CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 467|Reply: 0

Hakim Danish gegar Litar Sepang

[Copy link]
Post time 23-10-2022 11:14 AM | Show all posts |Read mode


Hakim Danish Ramli berjaya meraih kemenangan Perlumbaan 2 Asia Talent Cup (ATC) di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. - Foto ASIA TALENT CUP

SEPANG: Lagu Negaraku berkumandang di Litar Antarabangsa Sepang apabila pelumba dalam pembikinan, Hakim Danish Ramli berjaya meraih kemenangan Perlumbaan 2 Asia Talent Cup (ATC), hari ini.

Hakim menebus kekecewaannya apabila terjatuh pada Perlumbaan 1 semalam dan hari ini kembali bangkit untuk menggembirakan penyokong tempatan dengan terlebih dulu menemui garisan penamat Perlumbaan 1 dengan catatan 33 minit 17.911 saat (s).

Pada perlumbaan tadi yang berlangsung dalam keadaan litar basah, Hakim nyata menggunakan sepenuh pengalamannya di Litar Sepang meskipun diberi tentangan sengit oleh pelumba Indonesia, Veda Ega Pratama.

Pratama pada akhirnya terpaksa berpuas hati dengan penamat kedua selepas ketinggalan 0.047s di belakang Hakim manakala pelumba Jepun Shinya Ezawa melengkapkan pentas podium dengan berada di tempat ketiga.



"Saya sangat gembira dengan perlumbaan tadi kerana menang di laman sendiri. Selepas terjatuh semalam dan gagal menamatkan perlumbaan, saya buang rasa sakit apabila turun berlumba hari ini.

"Saya cuba berada di depan pada separuh perlumbaan tetapi Veda juga agak laju. Di pusingan terakhir saya ada buat kesilapan tapi saya berjaya kawal semula motosikal dengan baik dan akhirnya memenangi perlumbaan," kata Hakim.

Kemenangan itu menyaksikan Hakim kini kembali mendahului carta keseluruhan pelumba dengan 151 mata, berkelebihan tiga mata di depan Ezawa manakala Gun Mie di kedudukan ketiga, 116 mata.

Penentu gelaran juara bakal dinoktahkan di pusingan terakhir di Litar Mandalika, Indonesia pada 11 hingga 13 November ini - litar yang pernah menyaksikan pelumba berusia 15 tahun 'menawan' kedua-dua perlumbaan pada Pusingan 2, Mac lalu.

https://www.bharian.com.my/sukan ... -gegar-litar-sepang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.489786 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list