MOSCOW – Sebuah syarikat di Russia menawarkan khidmat kepada pelanggan untuk mengambil bahagian dalam acara ‘pengebumian’ mereka sendiri dan merasai pengalaman dikebumikan hidup-hidup dengan bayaran AS$57,000 (RM270,066), lapor akhbar New York Post.
Pengasas syarikat tersebut, Yakaterina Preobrazhenskaya mengumumkan tawaran itu awal minggu ini untuk membantu para pelanggannya menzahirkan ‘kebolehan psikik’ bagi menangani ‘ketakutan dan kebimbangan’ selepas pengebumian.
Foto: Getty Images
Ketika berkongsi mengenai tawaran itu dalam satu hantaran di Instagram, Preobrazhenskaya menyifatkan ia sebagai satu ‘simbol sebenar dengan berjuang untuk diri sendiri dan masa depan yang bahagia’.
Dua pakej telah ditawarkan kepada pelanggan termasuk ‘pengebumian online’ yang berharga AS$15,000 (RM71,070) sebagai ‘terapi tekanan untuk ketakutan dan kebimbangan’, dan ‘pengebumian penuh’ dengan menguburkan pelanggan sehingga satu jam.
Bagi pelanggan yang membiayai pakej ‘pengebumian penuh’, mereka turut disertakan dengan upacara keagamaan menyeluruh dan ‘kebangkitan semula’ yang sepatutnya memperbaharui ‘keinginan mereka untuk hidup’. – CARI
bagus jugak sebenarnya. Dia marketing sebagai satu bentuk terapi. tapi apa ker mahal sangat.. kalau ada syarikat laing tawar harga satu perlima dari harga mahal tu tentu kalah
di negara sebelah pun ada acara dikubur hidup-hidup dan terus bagi ceramah dari alam kubur dengan menggunakan mikrofon yang bersambung ke alam manusia.. GUS IDRIS DI KUBUR HIDUP HIDUP & DAKWAH DARI ALAM KUBUR