Seorang lelaki tergamak membakar isterinya selepas menolak tuntutan cerai daripada pasangannya itu.
Kejadian dipercayai berlaku di rumah bapa mentuanya di Desa Tugu Utara, Koja, Jakarta, Indonesia.
 Tangkap layar memaparkan keadaan rumah keluarga mangsa yang teruk dibakar oleh suami sendiri.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Koja, AKP Yayan Heri Setiawan menjelaskan, kejadian bermula ketika mangsa kembali ke Jakarta dari Brebes.
Difahamkan, suspek, Resti tidak dapat menerima apabila isterinya, Ica meminta untuk diceraikan.
Selepas mendengar tuntutan isterinya itu, lelaki berkenaan mengancam mangsa untuk merosakkan wajahnya.
Melalui laporan Kompas.com, Resti datang ke rumah keluarga mangsa dan terus menyiram mangsa dengan minyak sebelum menyalakan api.
Kejadian ini turut menyebabkan kedua-dua mentuanya dan pelaku sendiri terbakar, namun Resti sempat melarikan diri dari rumah keluarganya.
Ica dan kedua-dua orang tuanya dikejarkan ke Hospital Cipto Mangunkusumo.
Menurutnya lagi, Ica mengalami kesan luka kebakaran sehingga 90 peratus pada tubuhnya.
AKP Yayan Heri turut menambah, suspek sering melakukan kekerasan dalam rumah tangga menyebabkan mangsa meminta untuk diceraikan.
Polis kemudian menahan suspek bagi membantu siasatan.
Sumber: Majoriti |