CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 413|Reply: 0

Ada Peniaga Simpan Barang Sempena PRU15, Musim Tengkujuh - Annuar Musa

[Copy link]
Post time 23-10-2022 10:01 PM | Show all posts |Read mode
Pasukan Jihad Tangani Inflasi menerima aduan ada peniaga mengambil kesempatan menyimpan bekalan bagi meraih keuntungan berikutan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya.




IG Annuar




"Satu mesyuarat akan diadakan Selasa ini bagi mendengar maklum balas daripada pihak penguatkuasa termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).


"Saya mengingatkan sama ada pihak pemborong, pengedar dan peniaga supaya tidak membuat tindakan menyimpan barang berkenaan semata-mata untuk meraih keuntungan berlebihan," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 212 keluarga di Parlimen Ketereh, yang kediaman mereka rosak akibat ribut baru-baru ini, di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata semua pihak diminta tidak menyimpan barang kerana tindakan itu boleh membebankan rakyat setelah barang berkurangan dan harga pula meningkat.


"Tindakan sedemikian adalah tidak baik kerana bukan sahaja susahkan orang ramai... tindakan mengambil keuntungan berlebihan juga bukan sifat yang mulia," katanya.


Penyandang kerusi Parlimen Ketereh itu turut menggesa peniaga supaya tidak menaikkan harga barang susulan PRU15 dan musim tengkujuh.


"Selain faktor PRU15, ada kemungkinan peniaga menyimpan barang sempena musim tengkujuh dan sekiranya mereka menyimpan barang kawalan, ia menjadi satu kesalahan dan boleh diambil tindakan mengikut akta tertentu," katanya.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.060373 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list