CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6036|Reply: 86

Tauke Burger 'Sentap',-Ramai Mengata Nama Syukor Burger 'Kampung', Tak Komersial

[Copy link]
Post time 23-10-2022 01:25 PM | Show all posts |Read mode
Usahawan terkenal Syukor Majid ‘sentap’ apabila ada pengguna di TikTok mendakwa nama jenama Syukor Burger tidak komersial dan perlu ditukarkan.


Untuk rekod, jenama Syukor Burger itu pernah mencipta fenomena dengan catatan cemerlang jualan burger sebanyak sejuta biji pada Ogos tahun lalu.


Tidak melenting dengan komen pedas tersebut, Syukor yang terkenal dengan komen-komen berbaur jenaka itu dilihat tidak mengambil hati malah sempat berkongsi tangkap layar komen itu di Facebook dan bertanya kembali apakah nama Syukor Burger itu terlalu kolot.




Foto: Kosmo




“Abang belum ‘move on’ lagi dengan budak sekolah semalam ni sorang lagi kat Tiktok dia suruh bagi nama yang lebih komersial pulak.


Ape kampung hulu sangat ke nama Syukor ni. Kang abang letak nama Dwayne The Rock Johnson Burger baru depa tau,” selorohnya.


Sebelum itu difahamkan, Syukor tutut menerima reaksi sama daripada pelajar sekolah yang ditemui ketika mengadakan lawatan tapak di kafe miliknya yang bakal beroperasi tidak lama lagi.


Pelajar itu bertanya, adakah restoran Syukor Burger yang terletak di sebelah kafe itu juga miliknya lalu dia mengiyakan namun respon yang diterima kembali agak melucukan.


“Petang tadi ada budak-budak sekolah singgah sini tanya bila nak bukak. Dia orang ingat abang kontraktor agaknya. Abang cakap sebulan dua siaplah.


“Dia orang tanya kenapa letak nama Syukor Coffee. Abang cakap sebab owner dia nama Syukor.


“Tau sorang budak tu cakap apa? ‘Apalah beriya sangat letak nama sendiri. Macam tak ada nama lain nak letak’. Abang dah aim muka budak tu, kau tunggu dik.


Perkongsian Syukor itu dilihat berjaya mengubah komen menjengkelkan bertukar menjadi aura positif sekaligus menghiburkan netizen yang teruja berkongsi pendapat masing-masing.


“Sebenarnya saya pun dah lama nak tanya soalan tu bang. Kenapa beria sangat,” usik Saifuddin Ilyas.


“Saya cadangkan masa acara potong reben kedai baru nanti abang jemput dia sekali. Minta dia tolong pegang dulang dengan gunting nak potong reben,” komen Nurul Ain.


“Kalau budak tu baca status Abang Uko ni tak tido malam kau dik. Siap la kau,” ujar Mohamad Helmi pula. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2022 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejuta jibik, wow!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko gaduh dgn budak tiktok darjah 4 ke apa atau budak umur 14 tahun ....

Dgn budak pun ko nk sentap
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 01:42 PM | Show all posts
Reporter yg sengaja tambah Ajinomoto ke...?...nak sedapkan cerita kata org sentap...padahal takda apa2 pun...that guy yg setakat aku baca artikel dia nampak positif orgnya...berniaga bukan scam mcm produk timbang kilo...betulkan kalau aku salah
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahap kampung bukan pada nama,tapi pada berapa byk sos yang dituang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 23-10-2022 01:45 PM
Tahap kampung bukan pada nama,tapi pada berapa byk sos yang dituang.

Kohkohkohkohkohkohkohkoh i see what you did there sister.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2022 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Hambar nya lawak. Tapi teringin plak cuba burgernya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 01:49 PM | Show all posts
ultra78 replied at 23-10-2022 01:45 PM
Tahap kampung bukan pada nama,tapi pada berapa byk sos yang dituang.

Aku selalu kalau beli mntak kurang sos....dlm kurang tu pun dah nak mcm banjir...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2022 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Free publicity...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 01:59 PM | Show all posts
Ngan bdk sekolah pun nk cari pasal,apoooo.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 02:05 PM | Show all posts
ultra78 replied at 23-10-2022 01:45 PM
Tahap kampung bukan pada nama,tapi pada berapa byk sos yang dituang.

iya setujukkkkk

sebab tu iols suka mkn burger mcd, kfc sebab takdak sos dalam tu

kalau burger tepi jalan kena cakap sos sikit jahhh
tapi tetap lah meleleh2 geli nak makan
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pnh beli skali, first and last...daging burger tak betul2 masak, mentah di tgh2...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Letak nama Syuk Burger lah

Tadi pagi ada nampak tiktok dia bagi kereta sport warna hijau kat pekerja dia. Betul ke tu pekerja dia (takde kaitan saudara apa langsung)?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Oo mamat ni yg bini dia drive mustang sampai masuk longkang ke apatah
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Parit.Hilton replied at 23-10-2022 02:05 PM
iya setujukkkkk

sebab tu iols suka mkn burger mcd, kfc sebab takdak sos dalam tu

sama mcm anak iols sbb dia xmkn sos cili&tomato.
pastu kdg2 mintak tartar & mustard sos.
hamboiiii sgt fefeling matsaleh masuk kg, blk rumah buat sendiri la.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 23-10-2022 01:33 PM
Ko gaduh dgn budak tiktok darjah 4 ke apa atau budak umur 14 tahun ....

Dgn budak pun ko nk sentap  ...

Tah betui ke idok tu...kdg saja nk buat content bodo kat tiktok bagi org selalu nmpk n ingat kat dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2022 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Parit.Hilton replied at 23-10-2022 02:05 PM
iya setujukkkkk

sebab tu iols suka mkn burger mcd, kfc sebab takdak sos dalam tu

Iols masa mudamudi dulu mmg manjang makan burger mekdi je sbb tak suka sos penuh mcm banjir. Paling suka beef burger tu wpun penyet mcm kena pijak tp sedap dgn pickles.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 23-10-2022 02:52 PM
Letak nama Syuk Burger lah

Tadi pagi ada nampak tiktok dia bagi kereta sport warna hijau kat pek ...

Tu bini dia sis

Dulu dia viral bini tu drive ferrari masuk longkang
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 23-10-2022 03:12 PM
Tah betui ke idok tu...kdg saja nk buat content bodo kat tiktok bagi org selalu nmpk n ingat kat d ...


Mungkin juga...mendala asyik tiktok yg wartawan ambil jadikan berita
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 03:42 PM | Show all posts
maybe content, tapi kalau tak, mujur haji mydin tak jumpa orang mcm ni masa dia bukak kedai dulu or mungkin ada, tapi dia jentik tepi je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.052419 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list