jalan pun, jangan pergi tempat tumpuan ramai orang, buang masa je nanti yang dapat. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah jalan kaki dr woodland ke ciq jb. pengsan ooooo |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali sediakan botol dan baldi... |
|
|
|
|
|
|
|
Tp 2km bagi aku xde la jauh mana
Cuma kalau pakai high heels tu mmg xselesa lah |
|
|
|
|
|
|
|
benda boleh agak. awal2 buat la persiapan............. |
|
|
|
|
|
|
|
Alah macam tak biasa kencing tepi jalan |
|
|
|
|
|
|
|
pekanwoohoo replied at 25-10-2022 10:18 AM
Korang semua ni kenapa ye bebal sangat nak jalan-jalan makan angin masa public holiday macam ni? Kan ...
Dr muda sampai ketua mmg jalan time cuti bukan pilihan family aku
Semakkkkk weyyyyh
Org kerja kami pi cuti ya
Camner la sanggup redah jam berjam2 dgn anak kecik dgn ntah nak terberak terkencing belum keta buat prob anak buat hal
Feninnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
bila musim cuti banyak stesyen minyak tutup pintu toilet sebab civic xde dah buang air tak nak bersihkan benda basic jirus flush.
|
|
|
|
|
|
|
|
drp hal spt ini..sapa2..'inventor' kt luar sana..boleh la 'cipta' tandas mudah alih' boleh letak kt boot keta...mana tau perut memulas..kalo jd cam kes ni...kencing bg lelaki..xde hal sgt..boleh jer letak..' anu dlm botol'..pompuan..aku belum 'bayangkan lg'( ). |
|
|
|
|
|
|
|
those yang dh biasa tour mall2 mcm Sunway Pyramid or One Utama, 2km is nothing..
cuma tu lah, berjalan 2km dlm mall and 2km bawah terik matahari, of course would be diff.
berlecak ketiak wehh... |
|
|
|
|
|
|
|
Skang byk je jual utk outdoor emergency urinate bag yg portable..aku beli letak dlm keta in case anak² aku dah x tahan sgt nak terkencing.. |
|
|
|
|
|
|
|
DayangKirana replied at 25-10-2022 12:05 PM
those yang dh biasa tour mall2 mcm Sunway Pyramid or One Utama, 2km is nothing..
cuma tu lah, berjal ...
Teringat sunway teringat Gordon Ramsey.... |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 25-10-2022 11:59 AM
drp hal spt ini..sapa2..'inventor' kt luar sana..boleh la 'cipta' tandas mudah alih' boleh letak kt ...
Da ade dah.. google je female urination device.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|