CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6165|Reply: 96

Ditendang Di Perut, Seluar Dilondeh- Anak Perempuan Dibuli Di Tadika Islamik, Ibu Nak Lapor Polis

[Copy link]
Post time 23-10-2022 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Masalah buli di sekolah bagaikan tiada penghujungnya.


Malah dalam sesetengah kes, ia boleh menjejaskan masa depan mangsa kerana trauma untuk ke sekolah.


Begitulah yang terjadi kepada kanak-kanak bernama Ayra yang didakwa menjadi mangsa buli di sebuah sekolah di Seri Kembangan, Selangor.


Dakwaan itu dibuat ibunya, Intan menerusi satu perkongsian di Instagram.




Foto: IG




“Anak perempuan saya, Ayra menghadiri sebuah tadika berteraskan Islamik sejak pertengahan tahun.


“Sejak menyertai sekolah tu, Ayra menjadi mangsa buli. Setiap hari dia menangis dan enggan pergi ke sekolah kerana takut.


“Sudah beberapa kali Ayra memberitahu dia ditendang di perut, dan seluarnya ditarik ke bawah hingga mendedahkan bahagian belakangnya untuk tatapan seluruh kelas,” tulisnya dalam hantaran tersebut.


Menurut Intan lagi, dia pernah membuat aduan kepada guru kelas anaknya selain bercakap sendiri dengan penjaga kanak-kanak yang membuli namun tiada sebarang tindakan diambil.


Malah permintaannya untuk bersemuka dengan ibu bapa kanak-kanak terbabit tidak dilayan.








“Alasan terbaik yang mereka boleh berikan kepada saya ialah perkara itu sudah dimaklumkan kepada ibu bapa kanak-kanak terbabit serta melaporkan perkara itu kepada ibu pejabat.


"Secara jujurnya tidak ada gunanya kerana anak saya terus menjadi mangsa," katanya.


Namun ujar Intan kesabarannya sudah sampai kemuncak apabila mendapati kesan lebam pada wajah anaknya selepas dia pulang dari sekolah.


“Hari ini adalah yang terakhir. Ayra pulang dengan kesan lebam berwarna ungu di muka. Sebelum itu gurunya menghantar mesej kepada saya mengatakan dia ditolak oleh pembuli sama dan jatuh ketika bermain bersama.


“Katanya dia telah meletakkan ais (pada bahagian lebam) dan dalam mesejnya dia seumpama mengambil ringan mengenai kecederaan itu,” ujarnya lagi.


Susulan itu si ibu menyatakan dia akan membuat laporan polis mengenai kes buli berkenaan.


“Saya akan membuat laporan polis mengenai perkara ini dan saya menggesa anda untuk berkongsi perkara ini supaya kita sebagai ibu bapa menyedari apa yang anak-anak kita lakukan atau hadapi di sekolah.


“Ayra baru enam tahun, begitu juga dengan kanak-kanak yang melakukan buki ini kepadanya. Apakah jenis masyarakat yang kita nak didik jika kanak-kanak berumur enam tahun bertindak ganas terhadap rakan sekelas mereka sehingga trauma.


“Saya menggesa anda untuk membantu berkongsi perkara ini dan mungkin pihak sekolah akan mengambil tindakan positif terhadap kes buli,” ujar si ibu lagi.


Hantaran tersebut menjadi tular di media sosial apabila dikongsikan oleh Intan sehingga meraih lebih 13,000 tanda suka dan dipenuhi hampir 400 komen.


Rata-rata warga maya turut bersetuju dengan tindakan Intan untuk meneruskan dengan laporan polis demi membela nasib anaknya.


“Kasihan saya mendengarnya. Sila teruskan dengan laporan polis supaya sekolah sekurang-kurangnya memberi perhatian yang lebih kepada isu pembuli.


“Geram sungguh dengan parents kepada pembuli ni. Buli bermula dari rumah. Kasihan betul apabila anak-anak membesar jadi pembuli ni.


