Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh dianggap sebagai wakil orang Melayu.
Tawfik Ismail dari Gerak Independent yang berhasrat menentang Ahmad Zahid di Bagan Datuk atau ‘di mana-mana’ sahaja berkata, pertarungan di kerusi itu adalah untuk memujuk pengundi mengenai keperluan menghentikan rasuah.
“Penyandang kerusi itu bukan sekadar mewakili mereka di Parlimen, beliau juga adalah pemimpin parti Melayu terbesar di negara ini dan mungkin mewakili suara orang Melayu di peringkat dunia.
Tawfik Ismail - Foto Getaran
“Demi maruah dan kehormatan orang Melayu, selain beliau sendiri berdepan pertuduhan undang-undang, beliau tidak boleh dibenarkan memegang peranan itu,” katanya kepada The Vibes.
Tawfik turut mencabar BN supaya menggugurkan Ahmad Zahid atau terus dilihat sebagai parti korup.
“Saya mahu melihat sama ada BN akan menggugurkan Ahmad Zahid demi kelangsungan parti mereka sendiri kerana jika tidak, mereka merelakan rasuah dan penipuan!,” katanya.
Tawfik kini berada di Bagan Datuk dan bersiap sedia untuk merebut kerusi Parlimen itu yang disandang Ahmad Zahid sejak tahun 1995.
Beliau kemungkinan berdepan laluan mencabar apabila pemimpin PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menawarkan diri bertanding di kerusi itu dan sedia melepaskan kawasan selamatnya di Parlimen Hang Tuah Jaya di Melaka.
Menjawab kenyataan Shamsul Iskandar yang menawarkan diri untuk bertanding di kerusi itu, Tawfik berkata:
“Saya mengalu-alukan semua pencabar supaya pengundi Bagan Datuk akan mempunyai lebih banyak pilihan,” katanya.
Biarpun melahirkan rasa hormat kepada Tawfik sebagai anak kepada pengasas bersama UMNO, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Shamsul Iskandar berpendapat untuk menewaskan ‘gergasi’ seperti Ahmad Zahid, seseorang itu perlu mempunyai jentera.
FB Zahid
Bagaimanapun, Tawfik berkata:
“Jentera saya kecil, berbanding PKR dan BN, tetapi mampukah mereka menyampaikan mesej yang saya bawa?
“PH yang menjadi rakan kongsi utama PKR perlu menghantar ketuanya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk menentang Presiden UMNO, jika agendanya sama dengan saya,” katanya.
Anwar baru-baru ini mengesahkan akan menentang Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Tambun bagi memenuhi ikrar bahawa beliau akan bertanding di kerusi disandang ‘pengkhianat’, membabitkan puluhan Ahli Parlimen yang menarik sokongan daripada PH menerusi Langkah Sheraton, sehingga menumbangkan kerajaan PH yang berusia 22 bulan.
Mengulas lanjut, Tawfik berkata, jenteranya lebih berfokus dan mempunyai sasaran jelas.
“Parti besar dengan jentera mereka yang ramai mempunyai pelbagai sasaran dan akibatnya mereka tidak fokus,” katanya.
Tawfik menambah, perjuangan untuk menggulingkan rasuah bukan hanya di Bagan Datuk, tetapi di seluruh negara.
“Hapuskan kleptokrasi dengan tidak mengundi BN. Jadi secara mudahnya, rakyat adalah jentera saya,”
Post time 24-10-2022 10:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
zahid hamidi manusia kaum pendatang jawa pelahap tempe caprut tersebut yang perlu bungkus kain baju berambus pulang ke tanah jawa darul tempe naik tongkang seperti leluhur mereka membuka penempatan di tanah mulayu 1860 - 1920 (juga dikunali subagai urang hanyut)
Tawfik turut mencabar BN supaya menggugurkan Ahmad Zahid atau terus dilihat sebagai parti korup.
Sebelum kau suruh BN menggugurkan zahid dan menentang zahid, lebih baik kau suruh PH pakatan yg kau hendaki wakili supaya menggugurkan pemimpinnya , LGE yg sedang menghadapi tuduhan rasuah terowong dasar laut. baru boleh nampak pejuangan sebenar yg suci murni dari hati kau utk menentang rasuah...
Post time 27-10-2022 08:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Zahid indon... tak paham kenapa org masih sokong dia ni dgn isu rasuah lagi.. kewujudan dia dlm politik malaysia ni dikenali dgn kaki kipas dan pak turut je. Contribution kpd negara? KOSONG. Walau pernah jadi tpm.
Anyway, makin ramai calon melayu, makin pecah undian org melayu. At last, indon ni yg menang.