CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3697|Reply: 32

Ramai Pelik Air Zam Zam Dah Tak Payau Macam Dulu, Wanita Malaysia Tinggal Di Makkah 12 Tahun Jelaskan

[Copy link]
Post time 23-10-2022 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Bagi jemaah yang menunaikan ibadah umrah atau haji di Tanah Suci, 'buah tangan' wajib yang dibawa pulang ke Malaysia sudah tentunya air zam-zam.


Air zam zam merupakan penghulu bagi segala air dan sebaik-baik air di atas muka bumi ini.


Tidak pernah putus-putus mengalir, jemaah dapat menikmati air zam zam secara percuma pada bila-bila masa kerana ia ditempatkan di segenap pelosok dan ruang di dalam Masjidilharam di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.


Pasti ramai yang berbisik di dalam hati, bertuahnya rakyat dan penduduk yang tinggal di Tanah Suci kerana boleh menikmati air zam-zam tanpa had.


Foto: via mStar






Mungkin juga ada yang beranggapan, mereka mengambil air zam-zam di masjid seperti yang dilakukan oleh jemaah haji dan umrah.


Namun begitu, menerusi perkongsian di TikTok, seorang rakyat Malaysia yang menetap di Makkah berkongsi cara bagaimana rakyat dan penduduk di negara tersebut mendapatkan air zam-zam.


Menurut Masnira Ramli yang sudah hampir 12 tahun menetap di Makkah, bagi semua kegunaan peribadi, mereka yang menetap di negara berkenaan perlu membeli air zam-zam di kilang yang terletak di Kudai, Makkah.


Dalam video berdurasi 2.30 minit itu, Masnira berkongsi beberapa langkah untuk membuat pembelian air zam-zam secara layan diri (self service).


"Mula-mula masukkan nombor pengenalan diri (ID) kerana hanya mereka yang menetap di Makkah dan rakyat Arab Saudi sahaja yang boleh membeli air zam-zam dekat sini.


"Apabila sudah memasukkan nombor ID, pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Selepas membuat pembayaran, bawa resit pembayaran ke tempat pengambilan air zam-zam.


"Kemudian ambil troli terlebih dahulu sebab bilangan botol air zam-zam mengikut isi rumah. Apabila dah scan resit, air zam-zam akan keluar dari tempat khas. Canggih dan mudah, kan?," kongsinya.


Tambah Masnira yang juga seorang penulis buku, suaminya telah mendaftarkan lima orang isi rumah, justeru untuk sekali pembelian, mereka boleh membeli sebanyak 20 botol air zam-zam.


Dalam video yang sama, Masnira turut menjawab soalan yang dilontarkan netizen mengenai rasa air zam zam ketika ini yang dikatakan berlainan berbanding dahulu.


"Kalau ingat masa dulu, mak atau nenek pergi umrah, bila mereka suruh minum air zam-zam, kita tak nak sebab rasanya tak sedap. Rasanya payau macam minum air yang direct dari telaga.


"Sebenarnya, air zam zam sekarang telah disuling terlebih dahulu dan ditapis di kilang khas yang ada dekat Masjidilharam.


"Kemudian dibahagi kepada tiga bahagian iaitu pertama untuk kegunaan jemaah di Masjidilharam; kedua dipam terus ke kilang di Kudai dan dibotolkan untuk kegunaan rakyat tempatan serta yang menetap di Arab Saudi; ketiga ia dipam terus ke dalam lori untuk dibawa ke Madinah.


"Jangan minta saya belikan dan pos, sebab tak boleh... salah di sisi undang-undang untuk jual air zam-zam atau pos ke negara lain," terangnya.


Sehingga kini, video berkenaan meraih sehingga melebihi 960,000 jumlah tontonan selain dibanjiri ribuan komen netizen.


"Baru tahu! Patutlah baru-baru ni masa buat umrah, minum air zam-zam tak payau macam dulu.


"Selama ini saya ingat orang yang duduk di Makkah, paip rumah mereka keluar air zam-zam. Salah sangkaan saya.


"Rindunya bila tengok video ni. Banyakkan berkongsi video di Tanah Suci ya," demikian antara komen netizen.


Selain cara pembelian air zam-zam, Masnira juga tidak lokek membuat perkongsian di laman sosialnya mengenai pengalaman menetap di Makkah dan pelbagai tip bermanfaat, khususnya buat mereka yang mahu menziarahi Tanah Suci. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2022 01:44 PM | Show all posts
semua air underground, air telaga, perigi, air mata air dikategorikan hard water and mmg rasa payau2 tak limit pada air zam zam sahaja. rasa payau ni sebab kandungan mineral dlm tu tinggi - calcium / magnesium carbonate atau dlm bahasa melayu nya batu kapur. makin tinggi kapur makin payau
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 23-10-2022 01:44 PM
semua air underground, air telaga, perigi, air mata air dikategorikan hard water and mmg rasa payau2 ...

