CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 918|Reply: 14

'Topi Antipenipuan' Elak Penuntut Meniru Ketika Peperiksaan

[Copy link]
Post time 24-10-2022 05:18 PM | Show all posts |Read mode
Imej penuntut memakai 'topi antipenipuan' ketika peperiksaan kolej menjadi tular di media sosial di Filipina, dan mencetuskan pelbagai perdebatan.


BBC melaporkan, penuntut di sebuah kolej di Bandar Legazpi diminta memakai penutup kepala yang menghalang mereka daripada mengintip kertas jawapan orang lain.




PENUNTUT memakai ‘topi antipenipuan’ ketika peperiksaan kolej. FOTO Facebook





Ramai yang bertindak balas dengan mencipta alat buatan sendiri daripada kadbod, kotak telur dan bahan kitar semula yang lain.


Tutor mereka memberitahu BBC, dia mencari "cara yang menyeronokkan" untuk memastikan 'integriti dan kejujuran' dalam kelasnya.


Mary Joy Mandane-Ortiz, seorang profesor kejuruteraan mekanikal di Kolej Kejuruteraan Universiti Bicol berkata, idea itu sangat berkesan.




FOTO Facebook




Ia dilaksanakan untuk peperiksaan pertengahan penggal, baru-baru ini, yang diduduki oleh ratusan penuntut kolej itu pada minggu ketiga Oktober.


Prof Mandane-Ortiz berkata, permintaan awalnya ialah supaya semua penuntut membuat 'reka bentuk mudah' daripada kertas.


Beliau mendapat ilham penggunaan teknik itu yang dilaporkan digunakan di Thailand beberapa tahun sebelum ini.


Pada 2013, satu imej menjadi tular menunjukkan penuntut universiti di Bangkok mengambil kertas ujian sambil memakai helaian kertas yang dilekatkan pada kedua-dua belah kepala mereka.




FOTO Facebook




Ada antara penuntut memakai topi, topi keledar atau topeng Halloween untuk memenuhi hasrat itu.


Hantaran Facebook profesor itu yang menunjukkan anak-anak muda memakai ciptaan mereka yang rumit menarik liputan media Filipina.


Ia dilaporkan memberi inspirasi kepada sekolah dan universiti lain untuk menggalakkan pelajar untuk menggunakan kaedah sama bagi mengelak amalan meniru.


Prof Mandane-Ortiz berkata, penuntut menunjukkan prestasi yang lebih baik tahun ini kerana didorong oleh syarat peperiksaan yang ketat untuk belajar lebih gigih.


Ramai daripada mereka menamatkan ujian lebih awal dan tiada siapa yang ditangkap menipu tahun ini.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2022 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha menarik
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 08:37 PM | Show all posts
sel2 otak kaka xberkembang kalau nampak orang lain cmni .
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnye.. diorg boleh je taip formula kat topeng or helmet etc..
N satu lg bila masa org meniru tgk jawapan kat muka orang sebelah.. kat kertas jawapan lah..
Clearly still boleh tgk kerjas jawapan free2 je..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Den sek ren pernah kene tangkap ngan cikgu..Lps Tu trs serik..xbuat dah..

Tp bkn den yg meniru pun..konon Kwn..Kwn taiK kambing..die yg paksa2 den BG jawapan..bila kene tangkap, kata den Tiru die.. bengong.. kehkehkeh Nama pun Ada Ain..mmg spesis Ain jahat sm dgn Ain yg ditakuti jah rider sekeluarga...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbatuk-batuk Topi Nasik dibuatnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2022 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh nau ke sampai nak meniru bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko tengok la poromer ni.

Benda for fun gini pun korang nak kutuk2 tak puas hati like bradaaaah sistaaahhh teruk sangat ka hidoppp korang hooiiii cikgu ni saja je soh students dia be creative create topi anti theft ni for fun poromer bitter kehidupan oiiiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2022 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 24-10-2022 10:39 PM
Ko tengok la poromer ni.

Benda for fun gini pun korang nak kutuk2 tak puas hati like bradaaaah sist ...

Itulah sister. Torkojut akak dah kenapa semua komen macam dunia dah nak kiamat lagi 3 jam kekdahnya sister. Tersenyum sinis akak sis.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam-macam hal laaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la korang salah faham. Penyampaian Harian Metro selayaknya diludah persis Noh ludah audiens.

Nah baca sini lagik jelas ceritanya. Aiol baca sini dulu baru baca di porom so aiol takda rasa hapa2 yang negatif.

https://says.com/my/fun/students ... -in-the-philippines
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 24-10-2022 02:47 PM
Itulah sister. Torkojut akak dah kenapa semua komen macam dunia dah nak kiamat lagi 3 jam kekdahny ...

Ntahnya sister umat Cari ni dah lupa gimana mahu jadik light hearted hidup sebab terlalu stress dengan dunia realiti ka gimana ini sistaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali baca ingatkan topi nasik [em:3:]
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 03:57 AM | Show all posts
hahaha, kreatif betul  

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 08:39 AM | Show all posts
hahah..yang pakai paperbag tu, sure berkuap wehhh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.053166 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list