View: 4788|Reply: 55
|
Wanita Rentung Terbakar, Kereta Kemalangan Di Lebuh Raya MEX
[Copy link]
|
|
Seorang wanita rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur -Putrajaya (MEX) pada pagi Sabtu (22 Oktober).
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Khairuddin Abdurrahman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 6.14 pagi.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202210/22/111759ywlmzw00ynxy5v2u.png) Foto: mStar Online
"Seramai 17 anggota bomba dan penyelamat telah dihantar ke lokasi kejadian dari Balai Bomba Bukit Jalil dan Pudu," katanya.
Difahamkan, dua buah kenderaan terlibat dalam kemalangan itu.
Pemandu sebuah lagi kenderaan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan manakala kereta mangsa musnah sama sekali.
"Mayat mangsa ditemui di tempat duduk pemandu," kata Khairuddin sambil menambah, empat penumpang lain yang menaiki kereta bersama mangsa sempat menyelamatkan diri dan mengalami cedera ringan.
Tambahnya, kes itu telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. - CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Thread ni sendu sebab takde video air mata.
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap boleh tahu detail arwah..anak sapa, mak sapa, bini sapa..
Innalillah... |
|
|
|
|
|
|
|
macam terbaca byk kenderaan terbakar minggu ni? byk betul kerugian. kesian syarikat insurans |
|
|
|
|
|
|
|
kalau keta rentung camni yg masih loan. burn aje ke? ke camne? kalau burn , kesian bank |
|
|
|
|
|
|
|
Paling kesian, mangsa kebakaran kenderaan, lebih2 lagi yg bukan salah dia… |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 22-10-2022 01:23 PM
Thread ni sendu sebab takde video air mata.
bagus lah rakyat malaysia dah tahu jaga hak privacy |
|
|
|
|
|
|
|
Pagi2 buta camne boleh accident?ngantuk ke? Dah la mex tu kalau elevated speed limit dia 70km/j je..tp ramai drive mcm pelesit. |
|
|
|
|
|
|
|
Penumpang sempat keluar.. Pemandu tersepit ke? |
|
|
|
|
|
|
|
nape blh tbakar ye..seramnyaa![](static/image/smiley/default/funk.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 22-10-2022 01:26 PM
macam terbaca byk kenderaan terbakar minggu ni? byk betul kerugian. kesian syarikat insurans
Apa nk kesian syrkt insurans lak
Dah mmg tu tugas insurans
Kalo taknak jalankan tugas t/jawab sbg insurans, baik jual je goreng pisang
Lagipun byk je syrkt insurans menipu and susah nk buat claim |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by chit_ana at 22-10-2022 03:10 PM
Pemandu wanita rentung dalam kebakaran kereta
KUALA LUMPUR – Seorang wanita rentung di bahagian tempat memandu selepas kereta dinaiki terbakar berpunca daripada kemalangan di Kilometer 10.9 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) sekitar Bukit Jalil di sini pagi tadi.
Komander Operasi Khairuddin Abdurrahman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi telah mengorbankan seorang wanita, seorang penumpang lelaki cedera manakala tiga lagi penumpang wanita selamat.
“Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.14 pagi.
“Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil serta Pudu dengan kekuatan 17 anggota telah dikejarkan ke lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, sebuah kereta terbakar berpunca daripada kemalangan dengan sebuah kereta Proton Saga.
“Anggota segera memadamkan kebakaran namun kereta berkenaan musnah terbakar 100 peratus dan seorang wanita ditemukan rentung di bahagian pemandu.
“Seorang penumpang lelaki cedera di kepala manakala tiga lagi penumpang wanita selamat. Pemandu kereta Proton Saga juga tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Bagaimanapun, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
Oleh TUAN NURHIDAYAH TUAN AB.GHANI
22 Oktober 2022, 9:56 am
|
|
|
|
|
|
|
|
kereta yg terbakar tu cap apa. naper tak disclose? proton saga yg dihighlightkan |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 22-10-2022 03:02 PM
Apa nk kesian syrkt insurans lak
Dah mmg tu tugas insurans
Kalo taknak jalankan tugas t/jawab sbg ...
kalau dah bertimpa2 total lost camni… “rasa” kesian aje la… rasa je. heheee. Terigt dulu (about) 20 years back yg bas naeila manjang kemalangan maut, masa tu kalau tak silap kurnia ke apa entah siap staff HQ tak dpt bonus tahun tu sbb udah rugi besar . Dorang siap panggil sifu fengshui yg terhebat di dunia utk tahun depannya . i lupa apa outcome dia. kalau tak silap siap pindah office sbb kedudukan office tak bagi luck sorry kalau silap, staff kampeni insurans yg baca correct me if i’m wrong. masa tu dpt info dari porem jua ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
A pillar n B pillar nampak mcm elok je..patut driver boleh survive je kalau pakai seat belt n ada airbag |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah buat keluarga mendiang. |
|
|
|
|
|
|
|
kat dunia lagi dah terbakar |
|
|
|
|
|
|
| |
|