Terima kasih atas penerangan blackbird. Masa kecik, meols igt meols sorg je yg rasa x sedap air zam2...tapi tak berani la bgtaw sapa2 takut kene cop bdn byk setan
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Air badak pon meols susah nak telan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Desalination air laut, memang lah takkan sedap

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Goodluckdontcry at 23-10-2022 02:19 PM

Tp den Dr dulu suka minum..org lain xsuka..LG bgs SBB den blh minum bhgn die.. kehkehkeh

Dah kata air Mata air Dr dlm tanah, KO nak expect ape?? Cuma air telaga, den xblh msk kecuali yg dah masak..tu pun kurangla suka..tetap Ada perbezaan air telaga dgn air zam zam..lain rs die..Mmm susah BTL Sekarang nak dpt/minum air zam zam.. dulu Ada juga org Jual, skrg udah yillek..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2022 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha.... Tetiba teringat 15 tahun yg lalu pergi kerjakan umrah mmg sudah rasa air zam2 tidak payau, tp tak berani sebut sbb takut org kata sbb banyak dosa,  sbb tu lah tak rasa payau.

Kejadian sebelum tu,  naik jabal rahmah,  mungkin silap sudut tempat yg saya naik tu nampak tidak bersih, nampak ada tiang batu yg diconteng2, sebut pada kawan jemaah,  teeus dikatanya sbb byk dosa tu yg nampak jabal rahmah tu kotor.

Bertabah ja lah
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka je rasa payau2 ni..rupanya mmg i suka tasa mineral ni semua...huhu...tapi tetaplah bdn byk gak penyakit sbb gula pun i suka juga..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
iols tak suke rasa payau2 air. loya gitu.
aritu bil blk mekah mmg minum x rasa mcm dulu. lepas minum lg yg kakak iols blk umrah bln 8 pun rasa mcm air coway je
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
knp erk perlu suling air zamzam?? spttnya filtration process mcm reverse osmosis dah cukup dah utk treat the water
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Zack8hunter replied at 23-10-2022 04:41 PM
knp erk perlu suling air zamzam?? spttnya filtration process mcm reverse osmosis dah cukup dah utk t ...


I rasa silap choice of word ni.  Bukan disuling but goes through sterilization process guna ultravoilet saja.  RO lagi mahal pakai membrane etc susah pula sebab technology dari israel.
Mostly used in desal plants.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dari kecik2 dulu suka minum air zam2..sedap je aku rasa. Xde pulak aku rasa payau.. skrg pon masih suka minum. Aku pelik knp org kata rasa payau..nk kata aku dpt air zam2 pelesu tak jugak..adekah aku seorg yg suci
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu diaaa air zam zam Tuhan kasik free, kau pegi tonggang buat bisnes siap ada kilang segala ntah2 air paip ja yang dikilangkan sebagai air zam zam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 23-10-2022 05:01 PM
I rasa silap choice of word ni.  Bukan disuling but goes through sterilization process guna ultrav ...

maybe kot.. try gak google zamzam water processing steps..tp tak terjumpa la pulak.. saje jer nk tahu cara pemprosesan air zamzam ni since ada hati2 hitam yg menyindir kata air zamzam yg ada skrg ni dr air laut la, air paip ler..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Zack8hunter replied at 23-10-2022 07:27 PM
maybe kot.. try gak google zamzam water processing steps..tp tak terjumpa la pulak.. saje jer nk t ...

Haha definitely saudi ada desal plants.  Company iols terlibat in some of the design of desal plants there tapi tak de salur ke mekah or madinah.  Ini untuk riyadh and other cities yg tak de water source.  Dengar lah video tu ntah sapa2 mat salleh haprak mana bukan expeet dia interview.  Tu i ckp RO ni ada technology dia and the leader is israel.  Kat Singapore pakai tech dr israel.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 08:08 PM | Show all posts
boleh berbeza rasa eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
masa kecik  selalu kena suap air zam zam time nk exam..tp org ckp kalau rasa manis tu mksdnya org tu nk meninggal..betul ke? pastu tkt  dh nk mnm
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 23-10-2022 07:32 PM
Haha definitely saudi ada desal plants.  Company iols terlibat in some of the design of desal plan ...

leading in RO ni Israhell erk? curious gak ni sbb technology ni mcm dah well established worldwide.. i pun pernah involve in water treatment processing time2 keje kilang sawit dulu..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Zack8hunter replied at 23-10-2022 08:12 PM
leading in RO ni Israhell erk? curious gak ni sbb technology ni mcm dah well established worldwide ...

Yup.  Yg pioneer pun derang kan.  Power plants pun selalu nya ada desal plants sendiri sebb perlu a lot of water for the turbines to generate electricity.  Kat malaysia ada satu desal plant tapi east malaysia.  Ada plan satu small one kat klang tapi still proposal stage la tak boleh ckp dulu. Lagipun, for drinking water kita ada tadahan hujan so there is no requirement nak reclaim seawater. Mekah pun sama ada dapat hujan juga (org selalu ingat saudi kering kontang).
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Plus RO tech ni pun bukan beratus tahun lamanya.  Desal plants paling tua pun maybe 60-70 yrs old so camne la mamat mat salleh tu cerita air zamzam dr treated seawater.  Kalau telaga air zamzam tu tak putus sebb ada underground pond dr mountains from hujan tu iols boleh la percaya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.068084 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list