View: 1226|Reply: 13
|
Orang Yang Cakap DAP Komunis, Dia Pun Pernah Bekerjasama Dengan Komunis - Anthony Loke
[Copy link]
|
|
DAP bukan parti komunis seperti yang didakwa malah pemimpin yang membuat tuduhan itu pernah bekerjasama dengan parti yang dituduhnya sebagai komunis.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, seorang pemimpin parti lawan yang menuduh DAP sebagai parti komunis itu pernah duduk bersama-sama dengan pemimpin DAP sebelum ini.
 FB Loke
Katanya, pemimpin yang menuduh DAP diketuai komunis mungkin terlupa beliau juga pernah bekerjasama dengan DAP yang kini dituduh sebagai parti komunis.
“Kita (DAP) bukan (parti) komunis, orang yang cakap kita komunis, dia pun pernah bekerjasama dengan komunis (DAP). Dia pernah duduk bersama Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, mungkin dia dah lupa.
“DAP parti yang sah, ditubuhkan pada 1966, kini sudah berusia 56 tahun,” katanya ketika berucap pada Konvensyen DAP di sini hari ini.
Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa DAP parti yang prokomunis.
Abdul Hadi dalam khutbah Jumaat di Marang dilaporkan sebagai berkata, Pas tidak akan bekerjasama dengan PH kerana gabungan itu diketuai oleh komunis dan menyokong komuniti LGBT.
Sementara itu, Anthony berkata, parti-parti PH berjaya menyelesaikan beberapa isu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) seperti memutuskan menggunakan logo PH.
Katanya, PH juga sudah menyelesaikan pembahagian kerusi dan manifesto yang sudah disepakati.
“Saya juga mendengar keluhan dan rayuan rakan-rakan di Pulau Pinang mengenai pembubaran DUN, saya sayangkan DAP Pulau Pinang tapi saya lebih sayang PH.
“Untuk pastikan PH memasuki PRU15 tanpa sebarang isu, kita ambil pendirian bersama iaitu tidak bubarkan DUN Pulau Pinang, sebab kita tak boleh ada tanda-tanda keretakan dalam PH, kita ketepikan segala perbezaan,” katanya.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
KJ lawan lah dgn anthony loke ni kat seremban, kata takde tempat lagi, berbuih org suruh lawan kat seremban dia buat derk jahh |
|
|
|
|
|
|
|
Orenn1 replied at 21-10-2022 12:44 AM
KJ lawan lah dgn anthony loke ni kat seremban, kata takde tempat lagi, berbuih org suruh lawan kat s ...
Umno mana pernah bertanding lawan calon Dap. Umno gasak calon melayu je & yet gebang pasal perpaduan melayu  |
|
|
|
|
|
|
|
Gila DAP nak mengaku komunis. Tgh rekrut ramai melayu tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akakmasihvogue at 21-10-2022 06:12 AM
Giliran dap plak kena fitnah |
|
|
|
|
|
|
|
Ratib DAP sampai masuk khutbah jumaat ye?  |
|
|
|
|
|
|
|
Nabi Muhamkutuk Yahudi tapi Nabi Muhamad pernah aje berkerjasama dengan Yahudi. So? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PH tak nak ratib najib ke?  |
|
|
|
|
|
|
|
Mudah saja nk nafikan Anthony, ko tsuruh kawan2 ko Nga Kor Ming terangkan dgn jelas keterlibatan atuk nenek moyang dia dulu masa pra kemerdekaan tu join PKM atau sekadar MPAJA...
bagi bukti yg tu...
Walaupun aku cenderung kpd aspirasi PH, tetap aku x nafikan yg unsur2 komunis tetap ada dlm DAP, dan mana2 parti lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
tiba KJ pi pilah lak... den ni dah jd atas pagar dah ni   |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 21-10-2022 12:52 PM
Kalo dap komunih knp kjaan x haramkan jah dap mcm yg umnopas dok gebang dulu2 masa jadi pembangkang??
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sampai sekarang, tak tahu saper yg sebenarnya sebabkan kemasukan abu mayat Chin Peng ke Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|