CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 931|Reply: 6

Potong Mayat Teman Wanita, lelaki Campak Cebisan Mayat Ke Lubang Tahi Sebab Malu

[Copy link]
Post time 22-10-2022 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Mexico City: Seorang lelaki yang membunuh dan memotong mayat teman wanitanya sebelum membuangnya ke dalam tandas dipenjarakan selama 70 tahun.


Hukuman itu dibuat ketika Mexico mula melaksanakan undang-undang yang lebih ketat untuk menghentikan pembunuhan terhadap wanita.


Portal Mirror melaporkan, Erik Francisco Robledo dijatuhi hukuman oleh hakim di Penjara Lelaki Oriente di Mexico selepas dia didapati bersalah melakukan pembunuhan ke atas Ingrid Escamilla yang 21 tahun lebih muda daripadanya, pada 9 Februari 2020.


Tertuduh yang juga seorang jurutera awam berusia 46 tahun dilaporkan memberitahu polis dia membunuh kekasih mudanya yang dikenali sebagai Ingrid Escamilla Vargas, 25, sebelum memotong mayatnya serta membuang anggota badan lain dan usus ke dalam tandas.




Foto: Agensi




Berdasarkan laporan, jiran menelefon Setiausaha Keselamatan Rakyat (SSC) apabila melihat lelaki itu keluar dari bangunan tempat dia tinggal dalam berlumuran darah.


Dalam klip itu, Robledo berkata, "Kami mula bertengkar. Dia berkata, dia mahu membunuh saya dan saya berkata lakukannya."


Dia menambah, "Dia mengambil pisau dan saya berkata lakukannya sekali gus. Dia menikam saya sekali dan saya berkata lakukan dengan lebih kuat. Dan dia mencuba dua kali lagi."


Apabila ditanya mengapa dia memotong mayat wanita itu, Robledo menjawab: "Saya tidak mahu sesiapa tahu."


Robledo menambah, "Saya menggunakan pisau sama yang dia menyerang saya untuk menikamnya di kerongkongnya. Saya melemparkan cebisan mayatnya ke dalam sistem saliran kerana saya berasa malu."


Pendakwa raya Nelly Montealegre berkata, kes itu dianggap sebagai penganiayaan wanita kerana mangsa mempunyai hubungan dengan pembunuhnya.


Ingrid Escamilla dilaporkan memfailkan aduan terhadap pasangannya pada Julai 2019 sebelum menggugurkan pertuduhan.


Escamilla sedang belajar untuk ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan pelancongan dan sering menggambarkan dirinya di media sosial sebagai seorang gadis yang suka pengembaraan, haiwan peliharaan dan alam semula jadi.


Robledo ditangkap selepas pembunuhan itu, tetapi perbicaraan mahkamah ditangguhkan sehingga dua tahun kemudian.


Proses mahkamah berlangsung lebih 26 perbicaraan dan akhirnya berakhir Khamis lalu.


Robledo didapati bersalah atas jenayahnya dan dijatuhkan hukuman penjara 70 tahun - maksimum yang boleh diperoleh penjenayah di Mexico.


Pejabat Keadilan Pendakwa Raya Mexico City mengumumkan selepas perbicaraan, "Kami mendapati hukuman penjara 70 tahun terhadap Erick Francisco 'N' selepas membuktikan tanggungjawab jenayahnya dalam pembunuhan wanita muda itu."


Robledo turut dikenakan denda yang tinggi bagi menampung perbelanjaan pengebumian dan pampasan tambahan untuk keluarga mangsa.


Selepas hukuman itu diumumkan, Antelma Vargas, ibu Ingrid, berkata dia gembira dengan keputusan hakim, kerana ia menunjukkan anaknya kini mendapat keadilan sewajarnya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2022 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 06:30 PM | Show all posts
keje jurutera

jadi T20 ni bila bunuh org mmg tahap tinggi juge ke?

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin lama makin ramai manusia bermasalah mental hilang perikemanusiaan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 08:00 PM | Show all posts
Apalah yang ada dalam kepala otak orang ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Rajin nye la die racik org tu kecik2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2022 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mental problem...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.172135 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list