View: 1429|Reply: 9
|
Percutian Tragis Bersama Anak, Ibu Maut Petir Masuk Telinga Ketika Berada Di Pantai
[Copy link]
|
|
Seorang wanita meninggal dunia secara tragis selepas dipanah petir ketika bercuti musim panas bersama anak-anaknya.
Selepas dihantar pulang ke United Kingdom, Daniella terus diberikan pengudaraan dalam rawatan rapi di Nottingham.
Dia sentiasa dipantau, dan menerima rawatan untuk suhu badan yang tinggi dan jangkitan pada kencing.
Getty image/Daily Star
Daniella DiMambro, 48, ‘tewas’ selepas cedera parah berikutan kemalangan ganjil di Croatia pada 20 Ogos.
Bercerita lanjut, petir tersebut memasuki telinga kanannya semasa dia berada di pantai berhampiran Split, menurut koroner kanan Mairin Casey, Nottinghamshire.
Seorang saksi bertindak pantas melangkah masuk untuk memberikan Daniella CPR, tetapi ibu itu dalam keadaan tragis kerana mengalami kecederaan otak hipoksia.
Daniella meninggal dunia pada 7 Oktober di sebuah hospital di Nottingham dan identiti disahkan oleh doktor yang merawatnya, lapor Nottingham Live.
Penyebab utama kematian adalah kecederaan otak hipoksik-iskemik, diikuti oleh serangan jantung, kemudian ‘sambaran petir’ dan jangkitan pada saluran kencing.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Badan dia tak terbakar ke? Pelik nya kes ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mengerikan musim hujan lebat dengan ribut petir ni eloklah kurangkan kegiatan diluar rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
kematian pelbagai cara. moga kita diberikan kematian Husnul Khotimah |
|
|
|
|
|
|
|
venom1 replied at 21-10-2022 05:51 AM
kematian pelbagai cara. moga kita diberikan kematian Husnul Khotimah
News mcm ni buat i tak nak keluar rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg ada weh kes mcmni.. kwn aku penah citer kakak dia time tu kt dlm rumah mase tu hujan lebat masa dia lalu sebelah tingkap ada petir tgh memanah zappp masuk dlm telinga. tp xmati la.. pitam dia pastu hilang pendengaran sebelah. mcm xlogik tp tu la terjadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tumpanglalu74 at 21-10-2022 09:05 PM
Jajabeans replied at 21-10-2022 08:54 PM
mmg ada weh kes mcmni.. kwn aku penah citer kakak dia time tu kt dlm rumah mase tu hujan lebat masa ...
Homaigaddd..
Lobai tersenyum sinis. Kilat bunoh setan kata meke..
@kakikuDibibirmu |
|
|
|
|
|
|
|
Jajabeans replied at 21-10-2022 08:54 PM
mmg ada weh kes mcmni.. kwn aku penah citer kakak dia time tu kt dlm rumah mase tu hujan lebat masa ...
Aduhh menakutkan. lepas ni kalau hujan yang ada kilat petir tu kena tutup tingkap la. Sebab iols memang dok bukak tingkap bagi angin luar masuk. |
|
|
|
|
|
|
| |
|