“Dedahkan nama sekolah tu dan buat laporan polis,” komen beberapa netizen mengenai hantaran berkenaan. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2022 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Panasnya hati baca...dah la tadika islam...cikgu buat apa agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tukar la sekolah lain jd cikgu pun byk hati nak kena jaga bukan kte sorg bayar yuran
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 23-10-2022 03:19 PM
Panasnya hati baca...dah la tadika islam...cikgu buat apa agaknya

Akak tak terkejut jadi kat tadika islam sis. Maaf akak jujur jah sis.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
member i antar tadika islam kena dera plk..aduii
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 23-10-2022 03:49 PM
Akak tak terkejut jadi kat tadika islam sis. Maaf akak jujur jah sis.

Sis ingat kat oberC...rupanya Malaysia kak pooh....teruknya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2022 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak ayra ni tak jumpa ke pembuli anaknya...baru 6 thn dah membuli kawan. Dik mak ayah kau ahli tinju ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 05:54 PM | Show all posts
Bagusla lapor polis biar pihak yg acuh x acuh tu pening nak jawab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2022 06:03 PM | Show all posts
Bila mengadu , jwpn standard ' Ala..biasalah budak2 bergurau,..."
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
memang pantas la liberalis mengutuk tengok nama tadika islamic.ni masalah pembuli bukan masalah cikgu.bukan cikgu yang dera budak tu.sekolah mana pun tetap ada pembuli
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 07:32 PM | Show all posts
Report polis muncul laa nanti makpak pembuli tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 08:57 PM | Show all posts
report jerr pulis kalau dah tahap membuli gini
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
nikola.tesla replied at 23-10-2022 06:48 PM
memang pantas la liberalis mengutuk tengok nama tadika islamic.ni masalah pembuli bukan masalah cikg ...

yup, mana2 sekolah pn ada pbuli. g pindahkan pun x menjamin keamanan. kang kt sek baru ada pbuli jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 09:09 PM | Show all posts
Drpd awal tahun
Lamanya dibiarkan anak kena buli
Black n white takdak ka?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
anakmak replied at 23-10-2022 09:09 PM
Drpd awal tahun
Lamanya dibiarkan anak kena buli
Black n white takdak ka?

Masuk bkn awal tahun..tapi pertengahan tahun...
1. Cikgu kena ambik tindakan..I form management kalau x berkesan...
Tapi kalau semua x Jalan..Saya sokong je Puan tu report and ask for CCTV footage..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 09:17 PM | Show all posts
budak2 yang masih kecil ni sepatutnya ibu sendiri yang asuh dan jaga

sistem kapitalis yang menyebabkan ibu2 terpaksa bekerja dan anak dijaga orang lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2022 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadika apa ni.. Tadika baju hijau ke.. Cikgu buat apa.. Anak aku dulu tadika, balik sekolah je aku tanya apa buat kat sekolah.. Kalo ada budak buli aku gitau cikgu biar cikgu tegur marahkan bagi nasihat.. Kalo tak siap ko aku tgu depan pagar. Tapi takat ni takda apa2 ler semua ok je
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Fly_over replied at 23-10-2022 09:05 PM
yup, mana2 sekolah pn ada pbuli. g pindahkan pun x menjamin keamanan. kang kt sek baru ada pbuli j ...

betul.buli ni kalau tak buli guna tangan,dia buli guna mulut dia.entah apa la yang dia makan dekat rumah sampai suka buli orang
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 09:33 PM | Show all posts
tadika Islam ke tak , budak budak semua sama perangai

ada yg baik, ada yg nakal nauzubillah

cikgu kena garang kalau deal dgn pembuli

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 09:33 PM | Show all posts
azab

kecil-kecil dah jadi bangsat

kena pula  hire gang   mengaji mesir balik xde kerja jaid cikgu

kadang tu xsuka kerja dengan budak dahh terpaksa kebulur duit sesen dua kena juga tadahhh diri kerja dengan atdika , taska semua

tadika nama mcm universiit timur tengah juga lahhhh ,,,, dulu pun pernah mak bapak   adu , anak-anak  bercakaran sehingga luka ,koyak baju , cikgu tengok mcm   sekelumit punn xpeduli

pakai lebai , pakai tudung labuh tapi   bangsat dalaman

Islam ni penuh kaish-sayang  kalau dahh imej sahaja melebih makna kata semua yg ko pamerkan hanay hipokrit sahajalah!!

mak bapak bayar utk ko jaga dan didik anak-anak mereka dengan rasa percaya tp ko hanya kebulur duit  dan buat business atdika dan taska sahaja

bangsta ternazak

NERAKA KIRIM SALAM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.055625 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list